BUAT baik dibalas baik. Tidak salah untuk seseorang itu melakukan kebaikan terutamanya kepada orang yang lebih tua. Begitulah kisah yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok @grab_nizam yang memuat naik video menerima pesanan makanan daripada seorang wanita di sebuah rumah flat. "Makcik ni merungut ramai rider tak nak naik sebab rumah dia tingkat 4. Flat tak ada lif," dia menulis di ruangan kapsyen. Menurut pemilik akaun itu, pelanggannya yang membuat pesanan itu merupakan seorang wanita yang sudah berusia. Menerusi video yang dikongsi, dia turut memaklumkan bahawa pelanggan itu juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak mampu turun ke tingkat bawah untuk mengambil makanan yang dipesan. Pelanggan itu turut memberitahu, jika diminta naik ke atas untuk menghantar makanan, rider akan merungut dengan memberi pelbagai alasan sehingga dia terpaksa turun sendiri. Rider ini minta rakan penghantar makanan faham situasi pelanggan "Kalau suruh naik, rider akan bagi macam-macam alasan. "Tetapi tahu tak kenapa mak cik ni suruh naik? Sebab mak cik ni OKU," katanya. Individu itu turut memberi pesan kepada semua rider penghantar makanan untuk bersikap bertolak ansur dan memahami situasi pelanggan jika diminta untuk menghantar makanan hingga ke hadapan pintu rumah. ARTIKEL BERKAITAN: Anggap siapa ‘naik atas’ hantar makanan pelanggan sebagai ‘bodoh’, rider dikecam geng sendiri - “Bila tak ada order melalak” ARTIKEL BERKAITAN: “Bila masa pula I boyfriend you” - Tak rela dinodai! Rider cuak ‘wanita jadian’ minta hantar makanan di bilik hotel "Tolong rider, jangan sibuk nak kejar pesanan sahaja," katanya. Video yang dimuat naik itu meraih lebih 83,000 tontonan dan lebih 2,000 tanda suka. Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan rider berkenaan serta mendoakan dirinya dilimpahi rezeki. "Kerja beramanah, rezeki berkat dan sentiasa cukup. "Terima kasih orang baik. Semoga Allah permudahkan urusan mencari rezeki. "Tahniah adik. Semoga dipermudahkan urusan adik di dunia dan akhirat untuk kebaikan yang dilakukan," demikian antara komen netizen. Antara komen netizen pada video berkenaan Ada juga yang berkongsi pengalaman mendapat rider penghantar makanan yang baik. "Saya tingkat 3 dan kebanyakan rider memang naik. Sebab kadang-kadang saya pesan untuk adik saya yang OKU. Terima kasih ya. "Rider yang selalu hantar makanan pada saya, memang jenis humble. Saya pun akan bagi rezeki lebih pada mereka sebab tahu naik tangga sampai tingkat 4 tu penat," luah netizen. Sebelum ini tular di media sosial apabila seorang rider tampil bersuara dengan cara tidak beradab apabila melabel penghantar makanan yang menghantar makanan pelanggan sehingga ke pintu rumah sebagai bodoh terutamanya di kawasan perumahan bertingkat. Bagaimanapun, tindakan itu akhirnya makan diri sendiri apabila teruk 'disekolahkan' oleh netizen gara-gara memuat naik hantaran sebegitu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube