BENDA boleh cepat buat apa nak lambat. Begitulah kapsyen ditulis Muhamad Haqimi Awang, 22, pada video yang menunjukkan kawannya hanya ingin dikenali sebagai Alim memasukkan bahagian perut lembu yang masih belum dicuci ke dalam sebuah mesin basuh. Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Kimi menceritakan tentang rakaman tersebut yang dimuat naik pada pagi Aidiladha dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Sebenarnya saya sendiri tak sangka yang kawan saya nak basuh perut lembu dalam mesin cuci pakaian. "Bila tengok macam tu, saya kagum sebab biasanya orang akan cuci guna cara manual tapi tahun ni ada yang guna mesin basuh. Kebetulan pula tempat penyembelihan tu dekat dengan rumah kawan saya tu jadi dia guna mesin di luar rumah saja," ujar Kimi. Pelbagai spekulasi dan komen diberikan oleh warganet sehingga video itu meraih lebih 4 juta jumlah tontonan di TikTok gara-gara terkejut melihat 'kejadian' di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan itu selepas acara penyembelihan lembu korban dijalankan. ARTIKEL BERKAITAN: Lembu jantan terlebih manja sehari sebelum dikorbankan... Aksi pemuda disondol bikin sebak, ramai doa moga jumpa di syurga ARTIKEL BERKAITAN: Ternganga tidur berbantalkan riba anak tuannya, gelagat manja Dikna buat ramai terhibur... kepala lembu cerewet ini je dah dua tiga kilo Ia dianggap satu perkara baharu bagi kebanyakan individu. Bagaimanapun, Kimi menjelaskan beberapa persoalan warga maya di ruangan komen pada video. "Idea nak cuci perut guna mesin basuh ni diambil daripada peniaga yang biasa menguruskan perut lembu dan biri-biri bagi memudahkan kerja mereka. Kawan saya cuci guna mesin basuh tu memang mesin rumah dia, kebetulan berdekatan dengan tempat penyembelihan. Acara melapah lembu di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan. "Jadi menurut kawan saya, ini bukanlah kali pertama mereka buat sebab sudah lebih lima tahun guna kaedah sama sebelum ni. Untuk senang tanggalkan segala kotoran tu kami guna bahan seperti kapur dan air yang dimasukkan sekali sebelum dicuci. Ambil masa lebih kurang 30 minit saja untuk satu cucian. "Sememangnya mesin basuh itu khas dipakai untuk cuci perut haiwan sahaja dan tak digunakan untuk basuh pakaian harian. Perut lembu tu dimasukkan ke bahagian pengering saja sebab mesin tu pun dah rosak dan tuan punya mesin tak beli lain pun semata-mata nak cuci perut lembu," ujarnya. Bagaimanapun, hasil daripada kaedah mencuci perut lembu itu tidaklah bersih sepenuhnya berbanding cucian 'manual' justeru ia masih perlu disental lagi. Bagi saya, apa yang dikatakan oleh warga netizen tu tak betul sampai kena buang mesin bila dah guna cuci perut sedangkan mesin tu masih boleh guna untuk cuci perut lembu lain. MUHAMAD HAQIMI Dia yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seremban turut mengambil peluang ini untuk menjelaskan mengenai mesin basuh tersebut yang dikatakan perlu dibuang setelah mencuci perut lembu. "Walaupun dicuci pakai mesin basuh tapi perut tu tidak 100 peratus bersih sebab lepas tu kami tetap kena keluarkan dan kikis secara manual. Tapi tidak beratlah kerja... cuma bilas dengan air dan buang sisa-sisa dekat tepi saja lagi supaya betul-betul bersih. Kimi menetap di Pasir Tumbuh, Kelantan. "Bagi saya, apa yang dikatakan oleh netizen tu tak betul sampai kena buang mesin bila dah guna cuci perut sedangkan mesin tu masih boleh guna untuk cuci perut lembu lain. Kalau guna sekali campur baju kotor memanglah akan berbau busuk semula pakaian tu. "Mungkin yang kata berbau itu tidak menggunakan kapur atau kuantiti kapur yang kurang semasa mencuci perut. Kaedah ni memang berkesan dan biasa digunakan sejak turun temurun lagi sebenarnya," ujar Kimi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI