suria

Enam tahun gadis Ipoh angau jejaka Singapura, sanggup travel demi cinta... Akhirnya dapat mesej pedih - “Esok abang nak nikah”

Perkongsian seorang wanita yang 'disidai' teman lelaki meruntun jiwa warganet.

PERHUBUNGAN jarak jauh atau lebih sinonim dengan panggilan LDR semestinya memerlukan kesabaran yang tinggi antara kedua-dua belah pihak.

Ia juga sering dikaitkan dengan percintaan media sosial kerana kebanyakan pasangan berkenalan melalui platform atas talian sebelum bersua muka.

Begitu juga yang dialami seorang wanita yang dipercayai berasal dari Ipoh, Perak.

Mengakui bercinta jarak jauh selama enam tahun, dia tidak menyangka pertemuan pertama yang diimpikan akan menjadi titik hitam dalam hidupnya.

Mana tidaknya, dia bukan sahaja terbang jauh untuk bertemu dengan teman lelaki, malah dibiarkan bersendirian sehingga ke malam di negara asing.

Wanita terbabit sanggup terbang ke Singapura demi berjumpa teman lelakinya.

Wanita terbabit sanggup terbang ke Singapura demi berjumpa teman lelakinya.

Mendedahkan perkara yang berlaku, wanita itu berkata sepanjang tempoh percintaan yang panjang, dia dan teman lelaki tidak pernah bersua muka melainkan berhubung menerusi alat telekomunikasi.

Menurutnya, penerbangan ke Singapura untuk bertemu kekasih hatinya itu adalah yang pertama dalam hidupnya.

Namun ia dipersiakan begitu sahaja meskipun mereka telah berjanji untuk berjumpa dan menikmati makan tengah hari bersama.

"Waiting him cause he promise to come at lunch... excited," luahnya sambil memaparkan jam menunjukkan pukul 11 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Alamak, bocor! Suami sanggup cuci cadar, tilam ada darah haid... tak marah siap dapat peluk, isteri kata ‘lepas’ ujian masa bersalin

ARTIKEL BERKAITAN: Mengelak tiap kali ajak kahwin, BF tak usaha halalkan hubungan... Gadis ini makin bosan, tapi sayang cinta 5 tahun

Pada jam 1 tengah hari, dia menyuarakan rasa berdebar-debar namun individu yang dinantikan belum tiba sehingga pukul 3 petang dengan alasan menghadiri mesyuarat.

Meskipun sudah berada di lokasi sejak 8.30 pagi, wanita terbabit terus setia menunggu sehingga pukul 5 petang sebelum beralih ke sebuah kafe menjual kopi popular bagi mengecas bateri telefon yang semakin berkurangan.

Dia kemudiannya terus menunggu di lokasi yang sama sehingga restoran tersebut tutup pada pukul 11.30 malam.

Disebabkan penantian yang begitu lama, dia akhirnya 'mengalah' dan terus berlalu pada jam 1 pagi.

Penantian dari jam 8.30 pagi sehingga 9 malam.

Penantian dari jam 8.30 pagi sehingga 9 malam.

"Its okay, maybe I'm to efforts for you yang effortless," luahnya.

Dalam pada itu, dia turut berkongsikan tangkap layar mesejnya bersama teman lelaki.

Lebih mendukacitakan apabila lelaki terbabit mengakui akan bernikah keesokan harinya dan perlu menghadiri rehearsal sebelum majlis berlangsung.

"Esok abang dah nak nikah... malam ni abang pergi ambil baju lepas tu terus pergi hotel nak rehearsal untuk esok.

"Baru enam tahun... saya dah masuk 11 tahun, since 2011. Nak jumpa macam-macam alasan dia bagi. Akhirnya dia kantoi juga.

NETIZEN

"Abang kalau boleh tak nak bagi tahu sayang yang abang nikah, sumpah abang tak nak bagi tahu sebab tu abang tanya siang tadi kenapa datang minggu ni, kenapa datang tak bagi tahu," demikian mesej yang dihantar lelaki terbabit.

Video perkongsiannya menjadi tular di halaman TikTok dan ditonton lebih 1.2 juta pelayar.

Kebanyakan warganet mempersoalkan bagaimana wanita berkenaan boleh bercinta selama enam tahun tanpa bersua muka dengan teman lelakinya.

"Enam tahun tak jumpa? Kenapa... I baru kenal dua bulan pun jumpa, wajib tahu dia macam mana.

Tangkap layar mesej teman lelakinya yang mengaku akan bernikah.

Tangkap layar mesej teman lelakinya yang mengaku akan bernikah.

"Bolehkah enam tahun relay tapi tak pernah jumpa?

"Enam tahun... lepas tu kena sidai satu hari. Aduhai kerja gila, semoga bertemu jodoh yang lebih baik selepas ini," ujar beberapa netizen.

Menjawab persoalan tersebut, dia memberitahu bahawa mereka sentiasa berhubung menerusi panggilan telefon dan sebagainya.

"Contact 24 hour every detail thing... don't know, maybe im to unlucky in loved," luahnya membalas komen salah seorang pelayar di TikTok.

Rata-rata netizen mempersoalkan bagaimana percintaan enam tahun tanpa pernah bersua muka.

Rata-rata netizen mempersoalkan bagaimana percintaan enam tahun tanpa pernah bersua muka.

Tidak kurang juga yang mengucapkan terima kasih kepadanya kerana berkongsi pengalaman yang boleh dijadikan pengajaran kepada wanita lain.

Malah ada yang turut menasihatkan wanita supaya tidak percaya dengan perhubungan jarak jauh.

Ada juga yang mengakui pernah mengalami situasi yang sama namun tempoh percintaan lebih lama daripada yang dilaluinya.

"Baru enam tahun... saya dah masuk 11 tahun, since 2011. Nak jumpa macam-macam alasan dia bagi. Akhirnya dia kantoi juga, buat penat setia in LDR," kongsi netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain