suria

Isteri buntu dapat suami kaki judi, cepat naik tangan kalau ditegur... Kini berselingkuh pula dengan janda!

Si isteri buntu apabila suami kaki judi mahu menuntut hak penjagaan anak mereka selepas bercerai.

DERITA tak berkesudahan.

Begitulah kisahnya mengenai seorang wanita dikenali sebagai Shafika yang patah hati mengenangkan sikap suaminya seorang kaki judi.

Ujar Shafika, dia tahu suaminya suka berjudi sejak zaman bujang, namun tidak menyangka ketagihannya berlarutan sehingga memasuki usia enam tahun perkahwinan.

553 (1)

Rumah-tangga pasangan itu turut goyah gara-gara seorang janda.

"Kami mempunyai seorang anak lelaki berusia lima tahun. Suami saya kerap berjudi. Dulu ada kedai judi yang boleh walk-in. Sekarang hanya online (judi) di telefon.

"Duit gajinya dijadikan modal berjudi dengan alasan untuk bayar hutang atau membeli sesuatu hasil daripada perjudian tersebut.

"Sebenarnya daripada sebelum kahwin saya sudah tahu perangai dia macam tu tapi dengan harapan dia akan berubah apabila sudah berkahwin," dedahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah adik lelaki ‘cucuk langit’ terpampang di TikTok, kisah curang jadi buah mulut... Kakak harap bekas adik ipar berhenti buka aib

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali solo selepas cerai umur 19 tahun, gadis tak kesal kahwin muda cuma trauma dengan lelaki

Menurut Shafika, dia pernah dimarahi serta dipukul suaminya, malah mereka juga hampir bercerai gara-gara tegurannya mengenai perangai si suami.

"Pernah satu hari tu saya tegur dia kerana pentingkan kawan dan judi daripada masa bersama keluarga. Dan dia marahkan saya sehingga memukul saya di kepala.

"Saya pernah buka fail penceraian. Apabila selesai kaunseling kami memilih untuk berbaik. Tetapi keadaan dan sikap suami masih sama.

"Saya memilih untuk tinggal berasingan memandangkan dua tahun sebelum itu kami sudah tinggal berasingan kerana jarak tempat kerja kami berjauhan tiga negeri," dedah wanita itu lagi.

553

Wanita buntu itu membuat luahan hati menerusi Facebook.

Tambah Shafika, hubungan jarak jauh antara mereka turut menjadi punca sehingga suaminya sanggup bermain cinta dengan seorang wanita berstatus janda.

Lebih pilu, hubungan rumah tangganya kini kembali berantakan, malah tindak-tanduk mentuanya turut memburukkan lagi keadaan.

"Sekarang saya dapati dia mempunyai hubungan dengan seorang janda dan saya yakin hubungan bukan sekadar kawan. Perempuan itu cuba menghasut suami saya untuk carikan ibu baharu untuk anak saya.

"Suami meminta saya untuk menandatangani dokumen penceraian. Saya minta pada suami untuk menjaga anak tapi dihalang oleh dia dan mentua.

Sekarang saya dapati dia mempunyai hubungan dengan seorang janda.

SHAFIQA

"Mereka sanggup merebut anak saya dan menghalang saya untuk menjaga malah berjumpa dengan anak saya.

"Jika saya buat tuntutan hak penjagaan anak adakah saya mempunyai hak penjagaan? Jika saya ingin lantik peguam bagaimana caranya?" soal wanita itu lagi menerusi perkongsian di Facebook Kelab Rumah Tangga.

Di ruangan komen, netizen memberi cadangan agar dia membawa hal itu mengikut lunas undang-undang, tak kurang juga yang mendoakan agar dia diberi kebahagiaan.

553 (2)

Ujar wanita itu, suaminya suka berjudi sejak zaman bujang.

"Eloklah bercerai. Anak tu boleh dapatkan hak penjagaan, buat tuntutan kat mahkamah syariah.

"Semoga dipermudahkan urusan penceraian awak dan semoga hak penjagaan anak akan berpihak kepada awak.

"Pergi terus pejabat agama nanti mereka akan terangkan. Anak bawah umur hak penjagaan selalunya pada ibu," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain