suria

[V] Bos Mydin nak bagi percuma pen Anwar tanda tangan watikah, netizen kata pandai buat marketing - “DSAI sentuh apa pun terus ada value”

Ameer melakonkan semula babak ketika Anwar dilantik sebagai perdana menteri.

PELANTIKAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 masih lagi hangat diperkatakan sehingga ke hari ini.

Antara yang mencuri tumpuan tentunya momen lucu di Istana Negara apabila Anwar terlupa aturan istiadat ketika menerima watikah lantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Khamis lalu.

Selain itu, pen yang digunakan Anwar dalam istiadat bersejarah tersebut turut menjadi perbualan netizen sehingga meraih perhatian pasar raya besar Mydin serta pengarah urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin.

Dalam satu muat naik di aplikasi TikTok, Ameer yang berbaju Melayu hitam lengkap dengan songkok melakonkan semula aksi ketika Anwar menandatangi watikah lantikan berkenaan.

"Inilah pen Artline yang telah digunakan oleh Perdana Menteri ke-10 kita untuk janji-janjinya buat negara yang tersayang.

"Penting apabila kita tandatangani dokumen, kita kena menunaikan janji-janji kita kepada rakyat Malaysia," ujar Ameer sejurus melakonkan babak tersebut.

DSAI sentuh apa pun sekarang ni terus ada value macam gold.

NETIZEN

Dalam video sama, Ameer turut mengumumkan tempoh promosi bermula 25 November sehingga 4 Disember serta tawaran pen percuma buat pelanggan yang datang membeli-belah pada 28 November ini.

"Daripada 25 November sampai 4 Disember, sesiapa yang beli pen Artline, lima pen RM10 sahaja. Ramai rakyat Malaysia boleh pergi shopping kat Mydin.

"Kita akan bagi satu pen Artline percuma (pada hari Isnin 28 November sahaja). Sama dengan janji, ada la restriction dia kan?

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar angkat sumpah PM ke-10

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Terhibur tengok Anwar terlupa ‘step’ istiadat angkat sumpah, netizen kata sebab gugup... “Tak apalah... tiada rehearsal"

"Kena la beli barang. RM50 dapat satu pen free of charge," ujarnya lagi dalam video yang meraih lebih sejuta tontonan itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kaedah pemasaran kreatif yang dibuat oleh Mydin sehingga ia berjaya menyentuh hati netizen.

Malah, mereka turut berseloroh bahawa hasil jualan pen jenama Artline dijangka meningkat selepas ia tular dan menjadi bualan rakyat Malaysia.

Video yang dikongsi meraih lebih sejuta tontonan di aplikasi TikTok.

Video yang dikongsi meraih lebih sejuta tontonan di aplikasi TikTok.

"Hebat marketing! Lepas ni mungkin boleh jual makanan yang DSAI belanja pihak media, atau bagi free kat rakyat sempena kemenangan PM ke-10.

"Cepat je Mydin jump into the scene and take advantage. Tapi comel je boss Mydin ni.

"DSAI sentuh apa pun sekarang ni terus ada value macam gold.

"Ingatkan aku sorang je perhati pen yang Anwar guna untuk sign masa tu.

Anwar secara rasmi dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-10 pada Khamis.

Anwar secara rasmi dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-10 pada Khamis.

"Marketing Mydin memang next level. Terbaik," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, Anwar secara rasmi dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singahsana Kecil, Istana Negara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain