KINI golongan pelajar mula menerima gajet Samsung Tab A8 yang diperolehi menerusi Peranti Siswa. Namun sejak kebelakangan ini timbul isu apabila penerima bantuan secara percuma itu cuba menjual gajet berkenaan di laman e-dagang. Perkara itu mengundang kemarahan ramai apabila wujud segelintir pihak yang cuba menyalahgunakan inisiatif berkenaan. Tangkap layar iklan pelajar yang hendak menjual tablet komputer Peranti Siswa miliknya. Terbaharu, seorang pelajar dikesan mengiklankan tablet Galaxy Tab A8 LTE pada harga tidak masuk akal iaitu RM800. Hasil semakan mStar, harga pasaran tablet berkenaan adalah antara RM1,000 ke RM1,300. Sebagai makluman, Peranti Siswa merupakan program di bawah inisiatif bersama beberapa kementerian untuk membantu pelajar dalam kelompok keluarga B40. Dibentangkan ketika Belanjawan 2022, alat elektronik tersebut diberikan secara percuma kepada mahasiswa untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada September lalu berkata Peranti Siswa kini tidak perlu dipulangkan selepas tamat pengajian dan menjadi milik pelajar secara kekal. ARTIKEL BERKAITAN: “Panjat troli macam chimpanzee” - Lelaki rimas tengok gelagat B40 di Ikea, mak melawa pakai contact lens hijau tapi biar anak buas ARTIKEL BERKAITAN: Panas hati tengok perangai B40 rosakkan dekorasi lego dalam mall, tua muda perangai sama... Mungkin tak faham larangan dalam bahasa Inggeris Berbalik kepada iklan pelajar tersebut, dia memaklumkan mahu menjual Peranti Siswa itu adalah kerana sudah memiliki iPad keluaran Apple. Dalam iklan tersebut, pelajar berkenaan menyebut bahawa tablet itu berada dalam kondisi yang baik kerana baru diterima sebagai bantuan dan memberikannya rating 10 per 10. Pada iklan sama individu tersebut menyenaraikan aksesori yang akan diperolehi bersama tablet itu antaranya papan kekunci pintar, kulit buku, pen pintar dan kabel pengecas. Patut bagi pada yang betul-betul memerlukan, kena tapis latar belakang penerima. NETIZEN Tangkap layar berkenaan dikongsikan semula di Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini dan mengundang kemarahan ramai. Pengguna Facebook itu mengaitkan pelajar berkenaan dengan tingkah laku B40 dan menggelarkannya sebagai 'scalper' iaitu membeli sesuatu dengan harga murah dan menjualnya semula dengan mahal. "Student perangai B40, dapat free lepas tu jual balik, Dasar scalper," tulisnya. Namun ada juga yang mempersoalkan sama ada pelajar tersebut merupakan golongan B40 memandangkan dia mampu untuk memiliki sebuah iPad. Kemampuan pelajar ini untuk membeli iPad menjadi tanya kepada segelintir netizen. Gambar hiasan "Ni bukan B40. Ni mak bapa T20 dah belikan iPad... jadi setakat tablet ni tak hairan. "Tapi itulah, mak bapa T20. Anak start kerja nanti masih B40 juga. So qualify la B40 punya perangai," ujar seorang netizen. "Patut bagi pada yang betul-betul memerlukan. Bukan mensia-siakan, ramai lagi yang betul-betul perlukan. Kena tapis latar belakang penerima," ulas seorang lagi netizen. Warga maya yang lain pula berasa terkilan kerana jika Peranti Siswa tersebut tidak diperlukan, ia patut diberikan kepada mereka yang memerlukan. "Orang lain susah tak dapat, tak kesian ke? Tangkap layar komen netizen di Facebook. "Betul tu, ada member nak sangat Peranti Siswa sebab dia punya phone lama dan bateri laptop tak tahan lama," kata beberapa lagi netizen. Dalam pada itu Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa penerima Peranti Siswa supaya tidak menjual gajet tersebut. Beliau berkata, ia berikutan kerajaan telah memberi peranti itu untuk digunakan dan masih ramai lagi yang memerlukan Peranti Siswa tersebut. “Satu per tiga pelajar di Malaysia tak ada gajet. Di Sabah dan Sarawak, sebahagian pelajar tak ada. Boleh serahkan kembali untuk disampaikan kepada yang mereka memerlukan lagi,” ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI