BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pepatah ini sesuai dengan kisah dikongsikan oleh seorang nenek mengenai cucunya yang mengalami masalah jantung berlubang sejak berusia tiga bulan. Menurut Siti Noraini Husin, 50, cucunya, Putri Tiara Nur Amani Mahadhir, tujuh tahun, yang menghidap penyakit jantung terpaksa bergantung dengan bateri untuk meneruskan hidup. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bagaimanapun, pembedahan kali kedua, ketika Putri berusia dua tahun mengalami masalah apabila wayar bateri dipasang di tempat salah. "Penyakit jantung berlubang pada cucu saya dikesan ketika dia masih kecil. Doktor beritahu Putri kena gunakan bateri yang dimasukkan dalam perut, masa tu umurnya baru tujuh bulan. "Selepas dua tahun, Putri terpaksa jalani pembedahan lagi sekali untuk tukar bateri baharu. Tetapi doktor beritahu masa tu wayar dipasang di tempat salah, jadi kena bedah sekali lagi untuk tukar wayar. ARTIKEL BERKAITAN: Kerap pengsan, gadis terkejut ada masalah jantung! Bapa tolak cara implan bateri dan pembedahan, hidup macam biasa ARTIKEL BERKAITAN: Anak pucat sebab food poisoning teruk, panggil nama pun dah tak respons... ibu perjelas kenapa masih nak rakam video "Disebabkan pembedahan kali ketiga tu, dia kehilangan lebih kurang dua tahun jangka hayat sebab sepatutnya bateri tu mampu bertahan selama lapan tahun sembilan bulan," ujarnya yang senang disapa Nekni. Jelas Nekni yang membuka tapak semaian di rumah sendiri (nursery), ibu dan bapa Putri berpisah ketika cucunya berusia lapan bulan. Sejak penceraian itu, Nekni bersama bapa kandung Putri yang juga anaknya sama-sama menjaga kanak-kanak itu. Putri dijaga oleh neneknya sejak bayi. Menurut Nekni yang kini menetap di Puchong, Selangor, walaupun Putri berada dalam keadaan baik tetapi emosinya sedikit terganggu selepas melakukan pembedahan keempat pada 5 September lalu. "Saya dan anak jaga Putri sampai sekarang. Tapi sekarang cucu saya dah duduk rumah lain dengan ayah dia yang kahwin baharu dua tahun lalu. Kami bergilir menjaga Putri siang dan malam. "Tapi saya masih tolong uruskan urusan pemeriksaan berkala dia di Hospital Serdang. Cuma lepas lakukan pembedahan yang terakhir ni, emosi Putri agak terganggu. Dia mudah merajuk, marah dan jadi lebih sensitif. Apa-apa pun saya anggap semua yang terjadi ini sebagai takdir dan dugaan. SITI NORAINI "Baru-baru ni ustazah ada hubungi minta Putri direhatkan dua minggu. Masa dekat sekolah pun ustazah bimbang terjadi apa-apa dekat dia tanpa sesiapa pantau. Ustazah sibuk mengajar tapi dia pula merayau sorang-sorang," ujar Nekni, bimbang. Susulan video yang dimuat naik di TikTok itu, ramai warga maya mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan cucunya. Malah, warga maya juga tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang bateri jantung yang digunakan oleh Putri apabila diteliti di ruangan komen. Nekni membawa cucunya mendapatkan rawatan di hospital. "Saya tak sangka video tersebut akan menjadi tular sehinggakan ramai yang nak tahu dan ambil berat mengenai cucu saya ni. Saya cuma niat hanya untuk meluah sahaja. "Apa-apa pun saya anggap semua yang terjadi ini sebagai takdir dan dugaan. Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak terhadap apa berlaku kepada keluarga saya," jelas Nekni. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI