BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Demikian kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun yang terpaksa menahan rindu selepas abangnya tidak dapat menjalani kehidupan seperti manusia sihat. Malah, saban hari dia akan termenung sendirian di sekolah selepas melihat rakan sebaya yang memiliki wajah seiras abangnya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Kesedihannya bermula apabila si abang, Mohamad Nur Iman Ramadhani yang kini berusia 10 tahun disahkan menghidap penyakit saraf otak atau leukodystrophy sejak setahun yang lalu. Lebih menyayat hati, bermula awal Mac lalu, Iman lumpuh dan hanya terlantar di katil selain tidak dapat melihat mahupun memberi sebarang reaksi akibat penyakit yang dialami. Meskipun mengetahui keadaan tersebut, adiknya Nur Khayla Danisha tidak pernah berhenti untuk berborak dan mengimbau kenangan mereka berdua demi merangsang semangat abangnya untuk terus kuat dan sembuh. Bercerita mengenainya, ibu kedua-dua beradik tersebut, Norhanisah Haswan, 29, berkata, jarak umur antara Khayla dan Iman yang hanya dua tahun membuatkan hubungan mereka akrab. "Adik (Khayla) rindu sangat dengan abang dia... lebih-lebih lagi kalau balik sekolah sebab dah tak ada sesiapa lagi yang nak jaga dia. Iman dan Khayla akrab dan sentiasa bersama sejak kecil. "Kalau dahulu, abangnya akan pimpin tangan dia dekat sekolah dan sentiasa pesan 'kalau ada orang buli adik bagitahu abang'," katanya ketika dihubungi mStar. Setiap hari dia tak pernah jemu untuk berborak dengan Iman walaupun tiada reaksi balas... dia akan cerita kenangan lama-lama mereka. NORHANISAH Menurut suri rumah yang berasal dari Jerantut, Pahang itu lagi, disebabkan rasa rindu yang teramat sangat, anak keduanya pernah meminta dia mengambil seorang kanak-kanak lelaki sebagai anak angkat. Ia berikutan, kanak-kanak yang dikenali sebagai Harras itu memiliki wajah seiras Iman selain dikatakan memiliki personaliti yang sama. ARTIKEL BERKAITAN: Disuruh pilih kostum lain, anak berkeras mahu tonjol kerjaya bapa di sekolah... hargai ayah susah payah bagi makan, tempat tinggal ARTIKEL BERKAITAN: Anak disuruh kerja 6 hari seminggu, bapa siap sokong... Tak suka pilihan kerjaya e-hailing, anggap tak ada masa depan! "Apabila ambil dia di sekolah, mesti dia cakap 'ibu dekat sekolah ada muka macam abang Iman. Adik selalu tengok dia sebab rindu dekat abang Iman'. Keadaan terkini Iman sejak disahkan menghidap penyakit saraf otak. "Khayla juga akan selalu termenung kerana dia dah tak ada kawan nak main... kadang-kadang dia akan cakap 'Khayla sedih ibu, Iman sakit'. "Setiap hari dia tak pernah jemu untuk berborak dengan Iman walaupun tiada reaksi balas... dia akan cerita kenangan lama-lama mereka sebelum kembali termenung dan bertanya sama ada Iman boleh sembuh atau tidak," katanya. Terdahulu, video Khayla yang dirakam ketika sedang termenung di bawah sepohon pokok di sekolahnya menjadi tular di media sosial sehingga mendapat lebih 101,200 tanda suka. Rata-rata warganet yang menontonnya turut menzahirkan rasa sedih dan pilu sambil meninggalkan kata-kata semangat. "Allahu sedihnya... Semoga adik kuat dan semoga abang Iman adik cepat sembuh. "Bersabar dan bertabahlah dik, semoga abang Iman adik cepat sembuh dan pulih seperti sediakala. "Tak kuat tengok. Semoga Allah permudahkan kesembuhan," ujar beberapa netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI