KELETAH seorang nenek berpura-pura menjadi bayi yang sedang dikendong cukup mencuit hati warga maya. Walaupun kelihatan sudah lanjut usia, namun gurau senda yang disebut 'masuk air' oleh netizen hari ini menunjukkan betapa akrabnya hubungan mereka. Menurut cucunya yang merakam video, Erika Baiduri, 29, keletah antara kakaknya, hanya ingin dikenali sebagai Shikin bersama nenek, Habibah Karim, 89, dirakamkan di rumahnya ketika mereka datang berkunjung di Ipoh, Perak baru-baru ini. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Haritu kakak nak hantar mak dan opah (nenek) balik kampung jadi mereka singgah rumah saya. Rumah mak dan nenek dekat saja di Gerik, Perak. “Biasanya kalau hari cuti kakak memang bawa mereka bercuti atau ke rumah saya. Apabila berkumpul ramai-ramai kami akan berborak macam dalam video tu. Masa tulah kakak mula nak bergurau. ARTIKEL BERKAITAN: Sedih, marah, kelakar! Sehari lebih 10 kali ajak, anak-anak terpaksa pura-pura bawa bapa nyanyuk 'balik kampung'... apa yang berlaku selepas itu memang puas hati ARTIKEL BERKAITAN: Nenek makan nasi lauk garam, kemudian teguk Starbucks... netizen terus ‘cancel kesian’! Cucu dedah ‘itu memang makanan Pah’ “Dia ambil selimut dan selimutkan opah. Kakak mula panggil dia baby. Opah pula memang jenis suka melayan kalau kami bergurau sebelum ni. Dia pun mainkan watak sebagai bayi tu,” ujarnya ketika dihubungi mStar. Walaupun sudah berusia, katanya yang senang disapa Ika, kesihatan nenek yang dipanggil opah berada dalam keadaan baik saja. Ika (kanan) bersama nenek dah ahli keluarga yang lain. Bukan sahaja sihat, nenek mereka juga suka bergurau senda dengan cucu-cucunya. Apatah lagi jarak antara rumah ibu Ika dan nenek hanya lima kilometer sahaja jadi mereka selalu berjumpa dengan opah. “Alhamdulillah opah masih sihat dan tidak ada masalah lupa ingatan atau nyanyuk sampai sekarang. Saya pun berasa lega sikit tambah-tambah apabila fikirkan dia duduk seorang diri. “Cuma kadang-kadang opah selalu demam sebab faktor umur dia. Opah memang selalu buat benda kelakar bagi kami ketawa. Kalau kita usik pun, dia akan kacau kita balik. Opah memang selalu buat benda kelakar bagi kami ketawa... kalau kita usik pun, dia akan kacau kita balik. ERIKA BAIDURI “Opah tinggal sorang saja di rumah sejak datuk meninggal. Tapi rumah kami dekat jadi mak memang selalu saja pergi rumah opah teman dia. Opah pula lebih suka tinggal di rumah dia, mungkin lebih selesa nak buat apa-apa,” ujarnya lagi. Tambah Ika, neneknya merupakan seorang pencinta kucing malah memelihara seekor kucing di rumah sebagai peneman. Nenek sangat menyayangi kucing kesayangan yang menjadi peneman di rumah. Terdahulu Ika berkongsi video keletah neneknya itu di TikTok dan rata-rata terhibur selain mendoakan agar wanita itu diberikan kesihatan yang baik. Ujar Ika, dia berterima kasih kepada warga maya yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan nenek agar dia sentiasa sihat. “Saya rakam video tu untuk kenangan saja sebab seronok apabila dapat berkumpul adik beradik. Tak sangka pula boleh jadi viral. Wanita ini sudah berusia 89 tahun. “Apabila tunjuk dekat opah saya upload video, dia malu sebab dah semakin ramai akan tengok muka dia lepas ni. “Apa-apa pun saya bersyukur masih ada opah dan boleh bergurau senda dan berkasih sayang dengan kami semua,” ujar Ika menutupi kisah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI