KAKI gaduh, tidak pandai dalam pelajaran dan bersifat negatif antara cemuhan yang sering dilemparkan kepada pelajar yang berada di 'kelas akhir'. Namun hakikatnya mereka juga punya hati nurani yang tulus dan tahu menghargai pengorbanan pendidik sehingga hampir membuatkan seorang guru menitiskan air mata. Malah drama yang dipertontonkan menerusi video tular baru-baru ini berjaya menyentuh hati warganet kerana beranggapan ia adalah kenangan indah di zaman persekolahan. Mana tidaknya, rakaman video tersebut memaparkan sekumpulan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Selangor yang cuba melakukan 'prank' terhadap guru subjek Sejarah dengan melakukan aksi pergaduhan yang sinonim dengan 'kelas akhir'. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Situasi tersebut bagaimanapun reda selepas cikgu berusaha meleraikan pergaduhan dengan memegang salah seorang pelajar yang terlibat. Pada masa sama, seorang pelajar perempuan masuk dan tiba-tiba kedengaran lagu 'selamat hari lahir' dinyanyikan. Menceritakan situasi yang dilalui itu, cikgu Rejiha Shahzinan yang terkenal dengan sifat garang mengakui terkejut dengan insiden 'pergaduhan' kerana ia terjadi semasa sesi pembelajaran sedang dijalankannya. "Memang terkejut dan perasaan bercampur baur ketika itu... tak sangka kena 'prank' macam tu dengan pelajar. ARTIKEL BERKAITAN: Hampir dibuang universiti, pelajar Kimia pasrah gagal tukar kursus! Kini dinobat guru cemerlang Sains, banyak terima anugerah global ARTIKEL BERKAITAN: Menjelang SPM, pelajar dan ibu sepakat beri ‘beg istimewa’ buat semua guru yang mengajar... apa hadiah di dalamnya, biarlah rahsia! "Kebetulan mereka bukan pelajar kelas cemerlang tetapi dia punya penghargaan membuatkan saya terharu sangat," ujarnya ketika dihubungi mStar. Lebih mengejutkan apabila dia mendapat tahu perancangan yang dilakukan murid selama empat hari itu turut melibatkan guru disiplin. Malah katanya, sepanjang berkhidmat sebagai tenaga pengajar, itulah kali pertama dia diraikan oleh pelajar. "Saya mengajar sejak tahun 1996 jadi memang terharu sangat, sebab tak pernah berlaku (diraikan). Syukur sebab ada yang menghargai pengorbanan saya... itu yang pertama dan mungkin terakhir. Berpengalaman lebih 25 tahun sebagai seorang pendidik. "Lagi pula saya bukanlah guru kelas mereka sebaliknya mengajar subjek Sejarah bermula di tingkatan 5 sahaja," luahnya sebak. Tambah guru yang kini berusia 56 tahun itu lagi, pada awalnya dia melihat kedua-dua murid terlibat saling mengusik antara satu sama lain. Kemudian, salah seorang daripadanya pergi ke tandas. Namun sekembalinya ke kelas, dia menyerang kawan yang berada di belakang sehingga mencetuskan 'pergaduhan'. "Memang saya terperanjat sebab ada unsur bergaduh antara murid. Manakala pelajar perempuan bernama Sufi yang membawa kek pula keluar awal kononnya dipanggil guru. "Memang situasi masa tu tak nampak seperti dirancang pun. Jadi semasa saya cuba meleraikan pergaduhan dengan menangkap salah seorang pelajar, Sufi yang juga ketua kelas masuk dengan membawa kek. Rejiha dikatakan seorang guru yang garang. "Serentak dengan itu satu kelas menyanyikan lagu selamat hari lahir," ujarnya mengimbau kejadian yang berlaku dua tahun lalu. Meskipun sudah lama, namun momen yang terhasil itu masih segar diingatannya. Pun begitu, apa yang berlaku itu sedikit sebanyak menimbulkan persoalan dalam diri Rejiha. Justeru dia bertanyakan kepada pelajar tersebut kenapa mereka tiba-tiba ingin meraikan hari lahirnya. "Apabila saya tanya balik, mereka cakap terharu sebab saya ajar daripada tidak minat mata pelajaran Sejarah sehingga terus minat. Mereka semua saya anggap seperti anak sendiri oleh itu rasa bertanggungjawab untuk mendidik mereka hingga berjaya. CIKGU REJIHA "Boleh dikatakan, kebanyakan daripada mereka lulus subjek yang saya ajar," katanya yang masih berhubung dengan anak murid berkenaan sehingga kini dan turut mempunyai kumpulan WhatsApp khusus. Malah dia juga menjadi tempat rujukan dan pertanyaan bagi murid yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi. Berkongsi teknik yang dilakukan bagi membantu murid, ujar beliau, pesanan dan nasihat sentiasa dititipkan setiap kali sesi pengajaran berlangsung. Beliau turut menegaskan bahawa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah satu-satunya sijil yang 'laku' dan paling 'mahal' di negara ini. "Saya selalu cakap pada mereka, dalam masa belajar jangan campur adukkan lawak jenaka. Cikgu Rejiha bergambar kenangan bersama pelajar yang meraikannya. "Pada masa sama, saya juga pantang tengok pelajar tidur di dalam kelas dan akan paksa mereka bangun untuk buat kerja. Saya akui akan merotan jika mereka tak buat... tapi bukanlah rotan yang membelasah sebaliknya secara lembut tetapi tegas. "Selain itu, saya nyatakan yang mereka semua saya anggap seperti anak sendiri oleh itu rasa bertanggungjawab untuk mendidik mereka hingga berjaya. "Antara ayat yang selalu saya katakan adalah 'apa sijil yang kamu ada kalau tak lulus SPM?, hanya sijil SPM paling mahal yang ada di Malaysia yang dapat membantu mendapatkan kerja atau sambung belajar'," jelasnya. Terdahulu, video yang dimuat naik di TikTok menjadi tular sehingga mendapat 1 juta tontonan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI