MELIHAT tandas yang bersih dan luar biasa reka bentuk dalamannya pasti akan membuatkan kita terpukau. Mana tidaknya, tak semua orang mampu menjadikan tempat untuk melepaskan hajat ini cukup selesa, malah boleh dijadikan tempat tidur. Begitulah apa yang dilalui lelaki ini apabila dia memasuki sebuah tandas di Melaka dan terkejut melihat hiasan dalamannya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menerusi satu rakaman video, sebuah tandas kelihatan berseri dengan warna keemasan serta lengkap dengan penghawa dingin di dalamnya. Pada mulanya lelaki itu menyuarakan rasa tidak puas hati kerana perlu membayar RM2 untuk masuk ke tandas awam. Tandas awam di Malaysia kebiasaannya boleh digunakan tanpa memerlukan apa-apa bayaran atau dengan caj yang rendah. "Melaka memang hawau. Nak masuk tandas pun bayar RM2," tulisnya dalam video itu. ARTIKEL BERKAITAN: https://www.mstar.com.my/global/dunia/2018/10/18/mangkuk-tandas-muzium ARTIKEL BERKAITAN: Tandas raya DIY siap dengan kos hanya RM300, tapi disebabkan netizen, wanita ini terpaksa pergi semula kedai hardware di rumahnya Ternyata, tandas itu yang terletak di hadapan bangunan Stadthuys, bukanlah tandas awam biasa. Selepas lelaki berkenaan memasukkan RM2 ke dalam pagar automatik di pintu masuk, dia dipersembahkan dengan sesuatu di luar jangkaan. Dinding tandas itu dicat dengan warna keemasan ala istana manakala tahap kebersihannya sememangnya tidak dapat disangkal. Lantai marmar yang digunakan juga menjadikan ia mewah seperti berpijak dalam sebuah mahligai dari cerita kayangan. Siapa punya idea jerat aku lama-lama dalam tandas ni. Pemilik video Sebuah paparan hablur cecair (LCD) juga diletakkan di dinding di sebelah cermin dan sinki. Di sebalik cermin itu dilihat terdapat jam digital mirip sebuah filem fiksyen sains (sci-fi). Gara-gara sangat terpesona, pemilik video itu berat untuk meninggalkan tandas tersebut. "Tapi sekali masuk rasa tak mahu keluar, sakit hati betul. Sebuah tandas yang lengkap dengan penghawa dingin. "Siapa punya idea jerat aku lama-lama dalam tandas ni," tulisnya. Melewati ruangan komen, ramai yang terkejut dengan kewujudan tandas itu termasuk orang tempatan sendiri. "Orang Melaka pun tak pernah jejak tandas situ. "Aku yang membesar dekat Melaka ni pun tak pernah tahu tandas ni. Pergi tandas pun dekat pam-pam minyak je. Jam digital diletakkan di sebalik cermin. "Saya orang Melaka pun tak masuk tandas tu," kata netizen. Terdapat juga seorang netizen yang mendedahkan tandas itu telah diubahsuai sehingga berwajah baharu. "Weh baru renovation eh, dulu aku masuk tak ada pula macam ini," katanya. Tidak kurang juga yang menggelarkannya tandas Firaun kerana kemewahannya yang malampau. Kebersihan tandas yang sangat memuaskan. "Ala-ala Firaun punya tandas. "Betul la tandas Firaun," kata warga maya. Ada juga seorang netizen yang mahu datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk melawat tandas itu. "Kalau macam ni sanggup la pergi toilet ni dari Kuala Lumpur," kata netizen itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI