suria

[V] Pemandu treler ini suka tolong tampal tayar pancit tepi jalan, tapi tak minta bayar satu sen pun... “Doakan saya dapat baby je”

Seorang pemandu treler membantu membaiki tayar motosikal pengguna lebuh raya yang pancit.

MENGHULURKAN tangan untuk membantu orang sekeliling merupakan amalan mulia.

Kita juga tidak rugi apa-apa malah saham akhirat juga akan bertambah.

Begitulah apa yang menjadi pedoman hidup lelaki ini apabila dia membantu menampal tayar sebuah motosikal yang pancit baru-baru ini.

Menerusi video tular di TikTok, lelaki itu yang merupakan seorang pemandu treler menghentikan kenderaannya di bahu jalan kerana prihatin dengan nasib penunggang motosikal berkenaan.

Kejadian itu berlaku di susur keluar persimpangan Telok Panglima Garang, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Pada mulanya lelaki yang mesra disapa sebagai Pakman di TikTok itu merakam kelibat seorang lelaki berbangsa India sedang menolak motosikalnya kerana pancit.

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 3 pagi tayar pancit di jalan Gerik-Jeli, baru nak tawakal ‘redah’, Allah hantar insan baik hati... tolong A-Z, siap tak mahu upah

ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan Ustaz Ebit, tayar kereta pancit dianggap rezeki bertemu petugas towing ... siap kongsi kisah hebatnya kuasa doa, mampu hentikan musibah di dunia!

Tanpa berlengah, Pakman terus mengeluarkan peralatan membaiki kenderaan miliknya.

Menurut Pakman, dia kerap membantu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang mengalami masalah tayar pancit di lebuh raya.

"Banyak dah saya tolong motosikal dan kereta pancit tepi jalan. Banyak cerita menarik yang saya dapat," tulisnya dalam video itu.

Kalau tayar (kenderaan) anda pancit tepi jalan, tiba-tiba nampak saya berhenti... jangan risau free je saya tolong.

PAKMAN

Bercerita mengenai kejadian terbaharu tersebut, Pakman berkata lelaki yang motosikalnya pancit itu sedang dalam perjalanan ke Telok Panglima Garang untuk menghadiri temuduga kerja sebagai seorang mekanik.

"Hari ini jumpa anne (abang) India ni dekat SKVE dari Kajang nak pergi Telok Panglima Garang. Dia nak pergi cari kerja pomen.

"Kawan dia panggil suruh datang interview. Tayar pancit dengan keadaan duit pun tak banyak rasanya," ujar Pakman membuat tekaan.

Kejadian berlaku di persimpangan Telok Panglima Garang.

Sementara Pakman sedang mengendalikan peralatannya, lelaki yang berasa terhutang budi itu kerap bertanyakan tentang bayaran.

"Saya nak tolong repair tayar dia tapi dia asyik tanya berapa caj bayaran repair.

"Kalau tayar (kenderaan) anda pancit tepi jalan, tiba-tiba nampak saya berhenti... jangan risau.

Dua batang paku yang menyebabkan tayar motosikal itu pancit.

"Free je saya tolong, cuma doakan saya dapat baby je," nyatanya mengharapkan doa daripada mereka yang dibantu.

Menyusuri ruangan komen, warga maya juga mendoakan agar Pakman dimurahkan rezeki dan keinginannya untuk dikurniakan anak dimakbulkan.

"Saya doakan abang murah rezeki, dipermudahkan urusan, panjang umur dan dapat baby comel-comel.

Sebahagian komen warga maya.

"MasyaAllah, semoga kebaikan juga la yang akan berbalik kepada orang yang sebarkan kebaikan, teruskan.

"Bro, aku doakan hang dapat anak yang soleh dan solehah, Amin," sebahagian netizen mendoakan Pakman.

Bukan itu sahaja, ada juga pelayar yang menawarkan santapan makanan percuma kepada Pakman jika berkelapangan.

"Pergi depan sikit bosku, RnR tu ada kedai makan saya. Makanlah kenyang-kenyang dekat kedai saya. Sama-sama dapat pahala bosku," tulis individu itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain