suria

“Saya geli, faham tak?” - Wanita menyesal kahwin! Suaminya pengotor... kencing ‘bersepah’, kahak dalam sinki

Wanita tersebut tertekan dengan sikap suaminya yang pengotor. Gambar hiasan

UNGKAPAN 'masa bercinta, kentut pun berbau wangi' memang biasa didengari ketika seseorang dalam fasa dilamun asmara.

Ketika itu setiap perkara mengenai pasangan dianggap indah belaka.

Bagaimanapun bak kata orang tua, sikap dan perangai sebenar seseorang hanya akan terserlah apabila sudah berkahwin dan tinggal sebumbung.

Ada benarnya kata-kata yang biasa dilontarkan itu, justeru pasangan yang berumah tangga dinasihatkan untuk memperbanyakkan sikap sabar dalam melayari bahtera perkahwinan.

Dalam satu perkongsian di laman Twitter @confesstweetmy, seorang wanita meluahkan rasa geram dengan sikap suami sendiri meskipun mereka baru dua bulan diijabkabulkan.

pengotor 2

Wanita berkenaan berkongsi masalahnya yang dihadapinya di laman Twitter Confesstweetmy.

Semuanya berpunca daripada sikap suaminya yang disifatkan amat pengotor.

ARTIKEL BERKAITAN: Encik tunang anak mak, kuat mengadu kalahkan perempuan! Gadis ini makan hati asyik kena maki, netizen kata petanda ‘red flag’

ARTIKEL BERKAITAN: Mek Kelantan derita dapat suami dayus, tak hirau isteri lahirkan zuriat sendiri... Macam pengemis minta azankan anak

"Husband saya pengotor. Tuala basah campak atas tilam, kencing bersepah (terpercik) bertitis atas tempat duduk tandas dan kahak dekat sinki. Saya geli, faham tak?" tulisnya dalam satu mesej yang dikongsikan di laman berkenaan.

Meskipun usia perkahwinan mereka masih boleh dikategorikan sebagai 'pasangan pengantin baru', namun wanita tersebut tidak segan meluahkan rasa sesal dengan keputusannya mengahwini lelaki berkenaan.

Kalau buat diam manalah lelaki nak faham kenapa kita marah? Tegur sajalah. Masing-masing improve mana yang kurang.

NETIZEN

"Saya baru berkahwin dua bulan. Tapi sekarang saya rasa menyesal. Tak sangka dia pengotor.

"Kadang tak bercakap pun dengan dia sebab marah sangat. Macam mana nak tegur habit macam tu? Tolong!" luahnya lagi.

Sehingga kini perkongsian ciapan berkenaan meraih lebih 4,500 ulang kicau.

Pelbagai pandangan dan nasihat disarankan oleh netizen, dengan rata-ratanya meminta wanita berkenaan berterus terang mengenai isu tersebut dengan suaminya.

"Baru dua bulan kahwin dah post masalah dekat sini. Communicate sajalah dengan dia elok-elok. Kalau buat diam manalah lelaki nak faham kenapa kita marah? Tegur sajalah. Masing-masing improve mana yang kurang.

pengotor 3

Wanita tersebut tidak tahu bagaimana cara untuk menegur suaminya. Gambar hiasan

"Kunci rumah tangga bahagia adalah melalui komunikasi. Tak bercakap dengan dia bukan satu penyelesaian. Waktu mula-mula kahwin inilah nak cakap apa yang awak tak suka dan insyaAllah dia boleh dengar dan akan berubah.

"Sebab itu kahwin biar dengan orang sekufu. Tanya dia punya lifestyle, tanya dia tentang tabiatnya, perhatikan mana red flags dan perlahan-lahan tegur dari mula.

"Inilah namanya perkahwinan. Dah tinggal sebumbung, baru tahu perangai masing-masing. Nak tak nak, kena saling tegur salah masing-masing. Yang ditegur kena terimalah. Takkan nak berpisah, baru dua bulan kahwin. Semoga dipermudahkan sis," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain