suria

[V] Nak tunjuk ‘gentleman’ ketuk cermin kereta awek minta nombor telefon... Lelaki ini undang kecaman, buat malu orang Ganu!

Tindakan seorang pemuda yang berani meminta nombor telefon di tengah jalan mengundang kecaman ramai.

TIDAK pasti sekadar content atau terlebih gentleman, namun tindakan seorang lelaki yang memberanikan diri meminta nombor telefon seorang wanita di tengah jalan, mengundang reaksi yang pelbagai daripada warga maya.

Menerusi video berdurasi 22 saat itu, kelihatan pemuda berkenaan keluar dari keretanya sebelum menghampiri sebuah kereta yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat di hadapan sebelum mengetuk cermin kenderaan tersebut.

Daripada video yang dirakam oleh rakannya yang menunggu di dalam kereta, pemuda tersebut dilihat bercakap dengan si pemandu kereta hadapan beberapa saat dan kemudian kembali semula.

"Jadi lelaki kena gentle bro. Confident tu penting. Kalau rezeki dapat jackpot. Tak pun kena reject," demikian tulis kapsyen pada video tersebut.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada misi pemuda berkenaan berjaya atau sebaliknya kerana video tersebut dipotong selepas salah seorang rakannya bertanya mengenai keberhasilan daripada tindakan beraninya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sampai bila nak tenung gambar profil? Cara lelaki ini hulur salam perkenalan kepada gadis tak dikenali gentleman habis, tetap berjaya walau lambat ‘disambut’

ARTIKEL BERKAITAN: Berani lamar lelaki, siap sarung cincin! Si gadis dedah situasi sebenar di sebalik kejutan hari jadi kenalan 11 tahun– “Ramai ingat kami pasangan gay”

Video yang pada asalnya dimuat naik di TikTok, menjadi tular di laman Twitter selepas dikongsikan oleh seorang pelayar, sekaligus mengundang kecaman netizen.

"Patutlah perempuan rasa tak selamat, tengah jalan ketuk tingkap kereta awek minta number," tulis pelayar berkenaan.

AWEK 2

Video tersebut tular di Twitter.

Ciapannya meraih melebihi 9,000 ulang kicau dan dibanjiri dengan komen netizen yang menyelar perbuatan sedemikian.

"Ini bukan gentle tapi gatal. Bukan sebab handsome atau tak handsome tapi faktor keselamatan. Boleh je peragut tiru cara ni.

"Ini bukan gentle. Ini geli, scary (menakutkan) dan mengganggu. Sorry but please grow up (Maaf tapi tolonglah matang)," demikian komen netizen.

Please girls, jangan buat macam ni... jangan berani-berani buka tingkap kepada strangers.

NETIZEN

Tidak kurang juga ada yang mengaitkan perbuatan 'tidak beradab' pemuda tersebut dengan sebuah negeri di Pantai Timur ekoran loghat yang dituturkan rakan-rakannya.

"Dengar 'guano' pun tahu orang mana ni.

"Memalukan dan merosakkan nama orang Terengganu je," komen netizen.

Dalam masa yang sama, ada netizen mengingatkan pemandu wanita khususnya agar tidak sewenang-wenangnya membuka tingkap sekiranya diketuk oleh individu tidak dikenali.

AWEK 3

Antara komen netizen yang mengecam pemuda berkenaan.

"Kepada cik driver tu dan pemandu lain tak kira lelaki atau wanita, jika ada orang tak dikenali ketuk tingkap nak sembang sesuatu, jangan sesekali turunkan tingkap atau buka pintu!

"Please girls, jangan buat macam ni. Jangan berani-berani buka tingkap kepada strangers. Aku pula yang cuak tengok," demikian komen netizen.

Sementara itu, hasil carian mStar di akaun TikTok yang memuat naik video asal mendapati ia telah dipadamkan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain