SEORANG anak tidak menyangka menerima perkhabaran duka dari kampungnya di Tawau, Sabah, ketika dalam perjalanan ke pejabat. Lebih memilukan, Mohd Syahril Ondah yang merupakan seorang pentadbir berusia 29 tahun menyedarinya sewaktu membuat panggilan video bersama ibunya, "Tiba-tiba semasa sedang bercakap, mak jatuh pengsan. Saya cuba menghubunginya semula, tapi panggilan tidak terjawab. "Selepas lima minit, sepupu hubungi saya beritahu yang mak saya mengalami strok dan tak sedarkan diri. "Saya diberitahu mereka dalam perjalanan ke hospital untuk merawat mak," katanya kepada mStar. Sumbangan wang yang dihulurkan kepada Syahril bagi menampung kos rawatan ibunya. Sejurus tiba di pejabat di Shah, Selangor, Syahril dimaklumkan ibunya, Halizah Latuo dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat darah beku di bahagian otak, dan perlu menjalani rawatan. Mengimbas kembali ketika itu, dia bergegas untuk berjumpa dengan pengurusnya untuk menjelaskan situasi yang sebenar dan memohon cuti kecemasan. ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga aiskrim potong dedah identiti wanita OKU dibawa motor roda tiga... enggan terima bantuan bukan sebab sombong, lebih afdal infaq di bulan Ramadan ARTIKEL BERKAITAN: Member suka selit duit dalam kereta, lelaki ini stres hulur bantuan bukan harapkan habuan... Silap hari bulan budak car wash jumpa! Menurut Syahril, dia bersyukur apabila salah seorang rakan sekerjanya sudi menaja tiket penerbangannya untuk pulang ke Sabah. Kembali ke pejabat selepas dua minggu di kampung, dia terkejut apabila pengurus bahagian pentadbiran syarikat menghulurkan sampul surat yang mengandungi sejumlah wang untuk membiayai kos perubatan ibunya. Sentiasa bersangka baik kerana kita tidak tahu bila kita akan ditimpa kesusahan. SYAHRIL Menerusi satu ciapan yang dikongsi melalui akaun @AkuSyahrel di laman Twitter, sumbangan tersebut dikatakan merupakan inisiatif pihak syarikat dengan kerjasama yang baik daripada rakan-rakan sekerja. "Lihatlah apa yang syarikat lakukan kepada saya semasa saya tiada di pejabat dan balik sabah untuk jaga ibu saya akibat strok. "Bangsa tu hanya bangsa, tapi kebaikan hati? Terima kasih atas doa dan ucapan. Semoga Allah membalas jasa anda semua," katanya. Perkongsian Syahrel di Twitter. Menurut Syahril, dia terharu dengan sumbangan yang diterima meskipun baru bekerja selama empat bulan di syarikat tersebut dan tidak pernah berbual dengan kebanyakan rakan sekerjanya. "Saya bertanya kepada rakan-rakan di pejabat sebab mereka membantu saya. Ada yang menjawab ia merupakan budaya di tempat kerja. "Saya juga diberitahu mereka senang hati apabila saya selalu senyum jika berselisih, bertegur sapa atau ucap selamat pagi kepada mereka," katanya. Difahamkan, ibu Syahril kini dalam keadaan yang lebih baik dan dijaga oleh bapa dan sepupunya di kampung. Susulan itu, Syahril berpesan untuk sentiasa bersangka baik kepada orang lain. "Sentiasa bersangka baik kerana kita tidak tahu bila kita akan ditimpa kesusahan. "Apabila kita senang, jangan pula lupa diri untuk membantu orang lain yang dalam kesusahan," ujarnya. Ciapan Syahrel diulang kicau lebih 7,000 kali dan menerima lebih 15,000 tanda suka. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI