JIKA ditanya mana-mana wanita, pastinya mereka memilih untuk berpantang di rumah ibu sendiri. Bagaimanapun, adakalanya keadaan tidak mengizinkan dan mereka terpaksa bersetuju untuk berpantang di rumah mentua. Sebagaimana dikongsikan oleh seorang pelayar di Twitter, dia meluahkan kegundahan di hati apabila tidak selesa berpantang di rumah ibu bapa kepada suaminya. Katanya, dia terpaksa akur dengan segala perintah dan pantang larang ibu dan bapa mentuanya walaupun dijaga baik oleh mereka serta suami. Ciapan asal di Twitter. “Saya baru saja lepas bersalin anak pertama. Alhamdulillah yang jaga saya pantang MIL (mother in law), sebab mak dah uzur tak mampu nak jaga saya. Sedih tapi saya reda dan faham keadaan mak saya. “MIL saya baik orangnya. Dia jaga semua okay dan tak ada masalah apa-apa. Alhamdulillah saya syukur ada juga yang sudi nak jaga. Suami pun memang banyak membantu dari segala sudut untuk jaga saya dan baby. “Cuma yang buat saya resah bila MIL saya orangnya jenis bossy,” katanya. Jelasnya, sepanjang tempoh berpantang dia terpaksa menuruti setiap arahan dan larangan diberikan oleh ibu mentua. ARTIKEL BERKAITAN: “Yang ni aku pantang sangat!” - Buat petak pam minyak macam sendiri punya, pemandu Porsche buat ramai berang ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua India, makanan berpantang dimasak ‘Chinese style’! Doktor syukur dijaga baik keluarga 1Malaysia selepas bersalin Malah, ketika bayinya mempunyai masalah sakit kuning, sebagai ibu banyak makanan terpaksa dielakkan namun apabila diterangkan, mentua mula terasa hati. “Macam tukang urut, dia nak saya urut dengan orang yang dia cari tapi orang tu demam. Takkan saya nak bahayakan anak urut dengan orang tu. Set barangan pantang yang saya beli pun macam banyak saja tak kena di mata dia. “Anak saya ada kuning, pantang makannya tu banyak halia, kunyit, lada hitam semua tak boleh, tapi bagi dia semua tu boleh. Dan sebab dia yang masak dia tarik muka bila saya cakap semua tu tak boleh. Wanita sedang berpantang (kiri) dan set kelengkapan bersalin (kanan). (Gambar hiasan) “MIL banyak nak bagi makanan yang sepatutnya orang pantang tak boleh makan. Saya dah ada pengalaman hari pertama lepas bersalin bentan. Benda tu bukan terkesan dekat saya saja, dekat baby pun akan terkena sama. “Saya dah cuba tolak apa yang dia bagi makan bila saya tahu itu tak boleh makan. Tetapi pada dia boleh, contoh macam durian, pulut, telur. Saya jadi stres risau bab makan sebab saya fully bf (breast feeding) baby,"katanya yang memberi susu badan kepada bayinya. Tertekan dengan sikap ibu mentua membuatkan dia mahu segera pulang ke rumah sendiri untuk sambung berpantang. Awak menumpang kan? Tolong sedar diri. Atau keluar sahaja dari rumah tu. NETIZEN Bukan itu sahaja, suasana bising apabila bapa mentua menonton filem di ruang tamu juga menyebabkan anaknya sukar untuk tidur. “Rasa nak cepat-cepat balik rumah sewa sendiri nak buat semua sendiri. Saya bukan tak bersyukur tapi saya risaukan anak. Saya dah ajak suami balik, tapi saya faham dia pun risaukan saya sama sebab baru lagi dan dia dah kena masuk kerja balik. “Lagi satu FIL (father in law) asyik ajak saya bawa baby kat ruang tamu lepak tengok movie sama-sama. Saya bukan tak nak tapi saya selesa duduk dalam bilik. Senang nak susukan anak, lagi satu dia buka sound movie tu kuat. Saya takut sebab anak baru lahir ni. Semua sensitif apatah lagi kalau bunyi tu kuat,” ujarnya lagi. Luahan hatinya mengenai situasi berpantang di rumah mentua ini meraih perhatian di Twitter apabila ramai warganet memberikan pendapat mengenai dilema yang sedang dihadapi. Komen netizen di Twitter. Rata-ratanya kurang senang dengan apa yang diceritakan oleh wanita ini yang seolah-olah memburukkan mentuanya. “Awak menumpang kan? Tolong sedar diri. Atau keluar sahaja dari rumah tu. Semudah itu saja. “Pantang sendiri. Boleh panggil servis pantang for the first few weeks. InsyaAllah ok semua. “Banyak yang anon ni kena belajar lagi. Tapi faham penat dan mahukan privasi saja sebenarnya. Tapi banyak membaca lagi. Tambah, baby tak tidur dalam keadaan sunyi. Dia dalam perut dah dengar benda kuat (bising),” komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI