SERING kali kita terdengar kata-kata nasihat yang menyarankan untuk lebih baik berdiam diri ketika sedang marah, kerana dibimbangi kata-kata yang terkeluar akan menyebabkan perkara yang lebih buruk berlaku. Demikianlah dengan situasi yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini mengenai satu insiden yang disaksikannya sendiri di depan mata. Mengimbas kembali kejadian tersebut menerusi satu perkongsian di Facebook, lelaki bernama Fahmi Huzairi berkata, ketika itu dia sedang menikmati hidangan di sebuah restoran. Tiba-tiba dia dan pelanggan lain dikejutkan dengan suara kuat, di mana pemilik restoran sedang memarahi seorang pelanggan yang merupakan warga emas gara-gara tidak mempunyai wang untuk melunaskan bil hidangan. Sebahagian daripada posting asal yang tular. "Satu kedai dengar tauke kedai tu sound pakcik ni dengan family dia. Pakcik tu dengan makcik (isteri), empat orang cucu dan tiga perempuan remaja dan dewasa. "Menantu saya tak dapat dihubungi, dia yang suruh makan kat sini," kata pakcik berkenaan kepada pekedai. "Itu hal awaklah, habis tu takkan dah makan tak nak bayar... RM259 ni," demikian pula balas si peniaga seperti yang dikongsikan Fahmi. ARTIKEL BERKAITAN: Niat berkongsi rezeki, pemilik restoran di Shah Alam minta jangan segan ambil makanan percuma - “Saya faham bagaimana rasanya susah...” ARTIKEL BERKAITAN: Anak ramai tapi beli burger 3 biji... Peniaga tak sampai hati tengok pelanggan tahan lapar, murah hati bagi makanan percuma! Fahmi berkata, di sempat menoleh ke arah wajah lelaki tua berkenaan dan kelihatan air mukanya keruh tanda sedang menanggung malu. Situasi tersebut sangat berbeza ketika lelaki tua itu dan keluarganya tiba di restoran berkenaan dan menjamu selera. "Tadi aku tengok satu family ni sampai dekat restoran pun pakai van Vanette lama. Masuk restoran pun tengok yang kecil-kecil tu seronok bukan kepalang dapat makan dekat luar. "Maybe menantu dia yang setting makan keluarga ni, tapi menantu dia tak sampai lagi. Call pun tak angkat-angkat. "Pakcik tu pakai serban, baju jubah... keluarga dia pun elok berpakaian muslimah. Keluarga baik-baik ni, tak sanggup aku tengok mereka dimalukan," tulisnya. Tanpa berlengah, Fahmi segera memanggil pemilik restoran berkenaan untuk mengira bil hidangan miliknya. Keluarga berkenaan diherdik kononnya enggan membayar bil selepas menikmati makanan. Ketika itu, dia turut meminta pemilik restoran berkenaan mengira sekali bil hidangan keluarga lelaki tua tersebut kerana berniat mahu bersedekah. "Kira sekali ngan pakcik tu punya tapi dengan syarat, makcik minta maaf dengan dia dan cakap makcik belanja dia hari ni, boleh? "Kenapa tak cakap adik je belanja? "Pakcik tu mungkin ada masalah keluarga, makcik tengking dia, dia dah dimalukan depan orang ramai, jadi saya nak makcik perbetulkan keadaan supaya maruah dia dikembalikan dan dalam masa yang sama saya nak kredibiliti makcik juga dikembalikan. "Sebab bila makcik tengking pelanggan, pelanggan lain akan mula anggap makcik ni tauke restoran yang tak baik, nanti mereka akan cerita macam-macam pasal restoran makcik, padahal saya tahu makcik orang baik," tulis Fahmi mengenai perbualannya dengan pemilik restoran berkenaan. Itulah manusia. Kadang-kadang kita tak sedar apa kita cakap sebab tengah marah. NETIZEN Tidak lama kemudian, Fahmi berkata dia melihat pemilik restoran pergi ke meja keluarga lelaki tua tersebut dan mereka kelihatan bersalam-salaman serta berbual mesra, sebelum keluarga itu bangun meminta diri tergesa-gesa. Sementara itu ketika Fahmi juga mahu melangkah keluar, tiba-tiba tauke restoran itu mendekatinya untuk mengucapkan terima kasih dan membayar kembali wang yang digunakan untuk membiayai bil keluarga lelaki tua itu. "Biarlah makcik belanja diaorang... rupanya menantu dia kemalangan, sebab tu la menantu dia tak angkat-angkat call. "Kalaulah makcik terus marah-marah tadi, tak tahulah nak simpan perasaan bersalah ni macam mana. Ini duit RM280 makcik nak pulang semula kat adik, biarlah makcik yang belanja keluarga tu dengan adik punya sekali," cerita Fahmi mengingati semula kata-kata pemilik restoran berkenaan. Bagaimanapun kata Fahmi, dia menolak pemberian pemilik restoran itu dengan baik dan meminta wang berkenaan disimpan sebagai sedekah untuk masa akan datang. Komen netizen yang memuji pendekatan Fahmi. Sehingga kini perkongsian Fahmi meraih leih 1,500 shares di Facebook. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-ratanya memuji pendekatan Fahmi yang disifatkan sebagai tindakan yang rasional dan terpuji. "Terima kasih sebab jaga air muka pakcik itu sekeluarga. "Alhamdulillah. Terbaik. Anda membela maruah pakcik tu, menyedarkan tuan kedai dengan bijak. Semoga terus dilimpahkan rezeki. "Itulah manusia. Kadang-kadang kita tak sedar apa kita cakap sebab tengah marah. Dan itulah pentingnya orang sekeliling untuk meredakan marah dan menasihati," demikian antara komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI