PASTINYA hancur berderai hati seorang isteri apabila mendapat tahu suaminya bermain kayu tiga. Begitu jugalah perasaan wanita ini apabila menemukan satu pek kondom yang salah satunya telah digunakan di dalam poket seluar suami. Melalui satu luahan tanpa nama di Twitter, wanita itu menceritakan bagaimana rumah tangganya kini berantakan setelah mendapat tahu suaminya 'makan luar'. Luahan asal di laman Twitter. "Hujung minggu lepas suami pergi outstation kerja selama tiga hari di Kedah. Saya tak ikut sebab pergi cari kerja dekat Career Fair di Kuala Lumpur City Centre (KLCC). "Bila suami pulang, saya jumpa kotak kondom dalam seluar jeans dia. Dan satu pek sudah terpakai. Hancur hati saya, rasa terketar-ketar," kata wanita itu, mengimbas perasaannya sebaik melihat alat pencegah kehamilan itu.. Menganggap mahligai perkahwinannya kini di ambang keretakan, wanita tersebut mula bercerita tentang derita yang ditanggung selama ini. ARTIKEL BERKAITAN: Minta nafkah batin tapi tak dilayan, rupanya suami serabut sebab hamilkan skandal... isteri baik izin kahwin lagi! ARTIKEL BERKAITAN: “Top search IG nama bekas kekasih dia” - Malang nasib isteri suami selalu stalk ex-GF, dah banyak petanda dia tak boleh ‘move on’ "Kami dah berkahwin empat tahun, ada dua anak. Saya tak bekerja sebab jaga keluarga. Suami kerja profesional gaji lima angka sebulan. "Tapi nafkah suami selalu culas, kadang dia bagi saya RM60 saja sebulan. RM60 tu termasuk makan minum, pakaian dan untuk anak anak. "Bila saya minta lebih, dia kata komitmen banyak. Tapi masalahnya walaupun saya tak bekerja, sewa rumah setiap bulan pun kena kongsi separuh dengan dia. Takut sangat dengan alam perkahwinan, mungkin lebih baik hidup bujang. NETIZEN "Dan saya ada bayar bil internet dan bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga. Walau saya tak bekerja, suami tetap bertegas yang saya kena kongsi tanggungjawab dengan dia," luah wanita itu. Wanita itu memberitahu kerana sikap suaminya yang berkira itu, dia terpaksa 'tebal muka' untuk meminjam daripada keluarganya bagi membayar bil utiliti dan sewa rumah. Tidak mahu hanya berpeluk tubuh, wanita itu memberitahu dia ada mengambil inisiatif untuk mencari pendapatan sampingan. "Saya pun ada ambil upah buat kuih untuk tanggung hidup saya dan anak-anak," kata wanita itu. Percakapan suami sering mengguris hati wanita ini. -Gambar hiasan Seterusnya wanita itu mendakwa suaminya merupakan seorang yang 'talam dua muka' kerana sering menunjukkan sifat dermawan di hadapan orang luar tetapi kedekut dengan keluarga sendiri. "Suami saya seorang yang sangat narsistik. Depan masyarakat dia nampak sempurna, suka menderma, sopan santun dan baik. "Tapi realitinya dia suka mencerca dan menghina saya, mendera mental saya dan sangat kedekut dengan saya dan keluarga," dakwa wanita itu tentang keperitan hidupnya bersama suami. Rentetan layanan buruk suami terhadap dirinya, wanita itu berkata dia terkesan dari segi mental dan emosi. "Saya pernah usulkan kepada suami untuk jumpa pakar psikiatrik tapi suami tak izinkan, katanya saya hanya mengada-ngada. Si suami dikatakan sukar untuk mendengar masalah isterinya. -Gambar hiasan "Dia selalu cakap yang dia adalah anugerah terbaik untuk hidup saya dan saya adalah pembawa malang kepada dia," dakwa wanita itu lagi. Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut juga mendakwa suaminya kekurangan empati terhadap sebarang kesulitan yang menimpa dirinya. "Ketika ayah kesayangan saya meninggal tahun lalu, saya menangis sejurus pulang dari kampung. Dan suami suruh saya jangan emosi sangat. Hancur hati saya. "Jadi saya hanya menangis ketika mandi, bila keluar bilik air, saya akan tukar jadi normal semula seperti tidak ada apa yang berlaku. "Rasa berat untuk saya kongsi masalah atau mengadu kepada suami, sebab dia akan hina saya sebagai makhluk lemah dan tuduh saya suka melebih-lebih melayan perasaan," kata wanita itu. Wanita itu memberitahu dia kini sedang berusaha mencari pekerjaan agar boleh berdiri sendiri tanpa perlu bergantung harap kepada suaminya. Wanita ini terpaksa memendam perasaan kerana sikap suaminya. -Gambar hiasan "Sekarang saya sedang usaha mencari kerja untuk sara anak-anak dan ibu saya. "Tapi belum ada rezeki. Saya dapat banyak interviews, cuma rezeki belum sampai," kata wanita itu mengakhiri luahannya. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menzahirkan rasa terkejut kerana suami durjana sebegini sememangnya wujud. "Ya Allah, kalau suatu hari nanti berpeluang nak berumahtangga, semoga tak bernikah dengan suami yang macam ni. Amin. "Bila nampak benda-benda macam ni, buat saya terfikir kalau satu hari nanti saya kahwin, saya tak nak sayang sangat dekat pasangan. "Semoga akak ni diberikan kekuatan. Takut sangat dengan alam perkahwinan, mungkin hidup bujang lebih baik," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube