suria

Kembali solo selepas cerai umur 19 tahun, gadis tak kesal kahwin muda cuma trauma dengan lelaki

Fara kini trauma untuk mengenali mana-mana lelaki.

CURANG merupakan satu pilihan!

Demikian kata seorang gadis berusia 19 tahun mengenai bekas suaminya yang dikatakan kantoi berhibur di sebuah kelab malam bersama kakak angkatnya pada Mei lalu.

Bukan sekadar omong kosong, Farah Nabilah Salim turut memuat naik rakaman kecurangan itu ke media sosial sehingga meraih hampir sejuta tontonan.

fara5

Fara berkongsi mengenai kisah hidupnya menerusi video TikTok.

Dia yang senang disapa Fara mengakui sudah bercerai pada 2 Jun lalu dan kini trauma untuk mengenali mana-mana lelaki kerana enggan terus disakiti.

"Yang rakam video tu kawan saya. Suami tak kenal kawan yang rakam video tu. Ketika kejadian, kawan terus hantar video kepada saya. Masa tu saya kat rumah tengah reviu barang.

"Ini sebenarnya kali ketiga berlaku. Sebelum ini tiada bukti, jadi saya malas nak layan. Bila dapat video tu, hancur hati saya. Saya kat rumah cari rezeki, dia kat luar berjoget dengan perempuan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa jodoh di disko, isteri terkejut reaksi suami diajak berubah, tinggalkan kelab malam selepas kahwin, “Ada masa untuk taubat tapi dah singkat”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dari Kelantan tak disukai keluarga sanggup 'basuh berak' bapa mertua, kini tiap minggu nak menantu balik... “Orang cakap jangan benci keterlaluan”

"Saya menangis sebab geram. Saya terus bergerak ke sana, tapi masa dalam perjalanan dapat tahu kelab tu kena serbu dengan pihak berkuasa. Jadi kami settle kat bawah rumah je. Saya minta cerai tapi dia tak nak cerai.

"Kami dah berbaik semula lepas kejadian tu tapi dia nak pergi kelab lagi sekali. Sampai satu tahap, kami akhirnya bercerai. Dia lafaz cerai pada 2 Jun, 1 Ogos ni kami naik mahkamah," ujar Fara yang berkahwin pada tahun lepas.

fara3

Fara tidak pernah menyesal berkahwin pada usia muda.

Menurut Fara, dia tidak bertujuan membuka aib sesiapa, sebaliknya memuat naik video itu ke TikTok untuk peringatan kepada mereka yang bergelar isteri.

Bercerita lanjut, Fara berkata apa yang lebih teruk apabila wanita dalam video tular berkenaan bukanlah insan tidak dikenali, sebaliknya kakak angkatnya sendiri.

fara2

Anak pertama Fara meninggal dunia dalam kandungan pada tahun lalu.

"Suami saya duda berusia 22 tahun. Dia tukar-tukar kerja. Kejap kerja kilang, 7Eleven, Starbucks, lepas tu kedai vape.

"Saya sebenarnya tak nak kongsi video tu, tapi dia tak nak lepaskan saya. Biar saya digantung tak bertali. Saya post video sebab dia main tarik tali.

Sekarang saya nak rehat. Saya trauma dan tak percaya mana-mana lelaki.

FARA

"Saya ni isteri dia. Anak kami meninggal dunia dalam perut masa kandungan sembilan bulan. Sebab tu saya terkedu.

"Saya terus terfikir wajah arwah anak dan wajah mak ayah. Kakak angkat ada hubungi kawan-kawan saya, minta padam video tapi saya tak mahu," dakwanya lagi.

Biarpun bercerai pada usia muda, Fara akui tidak menyesali apa yang berlaku sebaliknya menjadikan ia sebagai satu pengajaran untuk menjalani hari mendatang.

fara4

Video yang dikongsi Fara tular di laman TikTok.

Menurut Fara yang bekerja di sebuah salun di Melaka, dia juga terharu apabila menerima sokongan netizen selepas video itu tular di media sosial.

"Saya ambil sebagai pengajaran, saya tak menyesal sebab jodoh ni ketentuan Allah. Masa nak kahwin dulu pun ada tentangan, sebab masih muda. Tapi mak ayah tetap bagi restu.

fara 5

Fara terharu menerima sokongan netizen di media sosial.

"Sekarang saya nak rehat. Saya trauma dan tak percaya mana-mana lelaki. Selepas viral, ramai yang sokong saya, tiada yang kecam. Saya terharu baca doa netizen. Itulah kekuatan saya selain sujud dan sembahyang.

"Ramai cakap saya deserve better. Setiap kali dia merayu, saya akan ingat balik apa yang dia buat sebelum ini," ujarnya yang turut mencari rezeki dengan melakukan reviu di media sosial.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan