BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Siapa sangka, perkahwinan kali kedua wanita ini akhirnya terlerai sekali lagi di tengah jalan. Lebih memilukan apabila perpisahan berlaku ketika wanita ini yang dikenali sebagai Izzatie sedang hamil dua bulan, pada 30 Januari 2022. Tanpa sebarang alasan yang kukuh diberikan, Izzatie diceraikan oleh suaminya dengan talak tiga. Setelah berpisah, wanita ini terpaksa meneruskan hidup membesarkan anak serta menjaga bayi dalam kandungannya sendirian. Hubungan dibina Izzatie dan suami berakhir dengan penceraian talak tiga. (Gambar hiasan) “Saya reda dengan apa yang terjadi. Tapi saya tetap kuat demi anak-anak. Terima kasih anak-anak sentiasa ada dengan saya waktu sedih, gembira dan susah. Wajah (anak) inilah yang sentiasa ada dengan saya,” ujar wanita ini dalam video perkongsiannya. Bercerita lanjut, dia turut berkongsi kisah bagaimana dia terpaksa ‘bertarung’ nyawa tanpa suami di sisi ketika melahirkan bayinya. Ketika ditanya jururawat tentang keberadaan suami, Izzatie tidak mampu menjawab soalan tersebut dan dalam masa sama enggan kakitangan hospital tahu bahawa dia sudah bercerai. ARTIKEL BERKAITAN: Bercinta 4 bulan terus kahwin, sebulan kemudian dah bercerai! Wanita sanggup tunggu sampai umur 40 tahun demi cari cinta sejati ARTIKEL BERKAITAN: Bercerai selepas cekal jaga suami koma lebih 90 hari, wanita reda... mahu mulakan hidup baharu- “Harap Abi lebih sihat dan baik dijaga keluarga” Ketika proses bersalin, dia hanya ditemani bapa dan anak sulungnya yang menunggu di dalam kereta selama dua hari. Izzatie terpaksa melahirkan bayinya menggunakan alatan vakum kerana bersaiz besar dengan berat 3.75 kilogram. Setelah 10 bulan dijatuhkan talak, Izzatie diminta untuk ke mahkamah bagi mengesahkah penceraian mereka. “Saya kena naik court untuk buat pengesahan cerai. Hakim terkejut saya diceraikan talak tiga sekali gus. Izzatie mempertahankan hak penjagaan anaknya. “Hakim tanya pada responden (suami) apa sebab bagi tiga sekali gus. Tapi responden enggan memberikan jawapan. “Tapi tak apalah asalkan segala urusan penceraian dipermudah. Itu saja saya minta,” katanya. Namun, Izzatie sekali lagi terpaksa menghadirkan diri ke mahkamah pada 5 Disember bagi menentukan hak penjagaan anak. Dakwanya yang memiliki empat cahaya mata (tiga anak hasil perkahwinan pertama), bekas suami tidak langsung mengambil peduli tentang kebajikan anak-anak sejak mula dia mula mengandung. Tengah bayi menyusu badan umur tiga bulan. Dia ambil baby bawa lari. Dia cakap nak ambil sekejap saja tapi banyak alasan lepas dapat. NUR IZZATIE SOFIA Malang bagi wanita ini apabila dia dan anak kecilnya terpaksa berpisah ketika bayi tersebut baru berusia tiga bulan. “Tengah bayi menyusu badan umur tiga bulan. Dia ambil baby bawa lari. Dia cakap nak ambil sekejap saja tapi banyak alasan lepas dapat (bayi). “Saya tak ada pilihan. Saya kena lawan untuk ambil balik anak saya. “Saya bawa perut sana sini, alahan sakit perut tengah malam... dia tak peduli dan tak ambil tahu pun. Tapi kenapa bila baby dah keluar nak ambil pula,” katanya. Izzati dikurniakan tiga cahaya mata sebelum diceraikan suami kedua. Setelah sebulan berpisah dengan anaknya sehingga dia mengalami bengkak susu dan tekanan darah tinggi, dia berjaya mendapatkan hak penjagaan anaknya semula. Dalam hantaran sama, Izzatie berharap dia dan anak-anaknya tidak lagi bakal berpisah kerana mereka merupakan ‘harta dunia akhirat’ yang ada. Untuk rekod, perkongsian Izzatie meraih lebih 1.4 juta jumlah tontonan setelah dimuat naik. Rata-ratanya turut bersimpati dan mendoakan agar wanita ini terus diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI