suria

Isteri degil tak jaga makan, setahun suami tak ‘sentuh’ kerana gemuk! Wanita tersentak lepas tahu pasangan layan ‘porn’

Wanita tersebut kini sedang berusaha menurunkan berat badan. Gambar hiasan

BAGI sesetengah individu, memiliki pasangan yang bertubuh badan agak berisi mungkin bukan masalah besar, malah ada yang tidak kisah kerana kelihatan 'comel'.

Disebabkan perkara itu, ada yang memandang ringan soal berat badan atau penampilan sendiri.

Namun perkongsian seorang wanita ini mengenai kisah perkahwinannya sendiri benar-benar membuka mata ramai sekaligus boleh dijadikan pengajaran bagi pasangan lain.

"Laki aku kerja offshore. Orangnya tinggi, hitam manis sikit, kurus tegap. Berbeza dengan aku dari zaman anak dara memang berat. Tinggi aku 154 sentimeter (cm), berat badan 85 kilogram (kg) dan aku berkulit cerah, berlesung pipit.

"Mungkin sebab itu laki aku tertarik cuma itu lah, aku gemuk sangat. Sejak belum kahwin, laki aku kata awal-awal tak suka perempuan gemuk dan aku macam biasalah merajuk dan buat tak endah.

diet 1

Perkongsian seorang wanita mengenai kisah rumah tangganya.

"Tapi sebab nak kahwin aku tekad kuruskan badan sampai dapat berat 65kg. Kemudian lahirlah anak first dua tahun lepas, berat badan aku naik banyak sampai 95kg.

"And guest what? Laki aku tak sentuh aku dah setahun kerana kedegilan aku tak nak kuruskan badan," luah wanita berusia 29 tahun itu yang sudah empat tahun mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami hilang ’selera’ tengok isteri, tak kurus-kurus lepas beranak... Harini niat nak diet, esoknya melantak coklat dan aiskrim

ARTIKEL BERKAITAN: Suami hilang selera dengan isteri, merungut tak ‘pasang badan’ selepas beranak - “Tiap-tiap bulan aku bagi RM50”

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, sampai satu tahap, suaminya menunjukkan 'protes' kerana dia tidak menuruti permintaan si suami agar menurunkan berat badan.

"Laki aku tak nak temankan aku pergi majlis kahwin, tak nak jalan di mall, tak nak bercuti, tak nak makan dekat luar. Kecuali beli barang dapur, pergi DIY, teman anak main. Yang lain dia tak nak," ceritanya.

Namun ujar wanita berkenaan, suaminya yang berusia 33 tahun sama sekali tidak culas memberikan nafkah perbelanjaan untuknya.

Malah katanya, lelaki itu juga seorang yang tidak berkira apabila gemar memanjakan dia dengan hadiah yang mahal.

diet 2

Wanita tersebut kini mendapat 'hidayah' untuk menurunkan berat badan.

"Siap selalu belikan emas, iPhone 13 masa launching aku dah merasa. Siap belikan treadmill basikal. Bercuti luar negara pun pernah... ke Korea, Turki.

"Kalau aku nak duit lebih selalunya dia bagi saja. Dia pernah cakap dekat aku, saya tak mintak banyak pun. Saya nak awak kurus. Diet la. Apa yang aku nak selalunya laki aku tunaikan," ceritanya lagi.

Hinggalah satu detik, wanita ini 'tersentak' sehingga dia akhirnya nekad untuk menurunkan berat badan.

Kalau orang lain dah lama kena tinggal tapi dia tetap tunggu awak kurus saja.

NETIZEN

"Selama setahun dia tak sentuh aku, aku was-was juga dia ada melanggan ke apa. Aku siap buat solat tahajud nak tahu laki curang ke tak, supaya Allah tunjuk.

"Tapi itulah, aku check handphone sekali dengan history di handphone, dia layan porn. Aku kecewa... entahlah, mungkin sebab dah lama tak 'dapat'.

"Dia pernah cakap, kalau tahun depan masih tak ada perubahan, dia kata nak fikir balik hubungan kami... jadi aku agak dia nak bercerai. Sejak itu, aku tekad jaga makan. Aku pernah kata nak buat bariatrik, lepas tu dia suruh aku diet macam biasa dulu... kalau tak menjadi, baru proceed bariatrik.

"Sekarang journey aku untuk kurus masih panjang tapi laki aku kata dia happy tengok aku diet. Tak sabar tengok wife kurus, siap cakap nak anak lagi.

"Korang doakan aku dipermudahkan untuk diet dan istiqamah. Salah satu aku nak diet supaya senang beribadah, selain untuk suami aku," kongsinya lagi.

komen diet

Ramai netizen memberikan kata-kata semangat buat wanita berkenaan.

Luahan yang dikongsikan di laman Twitter @confesstweetMY itu sehingga kini meraih lebih 3,400 ulang kicau.

Menjengah komen netizen, rata-rata menyifatkan wanita berkenaan bertuah kerana dikurniakan suami yang sangat supportive dan tidak berkira dengan isteri.

"Bersyukur dapat suami yang sanggup tunggu isteri berubah.

"Bersyukurlah dia hanya minta awak kurus saja. Dia dah sediakan semua benda. Semoga awak berjaya dengan misi.

"Kalau orang lain dah lama kena tinggal tapi dia tetap tunggu awak kurus saja," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain