suria

[V] Peminat K-Pop terjerit-jerit teruja jumpa ‘idol’ depan mata, tapi ‘potong mood’ makcik Rela buat muka... Siap halang nak bergambar!

Tindakan tegas anggota itu menimbulkan rasa tidak puas hati peminat K-Pop.

SIKAP tegas seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas ketika acara 2022 Mokkoji Korea di ibu negara baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menerusi video tular, anggota Rela wanita itu dilihat sedang berjalan dengan wajah serius serta memberikan renungan mata yang tajam di hadapan para pengunjung.

Dalam satu lagi video berlainan, dia kelihatan sedang mendepakan tangannya bagi menghalang peminat yang sedang berpusu-pusu untuk mendekati selebriti jemputan dari Korea Selatan.

Paling mencuri tumpuan tentunya ketika dia menempelak pengunjung acara berkenaan yang disifatkan beria-ia menyambut kedatangan artis luar negara.

"Korang kalau Korea beria sambut, Nabi Muhammad tak ada pun," ujarnya dalam video tular itu.

Dakwa seorang pengguna Twitter, wanita berkenaan turut menolak beberapa individu dengan agresif yang mana perbuatan itu dianggap memalukan Malaysia.

Tolong jangan bagi dia kerja ni lagi... Suruh jadi Rela kenduri kahwin je.

NETIZEN

"Untuk makluman semua, makcik ini menolak beberapa orang dengan agresif untuk paksa mereka jalan semasa di atas pentas. Sangat memalukan Malaysia.

"Sejujurnya tiada sesiapa bertindak kasar terhadap idol (artis Korea), makcik itu tak sepatutnya berada di situ untuk menghalang idol, macam mana orang nak high five kalau makcik over macam tu?" dakwa seorang individu di Twitter.

Video itu sehingga kini meraih lebih 148,000 tontonan di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja reda koleksi K-pop dibakar, faham bapa orang alim tak suka hiburan... Harap netizen tenang, tetap hormat mak ayah

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Malaysia duduki tangga ke-10 obses dengan K-pop di TikTok

Satu lagi video turut menerima lebih 50,000 tontonan menerusi aplikasi TikTok.

Rata-rata peminat K-Pop meluahkan rasa kesal atas sikap anggota berkenaan yang dianggap tidak wajar sehingga merosakkan kegembiraan peminat dalam acara itu.

"Makcik jangan la macam tu makcik. Mana makcik tahu orang lain punya amalan.

"Weh kenapa makcik tu halang korang nak buat high five? Orang datang nak jumpa idol, bukan makcik tu.

rela2

Antara komen netizen di Twitter.

"Mak siapa ni? Tolong jangan bagi dia kerja ni lagi. Suruh jadi Rela kenduri kahwin je," tulis beberapa netizen.

Selain komen kecaman terhadap wanita berkenaan, ada individu turut menyokong tindakannya semasa majlis itu.

"Setepek beri pada orang Melayu beragama Islam yang ikut cara hidup orang Kafir. Bagus makcik Rela.

*PICcontent_mceu_39076988711667881639083

Acara ini berlangsung pada 12 dan 13 November lalu.

"Pentaksub K-Pop dalam ini sudah mula marah apa yang makcik Rela buat. Hendak marah, marahlah pentaksub. Biar bodoh kau orang kekal selama-lamanya dalam diri kau orang," tulis seorang individu di Twitter.

Untuk rekod, acara 2022 Mokkoji Korea berlangsung selama dua hari pada 12 dan 13 November lalu di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) Kuala Lumpur.

Acara pameran budaya Korea itu turut menampilkan persembahan beberapa selebriti K-Pop seperti Moonbin & Sanha, Jeon Somi dan Blank2y.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain