PERIHAL gangguan makhluk ghaib dalam kehidupan manusia bukan sesuatu yang asing. Kehadiran makhluk-makhluk berkenaan yang adakalanya bertembung dengan kehidupan seharian kita boleh menyebabkan tercetusnya aktiviti paranormal. Mengakui pernah berdepan situasi mistik, seorang wanita berkongsi cerita di Twitter bahawa dia dan keluarganya diganggu makhluk halus ketika menetap di sebuah rumah sewa di London, United Kingdom. Menerusi bebenang Twitter @smfhazirah, wanita itu berkata bapanya tidak menghiraukan komen dan ulasan pelanggan sebelum ini yang mendakwa rumah yang ingin disewa berkenaan agak ‘keras’ Tangkap layar ciapan di Twitter. Cerita wanita itu lagi, kisah seram yang dialami mereka bermula ketika mereka menaiki kereta sewa untuk ke tempat penginapan. “Masa nak pergi tu mereka naik Uber. Dalam Uber tu ada dua patung, satu patung ada bateri, satu lagi tak ada. “Driver Uber itu tengok anak buah aku suka main dengan patung-patung itu jadi dia bagi sahaja dua-duanya dekat dia,” tulisnya dalam ciapan berkenaan. Tambah wanita itu lagi, kisah pada 2019 sewaktu keluarganya datang ke London untuk menziarahinya yang ketika itu sedang melanjutkan pengajian masih segar dalam ingatan. ARTIKEL BERKAITAN: Hantu Bukit Tunku Trending di UK ARTIKEL BERKAITAN: Selepas meremang guna komputer depan ‘bilik keras’, doktor menyesal tanya nurse pengalaman jumpa hantu! Seram kisah ‘uri dan bunyi mengunyah’ Malah gurauan tentang sebuah bilik berkunci dalam rumah berkenaan juga menimbulkan tanda tanya. “Ada satu pintu dalam bilik mak aku, pemilik rumah tu kunci. Jadi aku dengan kakak aku joke cakap entah-entah ada orang mati atau mayat dalam bilik itu. "Mungkin juga tempat simpan barang bukti pembunuhan ke apa,” cerita wanita itu lagi. Tatkala malam semakin kelam, wanita itu bagaimanapun berkata dia tidak boleh melelapkan mata sehingga kira-kira pukul 2 pagi. Anak patung kerap kali dikaitkan dengan unsur-unsur mistik. Gambar hiasan “Dah sampai pukul 2 lebih aku masih main phone, tiba-tiba aku dengar patung (diberikan oleh pemandu Uber) itu berbunyi. Dia cakap “I like to crawl” lepas tu aku dah takut sebab semua orang dah tidur... kenapa tiba-tiba patung itu berbunyi. “Selang berapa minit, patung itu bunyi lagi “do you wanna play with me” sebiji macam Chucky. Aku tak fikir panjang terus tutup phone and tidur,” ceritanya. Keesokan paginya wanita itu segera memeriksa patung berkenaan dan apa yang mengejutkan adalah tiada rakaman audio pada permainan tersebut seperti yang didengarinya semalam. Kalau dah baca review cakap berhantu dan korang tak kental, jangan la gatal-gatal proceed nak book juga ya! @smfhazirah Selain itu, kakak iparnya juga memberitahu bahawa suis pada permainan berkenaan sudah dimatikan sebelum mereka tidur. Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut memaklumkan bahawa ibunya menerima gangguan yang lebih hebat apabila makhluk halus itu menjelmakan diri di hadapannya. “Mak aku tengah baring sementara tunggu bapa aku mandi. Tengah-tengah baring tu tiba-tiba mak aku rasa ada benda dalam bilik itu dengan dia. 'Slenderman' yang terkenal dalam mitos hantu di barat. Gambar hiasan “Apabila dia tengok, nampak satu figura yang dia gambarkan seperti mat salleh, tinggi kurus tetapi tak ada muka. Macam slenderman. Mak aku bukan jenis tengok cerita hantu, jadi aku tak rasa dia tahu fasal slenderman. “Lepas itu dia tutup mata dan baca sampai bapa aku habis mandi baru dia rasa lega,” katanya. Namun ujarnya lagi, apa yang menghairankan ialah bapanya tidak kelihatan terperanjat dan seakan-akan sudah menjangkakan perkara tersebut akan terjadi. Bagaimanapun akhirnya si bapa mengakui ada terbaca tentang ulasan penghuni terdahulu tentang rumah berkenaan yang didakwa berhantu. “Aku tak tahu nak cakap apa sebab macam kelakar sebab dia (bapa) tahu, tetapi dia tempah juga. Tetapi tak kelakar sebab dia memperjudikan nyawa kami. “Korang kalau dah baca review cakap berhantu dan korang tak kental, jangan la gatal-gatal proceed nak book juga ya. Sekian,” ujarnya menutupi bebenang di Twitter. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI