KEHADIRAN tahi lalat pada bahagian wajah boleh dikatakan berperanan sebagai penyeri atau 'pemanis' tatkala dipandang. Namun jika saiznya agak besar, menonjol dan ketara, secara tidak langsung ia boleh membuatkan seseorang individu kurang berkeyakinan lantas mengambil keputusan untuk menyingkirkannya. Namun bagi Nur Zahira Zulkifli, bukan soal penampilan yang menjadi keutamaan, sebaliknya keputusan untuk membuang tahi lalat besar di bahagian bibir atas adalah sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan risiko kanser kulit. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Tahi lalat tu ada sejak saya bayi lagi. Mula-mula saiznya kecil sahaja. Namun ia ikut membesar seiring dengan umur kita. "Bagi saya normal sahaja tapi kebelakangan ini suami yang tegur. Dia perasan tahi lalat saya macam lain dan besar. Jadi dia cadangkan untuk pergi buang kerana risau ia mendatangkan risiko. ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa perlu diam kalau orang ejek rupa paras kita” - Tahi lalat disamakan dengan 'boba' yang sedang trending, gadis mengaku pernah menangis ARTIKEL BERKAITAN: “Dia cantik luaran dan dalaman, langsung tak sebut tentang tanda lahir itu...” "Lebih-lebih lagi di sebelah keluarga saya sememangnya ada sejarah penghidap kanser iaitu arwah datuk dan nenek," ujar wanita berusia 33 tahun ini. Menurut Nur Zahira, dia mula mencari klinik untuk membuang tahi lalat tersebut pada tahun lalu, namun disebabkan negara baharu melepasi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia menyukarkannya untuk membuat janji temu. Beberapa hari selepas pembedahan membuang tahu lalat. "Tahun lalu, agak sukar juga saya nak buat janji temu di klinik untuk consult masalah ini. Kemudian saya cuba layari Bookdoc untuk buat janji temu secara dalam talian. "Menerusi Bookdoc, doktor akan consult kita secara virtual sahaja. Ketika itu doktor beritahu saya, sebaiknya berjumpa secara fizikal dan saya pilih untuk ke Hospital Pengajar UPM. "Selepas janji temu secara bersemuka, doktor buat surat untuk rujuk kes saya ke klinik pembedahan. Doktor terangkan sememangnya ada kemungkinan untuk tahi lalat jadi kanser," ujar ibu kepada tiga orang cahaya mata ini lagi. Nur Zahira akhirnya berjaya menjalani prosedur membuang tahi lalat pada bibirnya pada Jun lalu. Ada sesetengah tahi lalat berisiko menjadi kanser melanoma, iaitu sejenis kanser kulit. Tambahnya, prosedur tersebut berlangsung dalam tempoh sekitar tiga jam sahaja. "Prosedur sekejap saja, dari pukul 8 pagi buat ujian Covid-19, kemudian saya dipindahkan ke daycare. Saya dimasukkan ke dewan bedah sekitar pukul 9 pagi. "Sekitar pukul 11 pagi dah boleh discharge. Pembedahan guna bius setempat. Tak ada rasa sakit sangat, hanya bengkak sikit pada bibir. Tapi tak nampak pun sebab kita selalu pakai mask. "Sebulan juga ambil masa nak hilang parut. Nak kata 100 peratus hilang tak juga. Kalau perhati, mungkin nampak ada kesan sikit," ujarnya yang menetap di Putrajaya. Suami perasan tahi lalat saya macam lain dan besar, dia cadangkan buang kerana risau ia mendatangkan risiko. NUR ZAHIRA ZULKIFLI Ditanya sama ada perubahan pada wajahnya mendapat teguran orang sekeliling, Nur Zahira berkata kebanyakan daripada rakannya tidak perasan kelainan tersebut. "Kawan-kawan sekerja tak perasan sangat sebab kebanyakan masa pakai mask. Tapi dalam ramai-ramai tu, ada seorang yang perasan kelainan pada wajah saya. "Saya saja kongsi video di TikTok untuk disimpan sebagai kenangan. Ramai juga yang tanya prosedur macam mana nak buang. Lebih lucu, ada orang komen ingat saya letak filter selama ini. Ada antara netizen yang bertanya mengenai prosedur membuang tahi lalat selepas melihat perkongsian video Nur Zahira. "Bagi yang hadapi situasi sama dengan saya, saya sarankan cuba dapatkan janji temu menerusi Bookdoc, ia paling cepat dan efektif. Saya jumpa doktor di klinik pembedahan untuk dapatkan tarikh dan sebulan kemudian jalani pembedahan. "Pada yang mereka yang nak buang, teruskan asalkan ia untuk prevention penyakit bukan untuk kecantikan semata-mata. "Jangan fikir dan bimbang orang cakap macam-macam kerana hal kesihatan adalah tanggungjawab diri sendiri," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI