suria

Tak mahu stres fikir zuriat, pasangan ini ‘layan’ honeymoon 5 tahun! Hebat aturan Allah, pasport tamat tempoh terus buka buku pink

(Kiri) Iza dan suami di Korea Selatan, (kanan) Iza dan suami bersama anak.

SETIAP pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan untuk menimang cahaya mata.

Bagi pasangan ini, tempoh lima tahun pertama mendirikan rumah tangga dihabiskan pengembaraan ke beberapa destinasi luar negara.

"Siapa suruh lima tahun kahwin tak ada anak, kan dah asyik pergi honeymoon," tulis seorang wanita menerusi video percutiannya bersama suami, di laman sosial sehingga tular.

Berkahwin pada 2015, wanita berkenaan, Noor Izanalia Zainal memberitahu, dia dan suaminya gemar melancong sejak mendirikan rumah tangga.

Pada masa sama, dia yang lebih mesra disapa Iza berkata, hakikatnya mereka juga seperti pasangan lain yang berusaha untuk mendapatkan zuriat atau 'trying to conceive' (TTC).

"Tahun pertama kahwin, belum ada anak lagi. Saya dan suami melancong ke Korea Selatan. Masa tu ramai kata nanti balik Malaysia, saya mengandung dan ada 'baby Korea'.

"Belum ada rezeki, jadi kami buat keputusan untuk pergi sana pergi situ. Sampaikan kami tak stres untuk mendapatkan anak," katanya kepada mStar.

suami isteri ttc 5

Iza dan suami di Sapporo, Jepun.

Wanita berusia 31 tahun itu berkata, sepanjang tempoh lima tahun, dia dan suami berkunjung ke beberapa destinasi di Indonesia, Thailand, Korea Selatan, Jepun dan Australia.

ARTIKEL BERKAITAN: Bergelar ibu selepas 6 tahun kahwin, 3 kali gugur... wanita anggap anak hadiah terbaik, tak lupa kisah beg LV misi untuk hamil

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak kan semua nak beritahu orang?" - Selepas 7 tahun menunggu, sabar 'hadap' soalan sensitif... pasangan TTC masih harap timang zuriat tahun 2022

"Tahun kedua pula kami pergi ke Jepun, dan bermain salji. Seronok sebab sejuk di sana. Masa tu tak dinafikan ramai yang bertanya bila kami nak dapat anak?

"Ada yang mengusik sebab nampak kami asyik travel je. Belum ada rezeki, jadi kami memang seronok berjalan," ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

suami isteri ttc 3

Bercuti di Melbourne, Australia.

Bagaimanapun, rancangan percutian suri rumah itu bersama suami, Faiz Izzuddin Abd Raman, 31, ketika usia perkahwinan memasuki tahun keenam terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

"Tak sangka takdir pada 2020, semua orang tak boleh pergi luar negara. Kuasa Allah, awal tahun itu juga saya disahkan hamil.

"Masa tu paling best apabila buku merah (pasport) kami secara kebetulan tamat tempoh, dan saya buka buku pink (buku rekod kesihatan ibu). Ngam-ngam pasport expired, rezeki Alhamdulillah," ujarnya sambil menambah anak lelakinya kini berusia dua tahun dan lima bulan.

suami isteri ttc 6

Pasangan ini turut melancong ke Thailand dan Indonesia.

Menurut Iza, dia dan suami kini kembali bercuti domestik (dalam negara).

"Kami travel je seperti Cameron Highlands (Pahang), Langkawi (Kedah) dan Port Dickson (Negeri Sembilan).

"Memang kami bercadang untuk bercuti ke luar negara, tapi buat masa ini pasport saya dan suami lagi belum renew.

Kami suami isteri kena positif, cari bahagia kita sendiri.

NOOR IZANALIA ZAINAL

"Minat travel tetap ada lagi. Kali ini nak kembali ke negara-negara sejuk dan ada salji. Cadangnya nak pergi tahun depan, nak bawa anak kami usia hampir empat tahun masa tu," katanya.

Mengenai TTC, Iza mengakui terdapat terdapat tekanan daripada orang luar yang sedikit-sebanyak memberi kesan kepada emosi mereka.

suami isteri ttc 4

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata pada 2020.

"Kami suami isteri kena positif, cari bahagia kita sendiri. Tak nak la tengok pregnancy test tapi satu line je. Yang hamil dulu ni pun adik paksa buat test sebab ada simptom.

"Masa kena banyak dengan pasangan. Saya dan suami pun kena cari bahagia sama-sama berdua. Bukannya berjalan seorang atau dengan kawan sampai jauh dengan suami.

"Tak boleh stres. Kalau stres pun boleh buat hormon tak stabil. Jadi buatlah perkara yang boleh menggembirakan seperti travel. Dalam kita berusaha, kita berserah kepada Allah," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan