suria

Bukan jenis suka budak, bakal bapa ‘overthinking’ takut jadi pemarah dengar bayi menangis... Netizen suruh tunggu momen azankan anak

Luahan seorang lelaki yang bakal bergelar bapa mendapat perhatian netizen.

SETIAP perkara di dunia ini ada permulaannya dan langkah sulung dalam membuka perjalanan itu semestinya mendebarkan.

Ketidakpastian dalam melakukan sesuatu perkara baharu itu pasti membuatkan seseorang itu berfikir panjang dan ada kalanya merumitkan.

Begitulah perasaan yang diceritakan seorang lelaki melalui perkongsian di Twitter @ConfessTweetMY apabila isterinya bakal melahirkan anak pertama mereka.

photo1665405580

Tangkap layar ciapan di Twitter.

Akui lelaki itu, sikapnya yang tidak mesra dengan kanak-kanak dibimbangi akan memberi kesan kepada anaknya kelak.

“Bulan depan isteri aku beranak anak pertama. Aku nervous sebab seumur hidup aku tak pernah dukung bayi. Sebabnya daripada dulu aku tak suka budak-budak.

Now aku dah start fikir what if aku tak boleh dengar baby menangis. What if aku marah?,” tulisnya dalam satu mesej yang dikongsikan di akaun Twitter berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih sejam cuba bersalin normal, Ayie (Floor88) menangis lihat isteri bertarung nyawa lahir anak pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi usia lebih 4 bulan duduk wad sejak lahir, bapa tabah ulang alik ke hospital hantar susu ibu - “Kalau masih sama, dia terpaksa dilepaskan”

Walaupun begitu, dia masih memasang impian untuk menjadi seorang bapa yang penyayang namun tidak yakin dengan diri sendiri.

“Aku nak cuba suka baby tetapi takut tak boleh suka. Ke sebenarnya perasaan sayang baby ini tiba-tiba hadir?” soalnya penuh kerisauan.

Faham dengan isu yang dibangkitkan, pelbagai saranan diberikan warga maya yang sudah 'makan garam' tentang perihal pengurusan rumah tangga.

Masa kau azankan anak, kau akan menangis dan secara lumrah kau akan sayang anak kau.

NETIZEN

“Jangan risau. Aku pun tak suka budak dan tak suka dengar baby menangis. Masa isteri aku mengandung, nervous dan takut juga.

“Tapi masa teman bersalin, masa kau azankan anak kau itu, kau akan menangis dan secara lumrah kau akan sayang anak kau itu. Alhamdulillah, aku sayang gila-gila anak aku,” ujar seorang netizen.

Seorang lagi netizen juga berkongsi pengalaman yang sama apabila bayi pertama yang didukung sepanjang hidupnya adalah anaknya sendiri dan mengatakan dia sendiri berasa takut untuk menanti saat itu tiba.

tata-cara-menyambut-bayi-yang-baru-lahir-dalam-islam-x5tNHnERTZ

Mengazankan seorang anak merupakan momen berharga bagi setiap bapa.

“Masa dalam labor room nurse yang ajar aku cara nak dukung. Jangan risau, bila ada naluri seorang ayah, automatik keyakinan itu datang.

“Kalau takut, macam mana nak bantu wife kau masa berpantang?” kata warganet.

Selain itu, seorang lagi netizen mengatakan suaminya juga tidak pernah dibiasakan untuk menjaga anak kecil tetapi ketika pertama kali memegang anak mereka, dapat dilihat air mata jantan mengalir tanda sayang.

“Jadi jangan risau. Apabila dah ada zuriat sendiri, memang lelaki akan lain. Pergi kerja balik kerja pun hadap anak dulu. Semoga urusan wife dan awak sentiasa dipermudahkan,” doa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain