suria

[V] Tempah Paw Patrol, dapat My Little Pony! Ibu ini masih senyum ‘repair’ sendiri kek birthday anak, netizen pula panas hati

Wanita ini tetap berusaha untuk memenuhi permintaan anaknya.

SETIAP ibu bapa pasti akan berusaha melakukan yang terbaik untuk anak-anak mereka termasuk memenuhi permintaan selagi termampu.

Begitu juga bagi wanita ini yang menempah kek sempena hari ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Zulfah Aafiyah Muhammad Fitri, 4, yang disambut pada 5 Disember lalu.

Namun menerusi TikTok, Ummu Syafrawa Hasnan, 28, berkongsi kisah tentang kek yang siap dibuat mengikut masa yang diminta namun tersalah tema!

"Akak, saya minta Paw Partol. Anak saya perempuan tapi suka Paw Patrol," kata Ummu kepada pembuat kek menerusi aplikasi WhatsAppa.

Teguran tentang kesilapan itu dibuat selepas pembuat kek berkenaan berkongsi gambar tempahan yang siap dihias dengan tema My Little Pony.

Namun ketika dihubungi mStar, Ummu berkata dia tidak marah dengan kesilapan itu sebaliknya cuba bertenang dan memikirkan cara untuk memperbaikinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja ‘baik pulih’ berjaya! Kek kahwin nyaris runtuh, majlis kurang 24 jam... bekas arkitek kembalikan senyuman bakal pengantin

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga maki-maki pekerja servis penghantar barang, kek RM113 hancur tengah jalan... Driver kumpul duit bayar tapi tak cukup RM3

“Ketika saya mesej untuk mengambil kek pada hari kejadian, dia hantar gambar kek dengan hiasan salah.

"Saya masih boleh bersabar dan tak rasa marah ataupun nak tengking pembuat kek tersebut.

“Saya hanya berfikir untuk selesaikan masalah yang saya dapat pada hari itu.

Zulfah yang berpuas hati dengan kek yang dibelikan ibunya.

“Saya risau anak saya akan kecewa, kerana hampir setiap hari sebelum sambutan hari jadinya dia bertanya tentang kek yang ditempah," katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut tentang kek yang akan dibawa untuk sambutan bersama rakan-rakan anaknya di Tadika Adik Pandai, Sungai Besar itu lagi, Ummu berkata dia bersyukur kerana berjaya menemui hiasan Paw Patrol daripada salah sebuah kedai kek berdekatan.

"Selepas 30 minit mencari akhirnya jumap, saya terus pulang ke rumah untuk mengubah suai kek.

BLOCK

“Kalau tak jumpa hiasan kek itu, saya nak cetak sendiri sahaja kartun Paw Patrol itu, pastu cari lidi.

“Nampak Paw Patrol pun cukup,” katanya penuh pasrah.

Tambah Ummu dia sangat bertuah mempunyai kemahiran untuk membetulkan kek kerana dia pernah ceburi bidang tersebut lima tahun lalu dan pernah menjual kek keju dan krim puff.

Atas kesilapan pembuat kek itu juga, Ummu diberikan diskaun sebanyak RM20, dan hanya membayar RM70 kepadanya kerana dia masih mengambil kek tersebut.

Tangkap layar perbualan Ummu dengan pembuat kek tersebut.

Melihat ruangan komen, ramai netizen di TikTok salah faham dan telah mempertikaikan alasan penjual kek tersebut menukar tema tempahan Ummu.

“Macam mana dia boleh sesuka hati tukar apa yang pelanggan dia minta? Dia yang tak suka Paw Patrol suka hati nak tukar Little Pony.

“Jangan buat main dengan anak-anak kecil, habis murung nanti. Mujur mak dia bijak, cepat-cepat ubah hiasan.

“Sabarnya kakak ini. Kalau ikutkan baran saya, tak ada maknanya saya akan bayar.

Komen netizen di TikTok.

“Nasib baik dapat pelanggan yang baik, kalau dapat ke orang lain mesti kena maki hamun,” ujar beberapa netizen.

Menyedari kekeliruan itu, Ummu tampil memberi penjelasan bahawa peniaga kek tersebut mungkin tersalah baca perbualan WhatsApp yang dihantar ketika dia membuat pesanan.

Dia berkata yang pembuat kek itu mengubah tema kepada Little Pony kerana dia fikir yang anaknya itu perempuan, tidak suka Paw Patrol.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain