SIAPA sangka, ketika usia awal 20-an seorang gadis perlu memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan mencari nafkah bagi membesarkan adiknya yang masih bersekolah rendah. Memegang gelaran 'single sister', Nurlina mengakui terdapat pelbagai cabaran yang perlu diharungi terutama sekali membabitkan emosi dan tanggungjawabnya sebagai anak sulung. Mana tidaknya, dia perlu membesarkan adik, Muhammad Syawal yang baru berusia 10 tahun. Bercerita kepada mStar, anak jati Kuala Lumpur ini berkata, kehidupannya berubah sepenuhnya selepas ibunya meninggal dunia pada Mac tahun lepas. Dia juga pernah digelar sebagai 'ibu muda' kerana orang ramai menyangka Syawal adalah anaknya. Tambahan pula baru-baru ini dia hadir ke sekolah untuk mengambil kad laporan akademik Syawal. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Waktu ambil report card tu, tak ada yang tanya saya apa-apa. Cuma sepanjang dekat sana tu rasa janggal sebab orang sekeliling pandang, lagi pula saya dipanggil sebagai 'puan'. "Majoriti ingat Syawal tu anak saya, susah juga nak terangkan sebab ada sesetengah tak percaya sehingga saya perlu tunjuk kad pengenalan (MyKad)," luahnya yang sering menunjukkan muka serius apabila berbicara tentang Syawal. Memulakan cerita tentang permulaan kehidupannya sebagai ketua keluarga, ujar anak gadis berusia 22 tahun itu, bapanya telah meninggal dunia pada tahun 2014 selepas terjatuh dari motosikal akibat cuba mengelak batu ketika berada di kebun. "Ibu pula meninggal ketika usianya 49 tahun, kerana kesan penyakit kanser paru-paru yang dihidapinya sebelum ini. "Pada masa tu, ibu sedang tidur dan 'pemergiannya' hanya disedari oleh Syawal sebab saya berada di hospital," luahnya yang mesra dipanggil Riana. Walaupun terkejut dengan perkhabaran yang diterima pada masa itu, namun dia menerima suratan takdir tersebut kerana tidak sanggup melihat ibunya terus menderita dengan penyakit dihidapi. Malah katanya, sejak episod sedih itu berlaku, ada masanya dia akan berasa lemah semangat. Riana bekerja sebagai digital marketing. "Ada masa saya down dan bila tak okay saya akan bagitahu Syawal yang saya tak okay. Mujur dia faham dan akan datang bertanya keadaan saya selepas beberapa ketika. "Awal-awal dahulu, saya tak mahu pandang Syawal sebab muka dia memang macam ibu... barang ibu pun saya tak nak tengok kerana masa meninggal, saya yang mandi dan kafankan. "Jadi saya tak boleh nampak barang dia, kalau nampak memang sedih dan bercucuran air mata. Kalau saya, barang arwah ibu akan disimpan dalam almari tapi Syawal akan gunakan," luahnya sebak. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sering tanya soalan pelik, selepas jatuh sakit baru anak faham apa maksudnya... terus resign walau baru nak bina kerjaya ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak mau menyesal” - Berhenti kerja di KL, balik kampung demi jaga ibu lumpuh... anak yakin pasti ada ganjaran Riana juga mengakui bahawa dia berada dalam dilema kerana khuatir tidak dapat menjaga satu-satunya adik kandung kerana memikirkan 'perjalanan' Syawal yang masih panjang. Bagaimanapun dia sedaya upaya berusaha untuk menjaga dan membesarkan adiknya dengan penuh kasih sayang. "Seminggu dua tu saya rasa terbeban tapi bila fikir balik, Syawal nak pergi mana selain bergantung harap pada saya. Jadi saya chill diri dan akhirnya rasa terbeban tu hilang," katanya. Mengimbau kembali kenangan dengan arwah ibu, ujar Riana, dia pernah meminta ibunya berhenti kerja sebagai promoter kerana bimbang keadaan kesihatannya. Namun ibunya tetap berdegil sehinggalah dua minggu sebelum dijemput ajal. Syawal gemar melukis dan sering meluahkan perasaannya di dalam lukisan. "Saya ada suruh ibu berhenti dan cakap 'kakak boleh jaga ibu', tapi dia tak mahu... cuma dua minggu sebelum meninggal tiba-tiba dia datang dan cakap 'buatkan surat permohonan ibu berhenti dua minggu'. "Hari dia datang pada saya tu, ngam-ngam dua minggu sebelum dia meninggal. Masa tu saya siapkan dan terus emel ke syarikatnya. Lepas tu, ibu mula sakit dan demam, saya sekeluarga ikhtiar nak bawa pergi dapatkan rawatan. Mungkin tu hint yang dia nak 'pergi' sebab ibu tak pernah minta apa-apa. Selalunya saya kena bawa dia pergi ke mana-mana kedai dan minta ambil barang yang diingini untuk saya bayarkan. RIANA "Tapi hari yang sepatutnya ibu pergi ke pusat rawatan, hari itulah dia meninggal," ceritanya sebak. Bukan itu sahaja, ibunya juga pernah meminta dia membelikan payung. Meskipun berasa pelik, namun Riana menuruti sahaja permintaan ibunya. "Masa tu dah agak yang 'masa' ibu dah tiba. Bila saya beli payung, dia marah sebab salah beli... rupanya dia nak payung kayu. "Mungkin tu hint yang dia nak 'pergi' sebab ibu tak pernah minta apa-apa. Selalunya saya kena bawa dia pergi ke mana-mana kedai dan minta ambil barang yang diingini untuk saya bayarkan," luahnya sedih. Antara komen yang ditinggalkan para netizen di video Riana. Bersyukur kerana masih mempunyai tempat berteduh, dia turut meluahkan sedikit kelegaan kerana masih boleh menumpang kasih dengan nenek yang telah berusia lebih 80 tahun. Malah katanya, kehadiran pakcik dan makcik saudara yang turut bertanya khabar membuatkan dirinya serta adik berasa disayangi. "Saya dan Syawal tinggal dengan nenek di Petaling Jaya, Selangor. Alhamdulillah saya sudah bekerja sebagai digital marketing dan mampu menyara adik yang bersekolah rendah serta menghulur duit kepada nenek. "Belanja dapur tu kadang-kadang saya keluarkan tapi makcik pun akan bagi juga pada nenek walaupun dia tinggal asing," ujar Riana yang sering menggunakan motosikal untuk bergerak. Meskipun pendapatannya antara RM1,800 hingga RM2,000, namun Riana mampu menanggung perbelanjaan harian adiknya termasuk kos pembelajaran seperti buku, pakaian dan alat tulis. Dia juga membayar setiap keperluan adiknya termasuk yuran sekolah dan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru). "Kalau duit belanja adik, saya akan asing siap-siap. Jika tak sempat, nenek yang bagi dan saya akan bayar balik. "Saya sangat bersyukur kerana adik tak banyak kerenah dan minta lebih-lebih seperti permainan. Dia hanya minta makanan, keperluan ataupun buku untuk dia melukis sebab dia suka melukis. "Kalau nak beli sesuatu yang mahal, saya akan suruh tunggu dulu sampai dah cukup duit... macam dia nak beli ultraman, jadi kena tunggu dulu," jelasnya yang memperuntukkan sehingga RM500 sebulan untuk adiknya. Baru-baru ini, Syawal menyuarakan keinginan untuk masuk ke kelas musik bagi belajar bermain drum. Bagi Riana, dia sebolehnya cuba memenuhi impian adiknya itu namun pada masa ini masih belum berjumpa dengan kelas yang bersesuaian. Terdahulu, video perkongsian yang memaparkan dia hadir ke sekolah Syawal menjadi tular di TikTok sehingga mendapat lebih 617,500 tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan komen sokongan kepada Riana dan berharap dia terus kuat untuk menyara adiknya sebagai ketua keluarga. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI