SIAPA sangka 'mangsa' yang hampir lemas ditemui di tengah lautan. Bukan manusia, sebaliknya haiwan yang berjaya diselamatkan dan dibawa naik ke atas kapal. Peristiwa menakjubkan itu dikongsi oleh seorang kelasi bersama anak-anak kapal lain yang menemui seekor burung hantu yang hampir lemas. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercakap kepada mStar, Fahmy Anuar, 39, berkata, 'operasi' menyelamatkan burung hantu itu menggunakan bakul yang diikat pada tali sebelum diangkat ke atas kapal, seperti sebuah pelampung. Lebih mesra disapa Medic, burung hantu berkenaan dikeringkan dengan tuiala sebeluim dibiarkan berehat. "Sebenarnya ada dua burung hantu yang kami dah selamatkan, burung-burung ni sampai dekat kapal Medic melalui bot supply. "Dari darat mungkin dia bertenggek dekat bot supply tu, tiba-tiba sedar dah sampai dekat kapal kami di tengah laut. Dia akan jadi lost sebab dia tak boleh terbang jauh. "Bot supply ni akan datang secara berkala hantar barang keperluan seperti makanan dan bahan mentah dekat kapal kami," katamya ketika dihubungi mStar. Medic memegang tanggungjawab sebagai petugas kesihatan di atas kapal. Medic yang bertugas sebagai kakitangan perubatan di atas kapal berkata, burung hantu itu dibelanya bersama anak kapal yang lain sehingga mereka tiba di pelabuhan di Labuan. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cintakan haiwan eksotik, ulat beluncas dibuat pin tudung! Paling lawak ada yang sangka gadis ini pakai earpod ARTIKEL BERKAITAN: [V] Beraninya! Bayi sendiri belum lahir, wanita bersila macam ‘mak-mak’ bagi lotong makan... lepas bersalin mahu anak kenal haiwan jinak ini "Burung hantu pertama tu kami bela, bagi dia makan. Kami tengok YouTube, belajar macam mana nak jaga dia. Kami lepaskan dia bila kami berlabuh di Labuan. "Pada mulanya, bila nampak burung hantu kedua tu tengah lemas, kawan saya macam berat nak tolong. "Sebab waktu kali pertama tolong kami ada muat naik dekat TikTok. Tapi ramai yang kecam sebab katanya cara kami jaga burung hantu salah. "Orang marah kata makanan yang kami bagi tak sesuai, cara kami bagi minum tak betul. Kami cuma nak burung hantu tu survive, bukannya owl lover," katanya yang berusia 39 tahun. Burung hantu yang dijaga oleh Medic dan pasukannya sebagai haiwan peliharaan sementara. Dalam pada itu, Medic juga menolak tanggapan segelintir pihak bahawa kelasi kapal berpewatakan kasar. "Ramai orang ingat kalau kelasi kapal ini kasar. Kami jaga burung hantu tu macam anak kami sendiri. "Bagi dia makan minced meat. Kami belajar dari YouTube macam mana nak bermanja dengan dia, nak bagi dia tak takut dengan kita," katanya. Kami jaga burung hantu tu macam anak kami sendiri. MEDIC Medic yang berkhidmat dalam bidang perkapalan selama sembilan tahun berkata, mereka berjaya membina kepercayaan bersama burung hantu itu, tanpa mengurung atau mengikatnya. "Kami bagi dia terbang ke mana-mana yang dia nak. Tapi dia akan still kembali ke atas kapal bila waktu makan. "Waktu yang lemas hari tu, kawan saya cakap mungkin burung hantu tu nak pergi tangkap ikan dalam laut dan sayap dia terkena air dan dia terus jatuh," cerita Medic sambil menambah kapalnya kini berada di perairan Malaysia Timur. Pada mulanya burung hantu itu berada di dalam ketakutan selepas diselamatkan. Kerana sudah terbiasa sebagai pasukan perubatan menyelamatkan manusia lemas, Medic terdetik untuk membilas burung hantu tersebut menggunakan air bersih. "Saya teringat burung hantu tu macam manusia pula. Nak bagi dia mandi dulu. "Sebab kita tahu rasa bila terkena air masin ni, badan akan jadi melekit. Tapi kawan saya kata tak perlu," katanya sambil menambah turut selamat melepaskan burung hantu kedua. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI