SUDAH menjadi lumrah masyarakat untuk memberi sedikit wang jika bersalaman dengan tuan rumah ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan atau berkhatan. Disebabkan amalan ini dibuat sejak dahulu kala, tidak hairanlah ramai tuan rumah yang berharap jemputan akan 'menghulurkan' duit apabila dijemput datang ke majlis. Disebabkan ramai yang menganggapnya satu 'kewajipan' maka segelintir tetamu yang kurang berkemampuan terpaksa memberi sampul kosong atau berisi kertas. Seperti video berdurasi 19 saat yang tular baru-baru ini, seorang lelaki terkejut apabila salah satu sampul yang dibukanya berisi tisu tandas yang dilipat kemas. Meskipun bukan mengharapkan duit daripada tetamu undangan namun dia berpandangan sikap memberi sampul kosong seumpama itu tidak sepatutnya dilakukan. Tangkap layar pada video tular yang memaparkan tisu dikeluarkan dari dalam sampul. Malah ia boleh mengguris hati tuan rumah yang ikhlas menjemput ke majlis keraiannya. "Kita niat adakan apa-apa majlis atas sebab kita kongsi rezeki dan kita mampu. ARTIKEL BERKAITAN: “Rezeki dia datang seorang, ingatkan nak buat kejutan sudahnya jadi sampah”... Kerana syiling dalam sampul, budak ‘melepas’ duit raya RM10 ARTIKEL BERKAITAN: Orang Malaysia masuk Auckland guna visa melancong, senyap-senyap cari kerja... Paling melampau siap minta bayar cash! "InsyaAllah kita tak harapkan apa-apa dari mereka... diaorang nak bagi, kita terima. Tapi jangan buat macam ni, terguris hati tuan rumah," katanya ringkas di ruangan kapsyen video. Perkongsian pelayar TikTok itu kemudiannya menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Salam kosong pun lagi bagus, daripada buat macam tu... tuan rumah ikhlas jamu makan. WARGANET Menyusuri komentar yang ditinggalkan, rupa-rupanya ramai yang pernah mengalami situasi yang sama. "Arwah abah aku pun pernah dapat macam ni. Berbalik pada tujuan kita mengundang tetamu untuk apa, adakah untuk menjamu tetamu atau mengharap pulangan. Memberi duit ketika bersalaman dengan tuan rumah bagai menjadi satu kewajipan jika menghadiri kenduri. - Gambar hiasan "Pernah terjadi juga kepada saya, dapat yang kosong... fikir yang baik-baik, mungkin time tu dia tak ada duit tapi ingin merasa nasi kenduri. Hanya Allah SWT sahaja tahu. "Ayah saya dapat daun-daun letak dalam sampul, tapi tak apa sebab dah niat buat mjlis kahwin umpama sedekah. "Saya kahwin dapat macam ni, ada coffee 3 in1 lagi dalam sampul... saya cakap Alhamdullilah kepada si pemberi, lima sen, kosong pun ada," kongsi beberapa netizen yang pernah berdepan situasi serupa. Bagaimanapun ramai yang meminta tuan rumah untuk bersangka baik apabila menerima sampul kosong atau berisi kandungan lain selain daripada duit. Malah ada yang mengandaikan si pemberi tidak mempunyai wang tetapi sanggup hadir demi meraikan jemputan kawan. Antara komentar netizen pada video tular berkenaan. "Kenduri dekat Sabah biasa dapat sampul kosong... sampai kadang-kadang 20 sampul. Santai di posisi mungkin orang tu tengah tak ada duit... tu biasa berlaku, jamu orang makan tu lebih baik. "Husnuzon mungkin tak ada duit nak bagi tapi malu nak salam tangan kosong... btw (by the way) niat kita nak sedekah makan, kalau tak bagi pun tak apa rasanya. "Walaupun aku tak pernah buat macam ni tapi aku faham situasi orang susah macam mana, jika salam tangan kosong pun satu masalah... inilah cara dia, ikhlaskan hati," kata beberapa netizen lagi. Namun ada yang merasakan lebih baik jika sekadar bersalam biasa seandainya tidak mampu, daripada memberi sampul kosong yang membuatkan tuan rumah rasa terkilan. "Teringat kenduri adik hari tu... bagi gambar fotostat duit RM5. Salam kosong pun lagi bagus, daripada buat macam tu... tuan rumah ikhlas jamu makan. "Tak ada duit cukuplah berjabat tangan, itu pun tuan rumah sudah happy. "Masa kenduri saya tahun 2011, saya ada dapat sampul... dalam tu ada duit syiling 50 sen. Allahu... tu saya paling sebak, tak bagi pun tak apa sebab kita niat nak kenduri," luah beberapa warganet lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI