suria

Pelajar guna duit PTPTN beli telur sepapan buat stok, alih-alih kawan serumah ‘kaki pau’ goreng tak minta izin!

Seorang pelajar meluahkan rasa kecewa apabila barang makanannya diambil tanpa kebenaran.

BERKONGSI barang dan makanan sudah menjadi kebiasaan ketika tinggal di rumah bujang ataupun asrama.

Namun begitu, harus diingat setiap apa yang dilakukan hendaklah diiringi empati dan toleransi.

Begitulah luahan seorang pelajar tanpa nama di Twitter menceritakan dilema hidupnya yang bukan daripada keluarga senang namun diambil kesempatan rakan serumah.

SS_telur

Luahan pelajar tanpa nama ini.

Keadaan kewangan yang sempit memaksa pelajar ini membahagikan perbelanjaannya dengan terperinci kerana setiap sen amatlah berharga.

Kisahnya bermula apabila pelajar tersebut tidak mendapat kemudahan kolej di dalam kampus dan tinggal di rumah sewa bersama rakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda rasa bersalah! Teringat ketuk pintu rumah minta duit raya... tak tahu keluarga susah, rupa-rupanya makanan pun tiada

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah ‘lebihan lauk’ buat pemilik restoran rapat dengan 8 beradik kematian ibu, lebih tragis kini bapa mereka pula koma - “Saya tahu erti kesusahan”

Berbekalkan duit pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dia hanya membeli makanan ruji untuk mengalas perut.

"Kalau makan, saya biasa beli telur sepapan, beras 5kg, kicap dan nuget. Boleh kata makan itu je setiap hari," tulisnya.

Tak best la kita berjimat tapi orang lain tak faham pula situasi.

Pelajar tanpa nama

Namun perancangannya untuk berjimat seakan sia-sia kerana rakan serumahnya tanpa segan silu mengambil stok makanannya tanpa kebenaran.

"Ada housemate main goreng je telur dan nuget saya. Nak cakap tak boleh nanti kata kedekut.

"Nampak remeh je masalah ini tapi tak best la, kita berjimat tapi orang lain tak faham pula situasi," tulisnya kecewa.

Nasi lauk kicap, telur dan nuget jadi hidangan harian pelajar ini.

Warga maya membanjiri ciapan berkenaan dan menggesa pelajar terbabit untuk lebih berkeras dalam mempertahankan haknya.

"Sekarang ni nak tak nak kena beritahu. Biar orang nak cakap kau kedekut ke apa, yang penting kau boleh hidup.

"Kawan kau semua ini akan hilang tau, nanti tinggal satu atau dua orang je yang stay. Jadi kau terus terang je senang.

"Tak perlu beratkan otak nak fikir perasaan orang," kata seorang netizen.

Seorang netizen memberi cadangan untuk menyorokkan barang kepunyaan di bawah katil.

Seorang lagi warga maya memberikan cadangan untuk memastikan barang tidak mudah diambil tanpa kebenaran.

"Letak barang masak kau dalam box atau bakul. Lepas itu letak bawah katil kau tidur, jangan letak tempat terbuka.

"Macam ini la hidup dalam rumah sewa ramai-ramai. Adakalanya kena wujudkan sifat berkira.

"Pedulikan apa orang nak cakap sebab nanti kau susah tak ada siapa nak hairan," nasihat netizen itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain