suria

Wanita kendong 2 anak kecil menjaja di kaki lima, netizen seru minta bantuan... “Mana yang duit kepuk-kepuk suka tayang sana sini?”

Wanita berasal dari Pandamaran ini menjaja di kaki lima bersama anak-anaknya yang masih kecil.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Begitulah gambaran kehidupan seorang wanita bersama dua anaknya yang masih kecil ketika dilihat berada di kaki lima di hadapan sebuah bank di Klang, Selangor.

Berdasarkan video yang dikongsikan wanita yang dipercayai berusia lingkungan 20-an itu sedang menidurkan anak-anaknya dengan beralaskan tikar.

Berada di sebelahnya adalah pelbagai jenis kekacang dalam paket kecil dan tisu yang dijual sebagai sumber pendapatan.

Rakaman video tersebut nyata mengundang sayu netizen.

Mana tidaknya, anak yang berusia kurang daripada satu tahun turut dibawa menjaja di kaki lima.

Menerusi perkongsian yang tular itu, seorang warganet menyatakan bahawa wanita terbabit berasal dari Pandamaran.

“Dia memang selalu naik grab ke Klang. Bagusnya dia ni, dia usaha cari duit dengan menjual macam-macam dan suaminya baru lepas kemalangan.

“Barang-barang yang dia jual tu selalunya diletakkan dalam kereta suami, tapi malangnya kereta tu dipecah,” ujarnya di ruangan komen.

Seorang lagi komentar turut menyatakan bahawa wanita berkenaan turut mempunyai ahli keluarga yang ramai.

“Dia duduk dekat Pandamaran kalau tak silap, pernah masa raya dia datang rumah dengan satu keluarga dia... rumah kat mana tak pasti, yang pasti ahli keluarga dia ramai,” kongsinya.

Antara jualan wanita terbabit yang sering ditemui di hadapan bank sekitar Klang.

Antara jualan wanita terbabit yang sering ditemui di hadapan bank sekitar Klang.

Menurut individu yang mengenalinya juga, dia pernah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada awal Julai lalu kerana anaknya yang baru berusia dua bulan terkena jangkitan kuman.

“Saya pernah warded sama dengan dia awal bulan Julai di HTAR... masa tu anak dia dua bulan. Anak kami kena jangkitan kuman masa tu.

Terdetik dalam hati banyaknya dugaan dia tapi tak sangka macam ni sekali kehidupan dia.

NETIZEN

“Dia memang ada cerita anak sulung dia lelaki, dia cakap suami baru kemalangan. Terdetik dalam hati banyaknya dugaan dia tapi tak sangka macam ni sekali kehidupan dia,” ujarnya.

Ekoran itu rata-rata warganet memuji tindakannya yang sanggup berniaga walaupun dalam kesukaran yang dialami, berbanding hanya meminta simpati orang ramai dengan menggunakan anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Buka gerai tepi jalan selepas cuti tanpa gaji, peniaga air terkedu dapat mesej kawan sekolah di Instagram - “Nak marah tak boleh, saya diam je”

ARTIKEL BERKAITAN: Bisnes sambil TikTok! 3 beradik tak kisah berpanas tepi jalan, buat kerja tak glamor - “Saya menari di gerai, orang pandang saya tak peduli”

Malah dia dikatakan menjaja sejak anak keduanya masih dalam kandungan.

Bagaimanapun kewujudan wanita terbabit di kaki lima bersama anak-anaknya membuatkan orang ramai mempersoalkan bentuk bantuan daripada pihak yang sepatutnya.

Antara komentar warganet di video berkenaan.

Antara komentar warganet di video berkenaan.

“Mana la pergi duit zakat dan bantuan-bantuan yang ada dekat Malaysia ni. Kadang tertanya-tanya... apapun semoga rezeki kakak ni dan anak-anaknya selalu dimurahkan.

"Allahuakbar. Kesian tengok mata anak-anak yang masih kecil lagi.

"Semoga dimurahkn rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan adik ni.

"Kat mana akak ni tinggal, teringin nak bantu.

"Yang mana duit kepuk-kepuk suka tayang sana sini? Tolong la akak tu apa yngg patut.

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang menzahirkan rasa syukur dengan keadaan masing-masing selepas melihat kesusahan yang dialami wanita tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain