SETIAP masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Tidak ada rintangan dalam hidup yang boleh dikatakan sebagai terlalu besar untuk diatasi. Begitulah apa yang diilhamkan wanita ini apabila dia menggunakan Personal Electric Vehicle (PEV) atau e-skuter sebagai kaedah pengangkutannya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Dalam satu video tular di TikTok, Nuha Khalidah, 23, dilihat begitu selesa menggunakan e-skuter untuk bergerak ke kelas. Ketika dihubungi mStar, gadis itu berkata dia menggunakan alternatif itu kerana pengangkutan awam di dalam kampus dikatakan sering padat ketika waktu puncak. "Pengangkutan awam memang selalu penuh dekat sini. Lagipun jarak perjalanan dari kolej kediaman ke fakulti saya dalam 5 minit macam tu je. "Lepas tu saya kerap nampak waktu tengah popular dulu orang naik Beam Scooter yang boleh sewa. Jadi terdetik idea kenapa tak pakai je e-skuter tu pergi kelas. "Saya ada lesen kereta tapi belum sampai rezeki lagi untuk miliki kereta. Saya pun suggest dekat ayah saya dan ayah saya setuju," katanya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Macam drama TV, cinta berputik selepas accident e-skuter! Baru lepas langgar anak orang, pemuda masih berani ajak minum ARTIKEL BERKAITAN: Geng e-skuter pula bikin kecoh, siap bawa kanak-kanak... Main redah tengah jalan, ini namanya menempah maut! Setelah hasratnya itu direstui bapa, e-skuter tersebut ditempah dari seorang penjual PEV di atas talian. "Saya beli e-skuter tanpa jenama tu dekat Facebook Marketplace dengan harga RM880," kata Khalidah yang merupakan seorang pelajar jurusan Kesusasterawanan dan Sains Sosial di Universiti Malaya. Bercakap mengenai kemahiran yang diperlukan untuk membawa e-skuter itu, Khalidah berkata apa yang diperlukan hanyalah kebolehan mengimbangi badan. "Bagi saya senang je nak bawa e-skuter tu kalau dah biasa bawa basikal dan motosikal. Cuma kena pandai balance badan. Kalau setakat hujan renyai-renyai tu boleh lagi nak naik e-skuter. Nuha Khalidah "Ada juga kawan saya yang tak pernah bawa basikal, jadi bagi dia susah sikit. Perlukan masa, kalau dah bawa selalu okay je. "Macam saya ni memang dah biasa bawa basikal daripada dulu. Tapi waktu mula-mula naik e-skuter tu ada la juga terjatuh sekali," ceritanya. Berkongsikan rutin harian pergi ke kelas, Khalidah berkata e-skuter itu boleh dilipat dan dibawa masuk ke dalam bilik kuliah. "Saya punya lecturer memang dah biasa nampak saya bawa e-skuter masuk dalam kelas. Menggunakan e-skuter tidak menjadi masalah untuk Khalidah kerana dia sudah biasa menunggang basikal. "Tapi kalau kelas saya tingkat tiga atau empat, saya akan tinggalkan dekat bawah sebab benda itu berat," terang Khalidah yang sudah memiliki e-skuter itu selama setahun lebih. Walaupun e-skuter tersebut ditinggalkan di tempat terbuka, kecurian tidak menjadi kerisauan kepada Khalidah kerana ia dilengkapi ciri-ciri keselamatan. "E-skuter saya tu boleh connect dengan aplikasi khas. Aplikasi dia tu boleh lock e-skuter tu pakai bluetooth. "Apabila kita dah lock tu, kalau orang cuba ambil, tayar dia akan stuck jadi dia tak boleh bergerak. "Dan kalau nak angkat, dia akan jadi berat dan ada alarm berbunyi. Untuk double keselamatan, saya akan rantai e-skuter saya dekat tiang dengan padlock," katanya. E-skuter memudahkan pergerakan di dalam kampus. Memiliki sebuah e-skuter di dalam kampus sebagai seorang pelajar merupakan sesuatu yang unik sehingga rakan-rakan Khalidah turut berkeinginan untuk membelinya. "Kebanyakan mereka rasa benda tu memang convenient. Tak perlu jalan kaki. Mereka cakap tengah consider nak beli juga. "Terutamanya mereka yang tak ada transport macam saya. Mereka minta saya link nak tengok e-skuter tu, jadi saya bagi je," ujarnya. Keselamatan di jalan raya menjadi tanda tanya dan Khalidah berkata itu antara perkara yang perlu diberikan perhatian lebih ketika menggunakan e-skuter. "Laluan pejalan kaki dekat UM ni memang ada lubang. Tak rata semuanya. Khalidah perlu berwaspada dengan lubang di jalan raya ketika menggunakan e-skuter. "Jadi saya akan ikut jalan raya tapi stay dekat bahu jalan je sebab lebih smooth dari laluan pejalan kaki. "Kadang dekat jalan raya pun ada lubang, saya kena brek selalu dan elak lubang tu, Agak bahaya juga sebenarnya," kata Khalidah. Mengenai pemakaian peralatan keselamatan seperti topi keledar dan pelindung sesiku, Khalidah berkata dia tidak memakainya kerana jarak perjalanan yang dekat. "Saya ada helmet cuma saya tak pakai, tapi saya sarankan kalau yang lain nak guna e-skuter, better pakai helmet. "Sebab tak pakai tu, saya kan perempuan, saya pakai tudung, jadi nak jaga tudung punya awning tu susah sikit apabila ada helmet. Rakan-rakan Khalidah turut berminat untuk membeli sebuah e-skuter. "Kelas saya pun dekat dan saya bawa dalam kampus sahaja. Kalau saya bawa jauh saya akan pakai helmet," katanya. Hari tidak selalu cerah, Khalidah mengakui antara kelemahan menggunakan e-skuter adalah kebergantungan kepada keadaan cuaca. "Apabila hari hujan tu tak boleh bawa jadi nak tak nak kena jalan kaki juga. "Kalau setakat hujan renyai-renyai tu boleh lagi nak naik e-skuter. Lagipun hujan bukan setiap hari, jadi saya rasa tak rasa itu masalah besar," terangnya. E-skuter Khalidah menggunakan kuasa bateri sepenuhnya. Untuk makluman, e-skuter itu dikuasakan oleh tenaga elektrik yang disumberkan daripada sebuah bateri yang boleh dicas. "Ambil masa dalam empat jam kalau nak charge sampai full. Full charge tu tahan seminggu untuk saya pergi balik ke kelas. "Jadi saya charge dalam seminggu sekali je. Distance saya nak pergi ke kelas pun tak jauh," ujar Khalidah mengakhiri bicara. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI