suria

Van tak boleh lalu, bapa jalan kaki sejam usung jenazah anak! Netizen malu slogan Sabah Maju Jaya tapi macam makin mundur

Seorang bapa terpaksa berjalan kaki membawa jenazah anaknya selama satu jam akibat jalan yang tidak elok.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Begitulah yang dirasai seorang bapa dari Kota Marudu di Sabah apabila terpaksa berjalan kaki sambil mengusung keranda jenazah anak perempuannya selama lebih kurang satu jam pada waktu tengah malam, untuk sampai ke rumah.

Tindakan tersebut diambil berikutan jalan di Kampung Samparita Tengah di daerah itu kurang elok dan sukar dilalui kenderaan.

Menerusi perkongsian di Facebook baru-baru ini, individu yang dikenali sebagai Tuan Masrul menceritakan kembali apa sebenarnya yang berlaku.

Ujarnya, keluarga tersebut merupakan golongan miskin yang mendapat bantuan keranda dan pengangkutan van jenazah percuma daripada Persatuan Amal dan Jariah Sabah.

Van jenazah tidak dapat melalui jalan ke kampung.

Van jenazah tidak dapat masuk ke kawasan kampung.

"Keluarga ini merupakan golongan kurang berkemampuan. Setibanya di pertengahan jalan menuju ke rumah mereka, van jenazah tidak dapat melalui jalan yang sangat teruk.

“Waris terpaksa berjalan kaki membawa jenazah anaknya. Satu jam lagi perjalanannya untuk sampai ke rumah mereka.

“Bayi berusia lima bulan ini meninggal dunia di Hospital Queen 2, Kota Kinabalu dibawa menggunakan van jenazah percuma daripada Persatuan Amal Dan Jariah Sabah,” ujarnya sambil menyatakan ia adalah realiti yang berlaku di daerah berkenaan.

Menyifatkan Kota Marudu sebagai daerah termiskin di Sabah, kenyataan tersebut kemudiannya mendapat maklum balas dan reaksi daripada warganet.

Rata-rata mempersoalkan keupayaan kerajaan negeri yang didakwa tidak mempedulikan kehidupan masyarakat setempat khususnya dalam soal kebajikan dan kemudahan asas.

Malah ada yang menyatakan Sabah adalah negeri termiskin dan semakin mundur.

“Jalan raya, air, letrik, merupakan kemudahan asas yang perlu diberi keutamaan selain kesihatan dan pendidikan, apa guna pembangunan mencakar langit tetapi rakyat masih miskin dan susah, pembangunan kawasan luar bandar perlu diberi keutamaan... sedih sangat tengok kawasan di pedalaman Sabah.

Pertubuhan Amal dan Jariah Sabah turut menyumbangkan keranda.

Pertubuhan Amal dan Jariah Sabah turut menyumbangkan keranda.

“Saya tidak sabar menunggu alasan menteri dan mereka yang bertanggungjawab... kenapa selepas berpuluh tahun, jalan di Kota Marudu masih tidak elok.

“Masih ada isu sebegini di Sabah tapi menteri-menteri dan MP (Ahli Parlimen) dari Sabah sibuk menambah kekayaan keluarga mereka serta kuncu-kuncu mereka. Sebuah negeri yang sangat kaya tetapi rakyat diabaikan. Very sad but that’s the reality.

“Beberapa puluh tahun hidup macam ni di bawah pemerintahan yang sama. Harap buka mata. Apa pun takziah buat ibu bapa kepada bayi.

“Sakit hati rasanya apabila viral pemimpin bersenang lenang sedangkan rakyat marhaen sengsara untuk meneruskan kehidupan seharian. Jalan raya pun tidak ada kesudahan di Sabah. Dekat pilihan raya semuanya turun padang tabur janji-janji manis... selepas pilihan raya balik ke sarang perkuatkan kedudukan masing-masing. Syukur ada badan-badan NGO, orang perseorangan dan yang prihatin menolong. Sabah dan Sarawak ni bukan dalam Malaysia ka? Jalan raya tu salah satu kemudahan asas yang amat penting sebab penghubung utama antara kawasan pedalaman, kampung, daerah, bandar dan sebagainya. Lain kali menteri yang tidak turun padang, potong gaji mereka. Tidak guna dinaikkan gaji tetapi tidak produktif dalam melakukan amanah rakyat. Membazirkan duit hasil keringat rakyat sahaja. Salam takziah buat saudara kita,” luah beberapa netizen.

Saya malu nampak slogan, mana yang maju dengan jaya tu? Makin mundur adalah.

NETIZEN

Menyusuri ruangan komentar lagi, sebilangan pelayar Facebook turut mempertikaikan slogan ‘Sabah Maju Jaya’ yang telah dicanang sejak sekian lama.

“Selagi isu macam ni belum diatasi bagus cabut saja tu tulisan ‘Sabah Maju Jaya’. Wakil rakyat yang bukan berkhidmat untuk rakyat tapi lebih kepada kepentingan sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak buntu ibu meninggal dunia di hotel PD, pukul 3 pagi cari pengurusan jenazah... Rezeki arwah, Uncle Kentang hantar bantuan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita India panik kereta ‘buat hal’ tengah jalan hampir waktu berbuka, apa yang dilakukan jemaah surau tak disangka-sangka!

“Saya malu nampak slogan, mana yang maju dengan jaya tu? Makin mundur adalah.

Antara reaksi pelayar Facebook susulan kejadian tersebut.

Antara reaksi pelayar Facebook susulan kejadian tersebut.

“Pemerintah Sabah Maju Jaya maksud mereka... bukan Sabah. Rakyat tetap begitu saja... yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin.

“Slogan tu patut dari dulu lagi padam sebab saya slogan itu sudah lama wujud.

“Setuju sangat cabut singboard Sabah Maju Jaya ganti signboard Sabah Kita Punya seperti yang pembangkang mahukan,” luah sekumpulan netizen lagi.

Dalam pada itu, beberapa individu turut berkongsikan keadaan semasa jalan di daerah sekitar Sabah.

Malah ada yang menyatakan pernah melalui situasi seperti yang diceritakan Tuan Masrul.

“Ini juga pengurusan jenazah baby di Kudat kena lalui sungai dan titi pokok tumbang yang agak tinggi sungai di bawah. Jika musim hujan lebat, jalan susah untuk dilalui. Bayangkan macam mana angkat jenazah lalui titi.

“Baru-baru ini urus jenazah dewasa di Matunggong Kudat, juga lebih kurang ceritanya kena lalui jalan yang rosak,” ujar mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain