SEMUT, lalat, lipas dan cicak adalah antara serangga atau haiwan yang biasa ditemui dalam makanan yang dibeli bungkus atau ketika menjamu selera di luar. Namun lain pula kisah yang dikongsikan oleh lelaki ini ketika ketika menjamu selera di sebuah restoran. Bukan biasa-biasa, haiwan yang dirakam berada di dalam mangkuk mi segera yang dipesannya jelas sekali seekor pacat. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Lebih menggelikan, haiwan berkenaan yang berwarna hitam berkilat dan montel kelihatan cuba keluar dari kuah, sekali gus membuatkan tekak terasa kembang dan makanan yang ditelan terasa ingin dimuntahkan semula. "Maggi sup pacat," demikian kapsyen yang ditulis pada perkongsian video di akaun TikTok _ichii21. ARTIKEL BERKAITAN: “Ingatkan daging dalam kuah, rupanya tali mop!” - Dua beradik rasa nak muntah makan roti canai banjir, selepas mengadu tetap kena bayar! ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan bengang waiter hanya gelak selepas hidang ‘telur dadar lipas’, anak owner bagi diskaun RM10 - “Tolong jaga kebersihan, jaga adab” Namun individu yang memuat naik video berkenaan tidak menyatakan maklumat lanjut mengenai lokasi restoran dan bila kejadian tersebut dirakam. Ternyata perkongsian tersebut membuatkan rata-rata netizen geli geleman dengan ada juga antara mereka yang enggan memesan menu makanan yang sama. Ramai netizen mengesyaki pacat tersebut tersembunyi di sebalik sayur kangkung yang dimasukkan ke dalam sup berkenaan. Ini kerana mereka beranggapan pacat tersebut 'tersembunyi' pada daun dan batang kangkung. "Dalam kangkung ni... sebab itu saya tak makan kangkung kampung. "Saya dah stop makan kangkung, sebab diri sendiri jumpa dan baru-baru ni kakak jumpa. Kangkung memang tak ada dalam senarai sayuran yang nak dibeli. Benda ada dekat tangan... jatuh. Nasib dah habis. Baru balik hiking. PEMILIK VIDEO "Sebab itulah saya kalau makan dekat kedai, tak suka sayur dalam makanan yang saya pesan," demikian antara komen netizen. Bagaimanapun daripada perkongsian video berkenaan, netizen juga melahirkan rasa hairan kerana hidangan tersebut 'licin' dijamah sehingga hanya tinggal kuah, meskipun terdapat pacat. "Masalahnya, maggi tu dah habis. "Makanan dah masak, macam mana boleh hidup lagi? "Ya Allah, maggi sudah habis baru dia nampak," demikian antara pertanyaan yang diluahkan netizen. Penjelasan daripada individu yang memuat naik video berkenaan. Bagaimanapun situasi yang sebenarnya diceritakan oleh individu yang membuat perkongsian itu di laman komen. Difahamkan, pacat dalam makanan itu bukanlah datang dari dapur restoran atau sayur sayuran di dalam mi, sebaliknya ia terjatuh ke dalam kuah sup tersebut. "Benda ada dekat tangan... jatuh. Nasib dah habis. Baru balik hiking," ujar individu berkenaan. Sehingga kini video yang dimuat naik di laman TikTok itu meraih lebih 608,000 jumlah tontonan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI