GELARAN anak dara tua (andartu) sememangnya paling ditakuti wanita bujang. Ia terjadi sama ada belum bertemu jodoh, mahupun mereka masih belum bersedia untuk berkahwin. Bagi seorang wanita yang berusia setengah abad, keinginannya untuk bergelar isteri cukup membuak-buak. Walau bagaimanapun, seorang rakannya mendedahkan wanita yang belum mempunyai pasangan itu sering membawa lelaki pulang ke rumah sewa. Pendedahan Eddy mengenai rakan sekerjanya. "Aku ada kawan perempuan seorang ni kira andartu la, umur nak masuk 50an tak kawin lagi. "Tapi selalu bawa balik lelaki kat rumah dia...rumah tu dia sewa dengan adik perempuan dia tapi sudah berkeluarga," tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook. Menerusi ruangan komen, dia yang lebih dikenali sebagai Eddy menggambarkan wanita berkenaan bertubuh kecil, kurus dan mempunyai rupa paras yang cantik. Eddy mendakwa, rakannya yang dikatakan daripada golongan T20 itu tanpa segan-silu membawa pulang lelaki ke rumah sewa. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Teman wanita suami mengamuk di shopping mall, serang sampai koyak baju! Isteri hanya diam sambil dukung anak ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat kaya kerja di Singapura, suami B40 rancak 'pasang' skandal! Bangga tayang gambar awek dekat kawan Malah menurut Eddy, rakannya itu sebenarnya cemburu melihat kebahagian adiknya bersama suami. "Dia bawa lelaki balik apabila adik dan adik iparnya tak ada di rumah. Dia cerita kat aku yang dia tak puas hati dan cemburu tengok adik dia bahagia. "Tapi dia tak nak kahwin. Kalau nak kahwin dia nak macam lelaki Korea... romantik, kaya dan handsome. Aku tak tahu nak cakap apa dah sebab dia tukar lelaki macam pakai baju," ujarnya lagi. Patutlah dah 50 tahun tak kahwin-kahwin lagi. NETIZEN Dalam pada itu, Eddy turut dimaklumkan bahawa kegiatan rakannya nyaris terbongkar ketika membawa 'skandal' pulang ke rumah. "Tiba-tiba adik ipar dia balik keja awal. Nasib tak kantoi," katanya sambil menambah wanita itu merupakan rakan sekerjanya dan masih mempunyai rupa paras yang cantik pada usia 50 tahun. Namun apa yang lebih dikesalkan Eddy adalah sudahlah rakannya itu belum berkahwin, malah dipermainkan oleh lelaki-lelaki yang dikenalinya. "Duit semua bagi kat lelaki. Kereta pun beli pakai nama dia tu pun bangga. Alahai bodohnya perempuan," katanya yang dianggapnya seperti kakak sendiri. Antara komen netizen. Perkongsiannya di Facebook meraih pelbagai reaksi netizen, malah segelintirnya menyarankan wanita itu agar segera berkahwin supaya tidak terus menanggung dosa kerana berzina. "Patutlah dah 50 tahun tak kahwin-kahwin lagi. "Elok kahwin la dari tambah dosa. Ni jenis nak hilangkan sunyi je ni. "Parah, umur dah 50 tu bawa la ke arah agama. Suruh dia pergi Korea cari lelaki (calon suami) kat sana. "Memang ada jenis perempuan suka tukar-tukar lelaki, macam tu juga lelaki suka tukar-tukar perempuan. Khufur nikmat dunia, dia lupa kematian. "Semoga dia mendapat hidayah daripada Allah," demikian antara komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI