suria

Resipi nasi briyani arwah ayah jadi taruhan, anak bongsu ini bangkit selepas 2 bulan bapa meninggal... Jemaah surau kata lulus!

Bapa Aisyah meninggal dunia pada hari dia berhenti kerja.

MANUSIA hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan segala-galanya.

Begitulah kisah mengenai anak bongsu daripada tujuh beradik ini yang sanggup berhenti kerja demi menjaga bapanya yang sedang sakit pada tahun lalu.

Menurut Siti Aisyah, 28, dia menghantar notis berhenti kerja pada pagi 23 Oktober 2021, namun bapanya meninggal dunia pada petang hari yang sama.

aisyah3

Kata Aisyah, dia nekad berhenti kerja untuk menjaga bapanya pada waktu itu.

"Ayah sebenarnya sakit mata, dia ada masalah mata. Kemudian kami sekeluarga dijangkiti Covid-19. Saya yang paling teruk kena Covid-19. Selepas saya sihat, ayah pula kena tahan di hospital.

"Ketika hari ayah nak discaj, hospital maklumkan yang dia tiba-tiba pengsan. Selama seminggu dia pengsan. Jadi saya buat keputusan untuk resign sebab ayah tengah sakit.

"Bos saya bagi pelepasan untuk ulang-alik ke hospital. Tapi saya nekad nak berhenti. Bos tanya betul ke nak resign? Saya kata saya rela korbankan kerjaya untuk jaga ayah," ujar bekas pembantu operasi di sebuah syarikat di Pengerang, Johor itu.

Jemaah surau kat sini pun kata hasil air tangan saya sama macam arwah ayah.

SITI AISYAH

Bercerita lanjut, dia yang senang disapa Aisyah mengakui ditawarkan semula untuk bekerja, namun memilih untuk meneruskan perniagaan makanan yang diusahakan secara sambilan sejak tahun 2018.

"Selepas ayah meninggal, bos tawarkan saya kerja sekali lagi. Dia tanya, saya tak nak kerja balik ke? Saya kata tak apalah, saya nak jaga mak. Adik-beradik yang lain semua dah berkeluarga.

"Dulu pun saya kerja sambil berniaga. Saya buat kambing perap sejuk beku. Selepas ayah meninggal pada Oktober, saya kembali bangkit pada Januari tahun berikutnya sebab customer pujuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Besar ujian buat pengantin! Bapa meninggal 5 jam sebelum majlis nikah, selesai ijab kabul terus buat tahlil

ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan bapa meninggal mengejut, anak ubah fikiran nekad belajar ke peringkat lebih tinggi... mengaku cuma berlakon tunjuk kuat!

"Mereka minta saya jangan cuti lama-lama, mereka nak saya kembali berniaga, " ujarnya yang menetap di Batu Pahat.

Selain kambing perap sejuk beku, Aisyah juga menawarkan perkhidmatan katering dan berniaga nasi briyani yang mana juadah popular itu dipelajari daripada arwah bapanya sendiri.

"Ayah dulu seorang yang multi-tasking. Dia seorang bilal, tukang jahit, pengembala lembu. Selepas bisnes drop, ayah tolong orang sembelih lembu. Dia juga tukang masak.

aisyah4

Antara makanan yang dijual oleh Aisyah.

"Jadi saya juga ada belajar buat nasi briyani daripada arwah ayah. Alhamdulillah, jemaah surau kat sini pun kata hasil air tangan saya sama macam arwah ayah. Selain nasi briyani, saya juga buat menu lain.

"Saya jenis tak suka berniaga lama-lama satu menu tu, sebab tu saya ubah-ubah. Contohnya hari ni jual meatball, esok jual mini burn cheese cake, kemudian burger bakar dan macam-macam lagi supaya customer tak jemu," ujar Aisyah lagi.

Dalam pada itu, Aisyah juga ada berkongsi kisah perjalanan hidupnya menerusi aplikasi TikTok sehingga dia tular dalam kalangan netizen.

aisyah2

Foto kenangan Aisyah bersama dua insan yang paling penting dalam hidupnya.

Menurut Aisyah, dia terharu dengan sokongan netizen dan berharap perniagaan yang diusahakannya akan terus maju dan digemari pelanggannya.

"Alhamdulillah, saya bersyukur atas doa mereka semua. Terima kasih sebab tak jemu sokong jualan saya, tak jemu pujuk supaya saya masak sedap-sedap.

"Tujuan saya kongsi di TikTok kerana nak sampaikan mesej agar bangkit selepas kesedihan. Dulu saya jatuh, selepas dua bulan baru bangkit.

"Pada saya, kita boleh jatuh terduduk tapi jangan lama sangat. Kita perlu berhenti untuk rehat dan ambil masa untuk bangkit, baiki diri, buat yang terbaik dan teruskan hidup," ujar Aisyah lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain