suria

Gadis ‘reject’ lelaki B40, hanya pandang harta jejaka kaya... Rupanya enggan hidup susah selepas usaha keras bina kerjaya

Seorang gadis diajukan soalan mengenai pilihan calon suami.

SIAPA yang nak hidup susah? Jika ditanya, rata-ratanya sudah tentu mahu kehidupan mereka dilimpahi dengan kesenangan dan kemewahan.

Mungkin juga sekurang-kurangnya mereka mahu hidup secara sederhana, lebih baik daripada kehidupan sebelumnya.

Mereka yang pernah atau diuji dengan kemiskinan, pastinya mengimpikan kesenangan.

Ini termasuklah dalam mencari calon pasangan pilihan sama ada daripada kumpulan B40, M40 mahupun T20.

Baru-baru ini tular satu video di media sosial, memaparkan seorang gadis diajukan soalan sama ada mahu memilih calon suami daripada kalangan B40 atau T20.

Gadis ini mempunyai alasannya tersendiri.

Gadis ini mempunyai alasannya tersendiri.

Dengan gaya yang bersahaja, gadis berkenaan dilihat mudah menjawab soalan tersebut dengan memberi justifikasinya.

"T20 sudah tentu la kaya. Tak kan nak hidup susah.

"Kita dah susah susah build up diri sendiri sampai la berkemampuan, tiba-tiba nak hidup susah dengan budak B40. Memang tidak la," katanya secara ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki T20 acah-acah bercinta dengan B40, sudahnya menyesal! Dakwa wanita kelas rendah kaki kikis, asyik nak makan tempat viral

ARTIKEL BERKAITAN: Andartu T20 tak sedar diri, usia cecah 50 tahun aktif bertukar skandal... Paling tak tahan berangan nak kahwin macam lelaki Korea

Di ruangan komen, timbul pelbagai reaksi terhadap jawapan gadis itu, antaranya menghormati pilihan gadis berkenaan di atas kerja kerasnya selama ini.

"Tak salah pun apa dia cakap sebenarnya. Kalau dia T20 dan dia nak laki T20, memang itu hak dia. Dalam bercinta ni memang kena cari yang sekufu. Salahnya kalau B40 tapi demand 'jantan' T20.

Bukan bermaksud kau tak patut pilih lebih rendah pendapatan dari kau... itu namanya jodoh.

NETIZEN

"Saying this bukan bermaksud kau tak patut pilih lebih rendah pendapatan daripada kau. Itu namanya jodoh. Tapi pada aku jika kau dah berusaha keras untuk improve kerjaya dan ekonomi kau, kau berhak je nak pilih sekufu.

"Dah boleh stop kot kecam pilihan orang. Tak kira la lelaki ke perempuan. Dah itu hidup dia. Hak dia la nak cari yang macam mana. Takkan sebab kita susah, semua orang pun kena hidup susah," demikian antara komen netizen.

tak mahu hidup b40 3

Antara komen netizen.

Pada masa sama, ada yang berpendapat tidak bermakna pasangan pilihan seharusnya sekufu kerana ia bukan menjanjikan kebahagiaan apabila mendirikan rumah tangga.

"Perspektif dia logik, keinginan dia tak salah, tapi bercakap tak ada adab. Tak kisahlah untuk content ke apa, tak payah mengajar attitude biadab.

"Sejujurnya, aku tak pernah rasa malu untuk bergaul atau berkawan dengan budak miskin atau susah. Sebab dalam kesempitan hidup mereka, sedikit-sebanyak mereka mengajar aku untuk bersyukur dengan nikmat yang Tuhan kurniakan.

"Tak semua macam tu, benda ni bukan ikut jantina. Ibu bapa saya tak la kaya tapi boleh kategori 'berada'. Abang kahwin dengan kakak ipar anak yatim hidup susah, kakak pula kahwin dengan lelaki kerja biasa je. Tapi kedua-duanya boleh hidup bahagia walaupun taraf hidup mereka tak sama," kata netizen.

Perkongsian video gadis berkenaan di laman Twitter diulang kicau lebih 3,200 kali.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain