suria

Ibu menjual dari atas tikar demi kumpul wang, anak lelaki cuma mampu lihat dari jauh... tapi tetap tolong masak di rumah

Foto memaparkan wanita berusia 55 tahun itu sedang berniaga tular di laman Facebook.

FOTO tular memaparkan wanita berusia separuh abad yang sedang berniaga di tepi jalan berhampiran Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Drawbridge) meraih perhatian ramai pengguna media sosial.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum, sebak, dan tak kurang juga yang pilu melihat Nor Harisah Ismail, 55, gigih berniaga makanan demi mencari rezeki sehingga waktu malam.

Menurut Mohd Ikram Zabidi, 30, ibunya mula berniaga di lokasi itu sejak beberapa hari lalu kerana bosan duduk di rumah dengan rutin harian yang sama.

keram3

Antara makanan yang dijual di gerai tersebut.

"Mak dah lama nak berniaga. Nak ada gerai sendiri. Dia kata bosan duduk rumah selepas balik mengaji. Kalau berniaga, ada la juga dapat duit.

"Berbekalkan sebuah meja dan tikar, mak berniaga berdekatan Jambatan Angkat sejak beberapa hari lalu. Gerai itu dibuka selepas Maghrib sehingga pukul 12 malam.

"Mak saya kata nak buka kedai hari-hari, nak kumpul balik duit simpanan yang dah habis," ujar pemuda yang senang disapa Keram itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga terkejut ramai mesej tanya nasi kerabu, rupa-rupanya diri dah viral sebab tak kedekut - “Kalau boleh nak jumpa depan-depan”

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak dapat seorang pelanggan pun susah” - Jarak pemisah buat anak resah, simpati gerai air tebu bapa sepi... dah la cuaca buruk, PKPB pula!

Antara yang dijual adalah makanan barat, spaghetti dan cheezy wedges yang dimasak oleh Keram, dadih air tangan ibunya serta minuman yang disediakan oleh adiknya.

Ketika dihubungi mStar, Keram yang juga anak kedua daripada empat beradik sempat mendedahkan kisah pilu yang melanda dirinya sebelum ini.

Kata Keram, enam perniagaannya sebelum ini gagal diteruskan, namun percaturannya bersama ibu kali ini nampaknya membuahkan hasil yang menggembirakan mereka sekeluarga.

Ingat nak promosi makanan je di Facebook, tapi tiba-tiba viral.

MOHD IKRAM ZABIDI

"Selain idea mak yang nak berniaga, saya sebenarnya dah buka kedai sebanyak enam kali sebelum ini. Setiap kali buka, mesti kedai akan tutup. Orang kata tak nampak gerai saya, jadi orang tak membeli.

"Buka sebulan, kemudian tutup. Macam-macam saya berniaga sebelum ni. Antaranya ayam cheese, cheezy wedges dan Maggie ayam cheese.

"Jadi kali ni buka kedai, mak yang jaga. Saya akan ada di situ juga, tapi saya duduk jauh sikit. Supaya 'benda' tu tak tuju pada saya kalau saya ada di kedai.

keram2

Nor Harisah membuka gerai kecil berdekatan Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

"Saya juga baru jalani pembedahan kerana jangkitan saluran buangan pada Ogos lalu. Seminggu saya masuk wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

"Sampai sekarang belum sembuh sepenuhnya, masih ada pendarahan," ujarnya lagi.

Biarpun baru sahaja beberapa hari memulakan perniagaan itu, tindakan Keram berkongsi foto ibunya di Facebook menyebabkan mereka sekeluarga tular dan menjadi perhatian ramai.

keram4

Ebit Lew dijangka bertemu keluarga itu dalam masa terdekat.

Selain peningkatan kehadiran pelanggan, Keram mendedahkan dia turut dihubungi pasukan aktivis kebajikan Ebit Lew yang meluahkan hasrat bertemu mereka sekeluarga dalam masa terdekat.

"Kami semua tak jangka. Ingat nak promosi makanan je di Facebook, tapi tiba-tiba viral. Alhamdulillah, orang dah mula kenal. Ada yang WhatsApp saya, nak sedekah kanopi untuk gerai.

"Ada juga yang transfer duit, yang nak datang bagi bantuan di rumah pun ada. Memang terharu sangat. Selepas solat Subuh pada Khamis, saya juga dapat panggilan team Ebit Lew. Mereka nak datang jumpa kami," ujarnya lagi.

keram

Antara menu yang dihasilkan Keram.

Menurut Keram, bapanya sebelum ini bekerja sebagai pengutip besi dan kotak sebelum mengumpul modal untuk berniaga ikan.

Namun, keadaan ekonomi semasa menjejaskan pendapatan bapanya, menyebabkan mereka sekeluarga kini fokus terhadap perniagaan makanan sahaja.

Selain Keram yang akan berada di sekitar gerai itu, ibunya turut ditemani suami, anak-anak serta cucu setiap kali berniaga pada waktu malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain