suria

[V] “Dia boleh pi hembus mak macam tu!” - Pemuda beria paksa ibu cium pipi, naik ‘geram’ permintaan ditolak

Lelaki ini memaksa ibunya supaya mencium pipinya sebelum keluar rumah.

GURAUAN antara seorang anak dan ibunya ini mencuri perhatian warga maya.

Apa yang mencuit hati adalah apabila si anak menyakat ibunya dengan minta dicium berkali-kali di dahi dan kedua-dua pipi sambil dirakam.

Ketika dihubungi mStar, Fareez Syimeer, 25, menceritakan semula momen istimewa bersama ibunya, Sharifah Syed Akil, 51, baru-baru.

“Waktu tu mama tengah siap-siap nak solat asar. Saya pula baru nak keluar rumah... jadi saya nak salam dia dulu.

“Setiap hari memang saya akan minta mama peluk dan cium sambil menyakat dia. Selalunya saya buat macam tu sebelum dan selepas balik dari tempat kerja sampai dia rimas.

“Kali ini saya saja rakam sebab mama sejenis ibu yang susah nak cium anak. Tapi saya beritahu mama nak post dekat TikTok,” ujarnya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang dedah bapa selalu ‘ekori’ anak kesayangan! Sanggup jadi guard di sekolah, setiap tempat kerja adik sebab ‘nak dekat’

ARTIKEL BERKAITAN: Anak manja cabut heels, dah tak ‘control ayu’ meraung nampak mak ayah datang kolej... tapi giginya yang diperhatikan netizen!

Turut mencuri tumpuan pada video yang ditonton lebih 415,000 tontonan itu ialah saat Fareez menghembus ibunya beberapa kali sambil melafazkan 'nauzu billahi min zalik' seolah-olah ingin 'membuang' anasir tidak baik.

Perbuatan itu turut mengundang rasa lucu ibunya yang dilihat menahan ketawa.

Bercerita lanjut tentang kisah keluarganya, Fareez yang menetap di Johor Bharu, Johor berkata dia sememang suka bergurau senda dengan kedua orang tuanya setelah meningkat dewasa.

Jelas Fareez yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik, hanya dia seorang sahaja yang suka ‘memaksa’ ibu bapanya menonjolkan kasih sayang mereka melalui cara ini.

Fareez (kanan) bersama ibu dan bapanya serta anak saudaranya.

“Dulu masa kecil saya selalu kena marah dengan mereka. Tapi apabila sudah makin dewasa ni mama dan ayah layan kami macam kawan-kawan saja sebab tu boleh bergurau sampai tiup-tiup sambil beristighfar macam tu sekali.

“Tapi dalam adik beradik, saya saja yang selalu minta cium. Kakak dan adik lelaki saya payah sikit sampai mak yang paksa mereka. Kadang tu saya yang paksa mereka buat. Macam itulah rutin setiap hari.

“Dengan ayah pun saya ada bergurau tapi tak minta cium tapi selalu mengacau dia juga. Saya pun baru sahaja bertunang dan selalu kacau dia tapi belum boleh sampai cium-cium lagilah,” ujarnya berseloroh.

Tapi tidak perlulah macam saya berkali-kali minta cium tapi cukuplah sekadar bersalaman, cium dan peluk sebelum buat apa-apa.

FAREEZ

Dalam pada itu Fareez berkata dia terharu kerana perkongsiannya menerima reaksi positif daripada netizen.

“Lepas tengok balik video tu setelah viral, memang agak terperanjat. Macam-macam perasaan rasa. Happy juga baca apabila mereka share tentang famili masing-masing siap ada yang doakan kebaikan buat kami sekeluarga.

Fareez bertunang dengan pasangannya pada awal November lalu.

“Bagi saya, kita kena belajar menghargai mak ayah masing-masing. Tapi tidak perlulah macam saya berkali-kali minta cium tapi cukuplah sekadar bersalaman, cium dan peluk sebelum buat apa-apa.

“Mulakan dengan minta restu mereka. Kalau ada rezeki lebih, kongsikan dengan mak ayah. Kalau duduk berjauhan, jangan lupa tanya khabar mereka setiap hari,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gurauan Fareez terhadap ibunya yang dianggap cukup mesra.

Paling mengundang bualan ramai ialah aksi Fareez 'menghembus' ibunya berkali-kali.

"Dia boleh pio hembus mak dia macam tu je. Part dia tiup yang tak tahan tu.

"MasyaAllah sukanya tengok dua beranak ni, mesra.

"Tak sangka ada mak yang macam ni, malu nak cium anak sendiri... tapi kelakar," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain