suria

“Hidup dia nak protect saya saja” - Isteri reda suami ada penyakit ‘obses teruk’ dengan dirinya... tiada kawan, famili

Eya tabah mengharungi hidup walau memiliki suami yang mempunyai OLD.

KEINGINAN untuk melindungi pasangan membuatkan penderita Obsessive Love Disorder (OLD) mahu mengongkong atau mengawal segala perkara berkaitan dirinya.

Malah, wujud perasaan ingin menjaga pasangan melebihi tahap normal sehingga penghidap tidak percaya kepada sesiapa pun untuk melindungi pasangannya walaupun ahli keluarga terdekat.

Salah seorang individu yang berdepan dengan situasi ini ialah Wan Nur Fathiyah, 31, yang mana suaminya, Nik Akmal memiliki OLD dengan wujud rasa cemburu yang terlampau.

Dia yang senang disapa Eya berkata, terdapat perbezaan antara OLD yang lebih cenderung untuk melindungi pasangan dan othello syndrom seperti yang dilakonkan oleh Syukri Yahaya dalam drama bersiri Andainya Takdir.

“Dalam kes saya, suami selalu anggap saya ni lemah, tak pandai pertahankan diri sendiri, sebab tu trigger dia jadi overprotective. Dia sanggup kehilangan segalanya termasuk sahabat atau keluarga untuk lindungi saya.

“Saya tak pernah bercinta dengan lelaki lain sebelum terima dia. Jadi saya ada rasa takut sebab tak tahu macam mana bab couple ni. Ada lelaki datang kelas ajak dating pun saya lari sebab takut.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘burnout’ tengah kerja, sambil nangis video call isteri sempat pesan simpan resipi baik-baik ‘takut hidup tak lama’

ARTIKEL BERKAITAN: Suami letak tangan atas kepala takut isteri kena hujan, pegang tangan lintas jalan... Wanita ini kongsi kisah ‘true love’ perkahwinan kedua

“Saya tak pernah sangka pula selepas terima suami sebaik habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), dia tak lepaskan saya sampai sekarang... dah 14 tahun perkenalan kami,” kata Eya ketika dihubungi mStar.

Menurut Eya yang mengusahakan perniagaan menjual pewarna bibir, penyakit ini berlaku disebabkan beberapa faktor seperti borderline personality disorder (mood swing), obsessive compulsive disorder, kemurungan dan bipolar.

Penerangan-penerangan itu, katanya, telah dijelaskan oleh doktor di sebuah klinik yang terletak di Johor Bahru, Johor.

Kata Eya, Nik sentiasa berasa takut akan kehilangan dirinya dalam hidup kerana menganggap dia sebagai ‘pengecas’ kebahagiaan yang selalu ada di sampingnya ketika susah.

Eya dan Nik mengenali satu sama lain sejak sekolah menengah.

Perkenalan mereka bermula semasa berada di sekolah menengah di mana Nik mula memerhati Eya di kelas namun tidak berani meluahkan perasaan kerana takut luahan hati ditolak.

Walaupun kini sudah lebih lapan tahun berumahtangga, keadaan Nik yang obses dengan isteri sendiri menjadi lebih parah apatah lagi setelah memiliki dua cahaya mata.

“Dulu masa awal percintaan kami memang susah dan struggle sangat-sangat. Saya tak pernah dapat hadiah atau rasa dilayan macam kekasih sebab suami tak mampu bagi hadiah.

OLD ni hidup dia nak protect pasangan saja. Sebab bagi dia pasangan inilah segalanya.

WAN NUR FATHIYAH

“Berjumpa pun setahun tiga kali saja. Nak dating pun kena naik bas walaupun jarak 40 minit. Saya sentiasa ada dengan suami waktu susah dan lowest point dalam hidup dia lepas kehilangan mak ayah pada usia 27 tahun.

“Disebabkan ada banyak kenangan susah senang juga membuatkan suami ada sikap obsessive ni. Dia selalu cakap Apa-apa jadi biar depan dia, takut dia jadi gila,” ujarnya lagi.

Eya yang menetap di Johor Bahru mengakui situasi bertambah sukar apabila suami mula bergantung kepada dirinya 100 peratus dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga mereka.

Menurut psikiatri lagi, keadaan Nik yang terlalu berharap dengan Eya menyebabkan wanita itu terpaksa menjaga kelakuan dan berwaspada supaya ‘mood’ suami dijaga sepanjang masa, bimbang dia melakukan sesuatu yang memudaratkan.

Pasangan ini sudah berumah tangga lebih lapan tahun.

“OLD ni hidup dia nak protect pasangan saja. Sebab bagi dia pasangan inilah segalanya. Dia rasa hidup dia musnah kalau pasangan hilang. Tapi dia tak abusive, cuma boleh menjadi bahaya terhadap orang lain.

“Pernah dulu saya ada cuba nak tinggalkan dia pergi kepada lelaki lain, tapi dia tetap usaha sampai dapat saya balik dengan apa cara sekali pun. Dia pernah ugut untuk cederakan lelaki yang cuba mendekati saya. Lelaki yang ada OLD ni dia takkan lepaskan orang yang dia obses.

“Dia susah terima penolakan daripada pasangan dan akan berusaha apa jua sekalipun untuk selamatkan hubungan dengan pasangan walaupun terpaksa kehilangan keluarga dan sahabat,” jelas Eya mengenai penyakit suaminya.

Susulan perkongsian Eya mengenai penyakit suaminya, video tersebut menjadi tular sehingga meraih lebih 700,000 tontonan.

Eya dan Nik memiliki dua cahaya mata.

Jelasnya, perkongsian tersebut telah dipersetujui oleh suami sebagai memberi kesedaran kepada khalayak mengenai penyakit mental itu.

“Saya pun ambil masa 14 tahun untuk sedar suami ada obsessive sebab selama ni ingatkan dia dengki saja kalau ada life lain selain dia. Rupanya bila dah rujuk psychiatrist, disorder ni berat juga. Perlu rawatan ubat antidepressent dan antipsyhotic sebab dia ada sifat untuk memudaratkan orang lain.

“Mujur juga kami sedar tentang disorder ni. Saya pun tak ada dah lawan perasaan sendiri sebab dah mula faham rupanya suami ada mental illness.

"Dia pun tak minta jadi macam ni sebab semua di luar kawalan minda. Suami pun rasa makin tenang bila dah discover tentang penyakit ni. Selama ni dia pun tertanya-tanya kenapa dia ada perasaan tu,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain