SETIAP perhubungan sama ada pasangan bercinta atau yang sudah berumah tangga, pasti tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai ujian. Bergaduh, merajuk, atau tidak bertegur sapa selama beberapa ketika sudah menjadi perkara biasa. Dalam hal ini, salah seorang daripada pasangan itu perlu memainkan peranan penting untuk memujuk dan mengambil kembali hati si kekasih, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini di aplikasi TikTok. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menerusi video yang dimuat naik, lelaki yang dipercayai bekerja sebagai penghantar makanan (rider) itu berkongsi kisah lucu yang dilaluinya baru-baru ini. Daripada perkongsian tersebut, salah seorang pelanggannya membuat pesanan minuman dari sebuah kedai kopi terkenal dalam usaha untuk memujuk kekasih hati yang sedang merajuk. ARTIKEL BERKAITAN: Mulanya merajuk, gadis ini cair selepas BF gigih buat kejutan... 'pop-up window' mengusik jiwa – “Istilah ‘Perempuan Sentiasa Betul’ tak relevan” ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih kemalangan, pakwe sanggup datang dari Kelantan walau cuma ada RM140... berjaya pujuk suruh buat operation Dalam pesanan itu, pelanggan berkenaan turut meminta barista untuk menulis permohonan maaf pada cawan minuman. "Tolong tuliskan sorry dekat cup, dia tengah merajuk tanpa sebab. Saya pun tak faham. Tak ada gaduh, tak ada apa tiba-tiba senyap, salah saya kot tak memahami," tulisnya pada sistem pesanan secara dalam talian. Rider berkenaan turut tidak menyangka apabila melihat 'ayat sweet' pada bungkusan pesanan. Namun apa yang lucu, ketika rider berkenaan mahu mengambil pesanan pelanggan tersebut, dia sendiri tidak menyangka apabila melihat ayat yang ditulis oleh barista kedai kopi berkenaan pada bungkusan minuman. "Awak janganlah merajuk, hidup saya sunyi tanpa awak. Jika kau jauh, aku selalu rindu. Jika kau ada, hati kan berbunga," demikian ayat yang ditulis pada bungkusan pesanan itu. Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur membaca kata-kata sweet barista berkenaan. Paling memahami situasi... dia minta tulis sorry je, kalau diorang berbaik semula, itu sebab kau (barista). NETIZEN Ada segelintir daripadanya turut memuji barista tersebut kerana seakan-akan memahami situasi pelanggan yang mahu memujuk kekasih. "Romantiknya, boleh hilang terus merajuk. "Barista know the assignment, karangan terus dia buat. Nasib ada barista yang melayan, memang baik lah! Rata-rata netizen memuji barista yang 'melayan' permintaan pelanggan. "Paling memahami situasi. Dia minta tulis sorry je, kalau diorang berbaik semula, itu sebab kau (barista)," demikian antara komen netizen. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 711,000 jumlah tontonan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI