suria

“Saya menangis, rasa tak berguna” - Bayi datang period selepas lahir, jururawat selamba kata ibunya ‘cuci ganas sangat’

Seorang ibu lega apabila mengetahui bayi datang haid selepas dilahirkan adalah normal.

SEMUA ibu bapa pasti risau apabila anak mereka jatuh sakit, lebih-lebih lagi jika bayi yang baru dilahirkan.

Kebimbangan itu turut dirasai Nor Aqilah Mohd Afandi, 28, apabila anaknya yang baru lahir 'datang haid', dalam kejadian pada Oktober 2022.

Menurut seorang doktor melalui akaun TikTok @drwanshare, dia berkata yang pendarahan yang berlaku ini dipanggil 'mini period' atau haid neonatal.

Perkara ini pada awalnya disedari ibu Nor Aqilah yang memberitahunya tentang darah yang dilihat pada lampin Sophea Eileea, yang kini memasuki usia tiga bulan.

“Kalau ikutkan pengalaman ibu, kakak sulung saya pun pernah keluar darah ‘period’ selepas dilahirkan, tetapi hanya sehari.

“Namun begitu, anak saya kena dalam tempoh 10 hari. Setiap kali tukar lampin, mesti ada kesan darah," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi umur 16 bulan dibawa tawan puncak Kinabalu, mak ayah tetap dikritik walau dah buat persiapan rapi

ARTIKEL BERKAITAN: Kepala bayi membesar selepas 8 hari jatuh katil! Ibu panik muncul 2 benjol saiz bola golf... tuam, petua tradisi tak berhasil

Wanita yang berasal dari Muar, Johor dan merupakan penyelia di sebuah kedai roti ini berkata, pada mulanya dia masih tenang kerana ibunya juga pernah melalui situasi sama.

Bagaimanapun, perasan cemas timbul apabila 'pendarahan' berlarutan, dan pada hari kelima bayi itu terus dibawa ke sebuah klinik kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.

Apabila membuat pemeriksaan di klinik tersebut, seorang jururawat menegur Nor Aqilah atas alasan darah tersebut berpunca daripada luka kerana kemaluan bayi itu dicuci terlalu ganas.

“Saya menangis kecewa sebab baru lepas bersalin pembedahan caesarean (Czer).

“Nak uruskan anak pun susah dan ini kali pertama menjadi seorang ibu.

“Apabila jururawat berkata seperti itu, saya rasa macam tak berguna, cuci najis anak pun sampai luka,” ujarnya.

Sophea datang haid neonatal selama 10 hari.

Selepas itu Aqilah terus berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian.

Selepas memeriksa keadaan Sophea, doktor memberitahu sebenarnya pendarahan berlaku seperti haid akibat perubahan hormon ketara ibu ketika di hujung usia kandungan, bukan disebabkan luka.

“Kalau luka, bayi akan meragam sebab pedih.

“Bayi saya dalam keadaan yang baik. Tak ada meragam, menyusu pun okay,” katanya.

Selepas memeriksa keadaan Sophea, doktor memberitahu sebenarnya pendarahan berlaku seperti haid akibat perubahan hormon ketara ibu ketika di hujung usia kandungan, bukan disebabkan luka.

NOR AQILAH

Nor Aqilah juga memberitahu doktor tersebut ada membuat tawaran untuk merujuk kepada pakar tetapi dia memilih untuk memantau keadaan anaknya dalam tempoh 10 hari terlebih dahulu.

“Tak semua bayi akan lalui ‘period’ ini. Paling kurang pun dalam satu hari dah hilang, bercampur dengan najis dia. Macam ‘spotting’ (tompokan).

“Tapi, bayi saya pada awalnya ‘spotting’, lama-lama macam lebih banyak. Kadangkala bercampur dengan lendir sedikit.

“Selepas 10 hari, darah pun hilang,” ujar Aqilah tentang pengalamannya berdepan dengan ‘period bayi'.

Perbezaan darah pada lampin bayi ketika permulaan kejadian dan hari ke-10 (kanan)

Apabila ditanya apa yang dilakukan Nor Aqilah dalam tempoh memantau Sophea, dia berkata banyak merujuk internet dan grup Facebook ‘Info Ibu Hamil’ untuk mendapat maklumat tentang cara penjagaan anaknya di rumah.

“Saya teringat doktor pesan, apabila ada darah keluar, ini satu petanda yang bayi perempuan mempunyai rahim dan ada lubang kemaluan.

“Pernah ada kes bayi yang tidak ada lubang kemaluan, dan tak dapat dikesan kerana tak lalui ‘period’ bayi,” katanya.

Aqilah turut berpesan kepada wanita yang pertama kali menjadi ibu, untuk kerapkan bertanya dan merujuk kepada pakar jika sesuatu perkara itu dirasakan aneh dan kali pertama berlaku.

Pendarahan seperti ini dikatakan akan berlaku ketika umur bayi hanya beberapa hari, dan ibu-ibu perlu peka dengan keadaan mereka.

“Pantau dari segi jenis darah yang keluar. Darah keluar dengan banyak ataupun sedikit. Bayi kerap menyusu, meragam atau sebaliknya.

“Kalau bayi dalam keadaan tidak selesa sepanjang tempoh pendarahan ‘period’, boleh terus rujuk kepada pakar.

Antara komen netizen di TikTok.

Video yang dimuat naik di TikTok meraih lebih 200,000 tontonan dan 8,000 tanda suka.

“Saya pun terkejut semasa mula bersalin nak tukarkan lampin bayi sekali ada keluar darah. Apabila tanya jururawat, dia cakap normal. Sehari dua selepas itu, darah sudah tiada.

“Samalah, hari pertama rasa macam tak perlu risau, dah masuk hari ketiga dapatkan nasihat daripada doktor. Dia senyum sahaja ketika saya cerita, akhirnya, dia jawab ia normal kerana hormon ibu, dan tak perlu takut. Lega rasanya.

“Dari segi Sains sebab bayi tersebut terdedah dengan hormon si ibu semasa dalam kandungan. Jadi, semasa lahir, tahap estrogen dalam bayi akan menurun dan menyebabkan pendarahan kecil. Tolong betulkan saya kalau salah,” demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain