suria

Wanita ini ada ‘port’ menarik buat live bisnes online, Hagia Sophia jadi latar belakang... Cakap bahasa Turki pun fasih!

Nuray gembira mempromosikan batik dan mengimport barang Turkiye ke Malaysia.

UMPAMA rezeki terpijak, sesi siaran langsung seorang usahawan ketika mempromosikan produk jualannya di laman sosial turut mendapat perhatian orang awam di sekeliling.

Menariknya, masyarakat setempat yang terdiri daripada rakyat Turkiye kelihatan tertarik dengan konsep perniagaan yang dilakukannya.

Disebabkan petah berbahasa Turkiye, video Nuraini Kamar Rudin menjadi tular di media sosial.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Nuray berkata, pada masa tersebut dia sedang melakukan photoshoot produk jualan iaitu barangan kraf seperti beg yang dihasilkan di Turkiye untuk peminat di Malaysia.

“Masa tu tengah photoshoot dan buat live... memang kalau balik ke Turkiye, saya akan buat live di sebalik tadbir semasa photoshoot.

“Saya merupakan pemilik HQ Moda Nouray Empire iaitu pengimport produk Turkiye dari tahun 2012 dan merupakan founder Nouray.

“Tak sangka masa sesi live tu tiba-tiba pengunjung lokasi bertanyakan tentang produk yang saya tengah reviu,” ujarnya yang pernah menetap di negara tersebut selama tiga tahun selepas mendirikan rumah tangga bersama rakyat Turkiye pada 2009.

Berkongsi kisah permulaan ketika membina empayar perniagaan, ibu kepada dua cahaya mata ini memberitahu, ia bukanlah mudah seperti yang disangka lebih-lebih lagi dia tidak mempunyai pengetahuan luas dalam bidang tersebut.

Malah pada awalnya, ia sekadar perkongsian di Facebook yang hanya diikuti oleh rakan-rakan sekolah.

Impian Nuray untuk membina perniagaan berjaya.

Impian Nuray untuk membina perniagaan berjaya.

“Saya dah mula jual secara kecil-kecilan. Sudah kongsi beberapa item di Facebook untuk kenalan terdekat, Alhamdulillah kenalan kat sekolah ada pesan selendang sebanyak lapan helai dan pakaian yang ditempah kakak.

“Itulah permulaan saya membawa masuk produk Turkiye ke Malaysia.

“Kemudian saya teruskan dengan membawa masuk tasbih wangi dan tudung yang dihasilkan daripada negara Eurasia pada tahun 2012,” katanya.

Saya pernah cakap kepada diri nak buat produk sendiri yang dikilangkan di Turkiye dan syukur Alhamdulillah berjaya

NURAY

Menurut wanita berusia 33 tahun itu, perancangan untuk membina perniagaan import tersebut dilakukan kerana dia dan suami ingin menetap di Malaysia.

“Masa tu, saya bersama suami baru balik... dengan bermodalkan USD3,000 (RM13,423.50) yang dibantu oleh keluarga mentua.

Masa awal nak mula bisnes, sahabat saya yang bantu dengan menjadi pembekal produk dari sana.

“Dia beli stok dan post ke Malaysia. Dalam proses perjalanan buat bisnes, sedikit sebanyak orang mula mengenali dan pelanggan tetap mula meminta saya membawa masuk beberapa jenis barang dari Turkiye seperti silver batu permata yang bertukar warna.

Nuray bersama suami dan anak-anaknya.

Nuray bersama suami dan anak-anaknya.

Regular customer adalah mereka yang pernah ke sana,” jelasnya yang sudah memasang cita-cita untuk membuka bisnes sejak menetap di negara asing.

Lagipun ujarnya, jiwa berniaga sudah sebati dalam diri kerana dari kecil sudah mula menjual dan mengambil upah berdasarkan khidmat yang diberikan.

Bersyukur impian menjadi kenyataan, anak jati Selinsing, Kelantan ini berkata, dia sama sekali tidak menjangka akan memiliki perniagaan dengan produk sendiri kerana usaha yang dilakukan itu mengambil masa yang lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Serik dihina, tengok kesusahan mak ayah... anak muda gali ilmu bisnes seawal usia 15 tahun, buka kedai pertama sebelum ambil SPM!

ARTIKEL BERKAITAN: Polis transform diri selepas 2 kali ‘frust’ menonggeng dengan lelaki! Dulu dihina sebab rupa, kini tenang bersama anak dan bisnes

“Memang dah survey dan angan-angan nak bawa masuk produk Turkiye ke Malaysia. Saya pernah cakap kepada diri nak buat produk sendiri yang dikilangkan di Turkiye dan syukur Alhamdulillah berjaya walaupun perjalanan proses ambil masa yang lama.

“Masa nak pindah balik Malaysia, saya dah pesan pada suami yang saya tidak mahu bertutur dalam bahasa Melayu dengannya.

“Iyalah, saya nak fasihkan diri bertutur dalam dialek sana bagi memudahkan urusan dan komunikasi dengan suppliers di sana,” tambahnya yang konsisten melakukan bisnes sehingga produk Nouray dapat dilancarkan pada 21 September 2020.

Mentua Nuray menghasilkan headband daripada kain batik dan memasarkannya.

Mentua Nuray menghasilkan headband daripada kain batik untuk dijual.

Bukan itu sahaja, usahawan wanita ini turut mempromosikan barangan buatan Malaysia di negara yang terkenal dengan warisan sejarah tersendiri itu.

Malahan, kain batik yang dibawa di sana turut dijadikan kraftangan serta dipasarkan sehingga mendapat permintaan tinggi.

“Saya memang selalu bawa kain batik dari Malaysia ke sana sebab mentua akan buka booth dalam bulan Mei hingga September... mereka buat hasil tangan sendiri.

“Mak mentua saya hasilkan headband daripada batik. Jadi saya akan pastikan dapat kain batik yang bersesuaian. Mak mentua pernah kongsi cerita yang dia pernah jual 2,000 keping headband yang dihasilkan daripada kain batik sahaja,” katanya.

Tambah Nuray, kain batik memang diminati masyarakat Turkish kerana coraknya yang unik dan menonjolkan kesenian dari Malaysia.

Dalam pada itu rata-rata netizen di TikTok turut mengagumi kebolehan Nuray untuk bertutur dalam bahasa Turkiye dengan fasih.

"Best duduk di Istanbul, lepak depan Hagia Sophia pula tu.

"Mek Kelantan di mana-mana, moga murah rezeki.

"Moga peniagaan bertambah maju, suka dengar akak cakap bahasa orang Turkiye," kata beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain