suria

Gigi kekal tak tumbuh, model sambilan selesa teruskan hidup dengan gigi susu! Anggap diri unik, tak mahu buat rawatan

Alea memiliki gigi susu yang bersaiz lebih kecil berbanding gigi lain.

JARANG-jarang sekali kita dapat melihat individu yang sudah dewasa tetapi masih mempunyai gigi susu.

Tetapi menurut seorang gadis bernama Alea, dua batang gigi susunya di bahagian bawah masih kekal sehingga kini.

Ketika dihubungi mStar, gadis berusia 18 tahun itu bercerita panjang lebar tentang kisah gigi susunya.

“Sebenarnya saya sendiri tak tahu macam mana boleh ada gigi susu sampai dewasa. Dulu masa sekolah kawan-kawan panggil gigi tikus.

“Sejak April 2022, saya bekerja sebagai model freelance bagi tudung dan pakaian. Mak ayah pernah bergurau masa shooting, mereka cakap bahagian bawah nampak macam tak ada gigi,” jelasnya.

Bagi mendapatkan kepastian, Alea pergi ke sebuah klinik gigi di Setia Alam, Selangor, bagi mengesahkan masalah dihadapi, seterusnya mendapatkan rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Obses nak gigi cantik, gadis ini berhabis RM7,000 pakai braces... Tapi tak puas masih nampak jongang

ARTIKEL BERKAITAN: Si cantik tiada 2 batang gigi ‘famous’ selepas sertai media sosial, simpan kisah duka terpaksa berhenti sekolah jaga ibu sakit kanser

Bagaimanapun, setelah melakukan imbasan x-ray, hasilnya menunjukkan bahawa tiada tanda-tanda gigi kekal bakal tumbuh.

“Doktor gigi ada beritahu dua batang tu memang gigi susu.

“Kalau nak tahu rawatan apa perlu dibuat atau nak betulkan gigi, saya kena buat imbasan x-ray. Bila doktor periksa, memang tak ada gigi tumbuh dalam gusi... maksudnya gigi tu kekal dari bayi sampai sekarang,” katanya lagi.

Hasil imbasan X-ray gigi Alea.

Sebelum itu doktor ada mencadangkan agar Alea meratakan giginya melalui kaedah jambatan gigi (bridge).

Namun, jelas gadis ini dia enggan melakukan rawatan seperti dicadangkan malah memilih untuk mengekalkan gigi asal.

Walaupun doktor bagi cadangan buat rawatan tu, tapi saya tak nak sebab gigi susu tu dah macam identiti diri sekarang.

ALEA QISTINA

Walaupun gigi susu tersebut kelihatan lebih kecil berbanding gigi lain, tetapi dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menggigit atau mengunyah makanan.

Kata Alea, dia berpandangan bahawa ketidaksempurnaan itu perlu ditonjolkan kerana tiada siapa pun di dunia ini sempurna.

“Walaupun doktor bagi cadangan buat rawatan tu, tapi saya tak nak sebab gigi susu tu dah macam identiti diri saya sekarang.

Gadis ini memilih untuk tidak memasang bridge bagi menutupi cela.

“Sejak bayi sampai sekarang fizikal saya makin membesar dan banyak berubah tapi gigi tetap kekal macam tu.

“Bagi saya tak ada seorang pun yang sempurna di dunia ini. Kita semua berbeza-beza dan jika tak masuk dengan ‘beauty standards’, tak bermaksud ia satu kecacatan. Kita cuma unik dengan cara tersendiri,” kata Alea.

Untuk rekod, video yang menceritakan kisah mengenai gigi susu Alea meraih lebih 600,000 tontonan setelah disiarkan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain