KETIKA orang lain sibuk memilih kereta baharu sebagai first car, jejaka ini bagaimanapun membeli kenderaan terpakai untuk dipandu setiap hari. Menurut Azri Nasir, dia memilih kereta Perodua Kelisa yang dibeli pada 7 April lalu dengan harga RM13,500 menggunakan wang simpanan yang dikumpul selama setahun. Namun, setelah melihat kepada keadaan terkini kereta tersebut, ia bagaikan sudah hilang rupa asalnya apabila diubahsuai dengan kapsyen from aunty to sporty. Bercerita kepada mStar, lelaki yang senang disapa Azri menceritakan kisah bagaimana dia membeli dan menambah baik keadaan kereta tersebut. “Saya beli kereta secondhand saja. Walaupun kelisa ni dah berusia 17 tahun tapi saya boleh katakan kereta ni evergreen (malar segar). View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Salah satu sebab pilih kereta ni kerana bentuk yang comel dan mudah dibawa kerana saiznya kecil. Alat ganti kereta ni pun tak susah nak cari. Mana-mana kedai bengkel pun kita boleh walk in terus untuk baiki,” ujarnya. Menurut Azri, kereta pilihan hatinya ini merupakan keluaran 2005. Sebagaimana dikongsikan di TikTok, warga maya menyifatkan video transformasi tersebut sebagai satu cerita yang mengundang sebak. ARTIKEL BERKAITAN: Hilang kerja, bisnes dan ibu! Bekas pramugara naik Kancil buruk bawa 4 ekor kucing untuk mulakan hidup baharu di KL ARTIKEL BERKAITAN: Perodua Kancil ‘legend’ memang padu! Demi nak kurus jejaka ini buat tempat sauna, pakai jaket duduk dalam kereta tengah panas “Video tu saja-saja saya hasilkan sebagai kenangan menceritakan perjalanan sejak memiliki kereta itu sehingga kini. “Ramai yang cakap mereka sedih lepas tengok video tu. Sebenarnya saya buat macam tu sebab bagi saya kereta lama ni banyak kenangan. Kadang-kadang orang terlepas pandang sampai hilang atau dijual barulah mereka rasa rindu tu. Azri membeli kereta dengan hasil mengumpul wang simpanan selama setahun. “Kebanyakan kereta jenis Kancil dan Kelisa ni kalau jumpa pun mesti sudah terbengkalai dan tak terjaga sampai berkarat,” katanya. Jelas Azri, sepanjang memiliki kereta itu sekitar lima bulan, dia sudah menukar bahagian luar dengan menambahkan spoiler, skirting, tukar warna cat dan juga lampu. Kereta Kelisa dibeli pada 7 April lalu. Menurut Azri dia membelanjakan kira-kira RM4,000 bagi mengubah suai kereta Kelisa berkenaan agar lebih sedap mata memandang. Dalam pada itu, Azri menyatakan bahawa ini merupakan kereta pertama yang dibeli di sebuah kedai kereta terpakai di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Ditanya mengapa dia memilih kereta terpakai berbanding baharu, Azri berkata baginya kenderaan lama lebih mudah untuk dijaga. Saya beli kereta ni pun sebab reliable, cantik dan kalau dijual balik pun tak menanggung kerugian yang besar. AZRI “Setiap kereta baharu dan lama ada kelebihan dan kekurangan dia. Kereta lama mungkin lagi senang nak repair, murah dan banyak alat ganti yang tersedia. “Kereta baharu pula ada ciri keselamatan yang dah dinaiktaraf. “Sebelum ni saya naik motosikal saja. Saya beli kereta ni pun sebab reliable, cantik dan kalau dijual balik pun saya tak menanggung kerugian yang besar sangat,” ujarnya lagi. Ujar Azri, jika ada yang berminat untuk mengikut jejak langkahnya membeli kereta Kelisa terpakai, mereka dinasihatkan supaya menyediakan wang sekitar RM9,000 hingga RM14,000. Keadaan terbaharu kereta milik Azri. Memandangkan penjagaan kereta tersebut agak mudah dan menjimatkan, Azri menasihatkan agar mereka tidak terburu-buru dalam memilih kereta. Dalam pada itu rata-rata netizen terinspirasi dengan video transformasi yang dilakukan Azri terhadap keretanya. Malah ada juga yang melahirkan hasrat untuk memiliki dan mengubah suai kenderaan sama suatu hari nanti. “Geng Kelisa hadir, tapi video ni buatkan saya teremosi. Seronok pakai Kelisa sebab comel. “Orang lain nak pakai kereta mahal, tapi aku ni teringin betul nak pakai Kelisa sebab comel. “Smat sangat, daripada budak baik dah jadi mafia. Cantik sangat, aku memang minat Kelisa ni,” luah beberapa netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI