BIASANYA anak kecil pasti menangis atau meragam apabila ditinggalkan bersama pengasuh. Namun lain pula yang terjadi kepada seorang bayi yang kelihatan sangat selesa dalam dakapan seorang pengasuh berbangsa India. Menariknya menerusi video yang tular, bayi berkenaan seperti mahu 'berkepit' bersama pengasuh meskipun didatangi ibunya sendiri yang mahu menjemputnya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercakap kepada mStar, Syahirah Khalid berkata, bayi perempuannya berusia tujuh bulan, Nur Adelia Raisya Mohd Hafeez dijaga oleh seorang wanita India, Tiwali@Amgamah yang juga jirannya sejak tiga bulan lalu. Wanita berusia 28 itu tampil menjelaskan bahawa dia menyewa di sebuah pangsapuri di George Town, Pulau Pinang, manakala suaminya sekeluarga menetap di Manjung, Perak. "Kami PJJ (perhubungan jarak jauh) sebab saya bekerja di Pulau Pinang, setiap minggu balik berulang alik jumpa keluarga. Ada mohon pertukaran tempat bertugas, tapi masih menunggu. "Sebenarnya masa hamil lagi saya dah pening, mana nak cari pengasuh untuk jaga anak nanti. Ramai tak nak jaga sebab mereka tahu jururawat yang ada tiga syif dengan jadual kerja yang tidak menentu,” katanya ketika dihubungi mStar. Araa menyuapkan makanan kepada anak bongsunya. Mesra disapa Araa, katanya, rakan serumah memperkenalkannya dengan jiran sebelah berbangsa India yang sedia menjadi pengasuh kepada anak perempuannya. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Melayu risau sari terlondeh depan orang ramai, nasib baik 3 wanita India tolong betulkan... Terus bersiap depan LRT Masjid Jamek ARTIKEL BERKAITAN: Penuntut UiTM tak sangka Aunty Jothi 'halang' beli sari di Little India sebenarnya ada niat lebih baik - "Berkali-kali saya tanya sebab tak percaya" "Pada awalnya bimbang juga dia boleh serasi ke dengan anak saya, dan saya juga tanya aunty tentang beberapa perkara memandangkan kami berlainan bangsa dan agama. "Tapi saya tak sangka anak mudah serasi dengan aunty, dari menangis terus boleh diam," ujar ibu kepada empat anak itu sambil menambah bayinya merupakan anak bongsu. Anak Araa manja bersama aunty. Menurut jururawat itu, tiga lagi anaknya masing-masing berusia enam, tiga dan dua tahun bersama suaminya dan dijaga ibu mentua di Manjung. Mengenai pengasuhnya, Araa menyifatkan wanita berusia 61 tahun itu dan tinggal bersama anaknya mempunyai perwatakan lemah lembut dan menganggapnya seperti seorang ibu. "Aunty tu sendiri anggap anak saya macam cucu dia sendiri. Dia sangat memahami tugas saya sebagai jururawat. "Kalau saya balik dari kerja, dia minta saya berehat dulu sebelum ambil anak. Lebih-lebih lagi kalau syif saya habis lewat malam atau double shift," sambil menambah pengasuhnya mempunyai empat anak dan seorang cucu. Araa (dua, kanan) bersama suami dan anak-anak. Perkongsian videonya mengenai pengasuh India berkenaan meraih 1.4 juta tontonan di TikTok dan dia akur menerima pelbagai komen netizen, termasuk kritikan negatif. "Ada yang kata apabila anak pun tak nak dengan saya maksudnya saya gagal sebagai ibu. Saya tak kecil hati, tak cemburu... sebaliknya saya amat beruntung dapat pengasuh yang begitu baik. Aunty tu sendiri anggap anak saya macam cucu dia sendiri. Dia sangat memahami tugas saya sebagai jururawat. ARAA "Segelintir rakan-rakan saya turut menghantar anak kepada pengasuh, tapi antaranya jenis yang tak faham tugas kami, malah berkira. Tapi aunty ni banyak memudahkan urusan saya kerja saya. "Saya tak rasa gagal sebagai ibu, anak pun masih kecil. Anak manja sebab aunty rajin melayan menjaganya, tapi apabila saya bawa anak balik ke rumah, anak okay dengan saya," katanya lagi. Araa (kanan) dan anak (kiri) bersama aunty dan anaknya ibarat sebuah keluarga. Walau bagaimanapun kata Araa, pada masa sama dia berharap agar permohonan pertukaran tempat bertugas diluluskan bagi menjalani kehidupan yang lebih baik bersama suami dan anak-anak. "Aunty awal-awal lagi cakap nanti dia sedih kalau saya dan anak balik ke Manjung. Dia offer untuk terus jaga anak saya di Pulau Pinang mahupun di Manjung. Terharu saya," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI