suria

Depan bakal isteri dialah lelaki ‘terpaling baik’, di belakang ‘rancak’ video call lucah dengan awek lain! Nasib baik kantoi sebelum kahwin

Gadis buntu teman lelakinya sering video call dengan perempuan lain untuk puaskan nafsu. -Gambar hiasan

"GAMBAR bogel perempuan-perempuan semua dia simpan dalam nota WeChat. Dia buat koleksi semua gambar-gambar tu," demikian kata seorang gadis berhubung teman lelakinya selepas kantoi sering melakukan perbuatan tidak senonoh bersama perempuan lain.

Gadis berkenaan, yang bakal bertunang dengan lelaki tersebut pada hujung tahun ini meluahkan perasaannya di Twitter tetapi tidak mahu mendedahkan identitinya.

Menurut gadis tersebut, dia sudah mengenali teman lelakinya itu sejak 2019 tetapi hanya sebagai kawan, sehinggalah mereka berdua berjumpa semula dan membuat keputusan untuk ke arah yang lebih serius pada 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: “Top search IG nama bekas kekasih dia” - Malang nasib isteri suami selalu stalk ex-GF, dah banyak petanda dia tak boleh ‘move on’

ARTIKEL BERKAITAN: Murid naif terjebak ‘sexting’, pakwe Form 3 ajar sembang lucah - “Masuk sekolah menengah, tak tahulah apa nasibnya”

"Saya kenal seorang lelaki ni melalui aplikasi Plato. Kenal sebagai kawan lepas tu terputus hubungan sampai hujung tahun 2021. Entah macam mana saya boleh sangkut (cinta) dekat dia sebab dia kata dah lama tunggu saya dengan bukti dia bagi semua.

"Awal percintaan semuanya indah. Saya percaya dia dan dia percaya saya. Dia rajin bekerja, hormat ibu bapa, disenangi semua orang dan kesungguhan dia memang terbaik.

"Macam mana saya buat perangai atau bila saya tengah datang haid atau kami bergaduh, dia tak pernah berkasar dengan saya. Dia bercakap lemah lembut," ujarnya.

Bagaimanapun, gadis itu bersyukur apabila sisi gelap lelaki itu yang disembunyikan selama ini akhirnya terbongkar apabila dia mendapat tahu kekasihnya itu masih berhubung dengan bekas teman wanitanya, malah melakukan perkara terkutuk bersama.

Hantaran yang dimuat naik di Twitter

Malah, lebih mengejutkan apabila lelaki itu juga didakwa pernah melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dan paling menjijikkan dia masih menyimpan video dan gambar lucah bersama wanita itu.

Kata pengadu, dia berniat mahu melaporkan perbuatan terkutuk teman lelakinya itu kepada pihak polis tetapi masih memikirkan perasaan dan aib wanita yang pernah 'bersama' dengannya.

Dia yang buntu memikirkan masalah ini meminta pandangan daripada pengguna lain sebelum membuat keputusan.

"Allah maha adil. Satu demi satu Dia tunjukkan dekat saya perangai dia (teman lelaki) yang sebenarnya. Rupa-rupanya dari awal kami bercinta, dia masih berhubung dengan bekas teman wanita dia.

"Luluh hati saya, mereka masih ber'sayang-baby' belakang saya. Saya tengah sibuk tidur dan belajar, mereka video call puaskan nafsu masing-masing belakang saya. Saya maafkan dia dan berharap dia berubah tapi saya silap.

Luahan hati seorang gadis di Twitter mendapat perhatian ramai.

"Saya tak sangka dia seteruk ni. Saya buntu dengan apa yang saya perlu buat sekarang," ujarnya.

Seorang netizen memberikan pendapat dan nasihat kepada pengadu untuk angkat kaki dan keluar dari perhubungan toksik kerana hanya itu sahaja jalan penyelesaian yang ada.

"Usah buntu saudari. Tinggalkan sahaja dia. Banyak sangat buruknya dan bukan sikit-sikit.

"Risiko penyakit kelamin atau sebagainya. Benda boleh elak. Tinggalkan dia. Saudari kena berani ya. Jangan rasa kesian jika dia merayu bagai.

"Fikir diri sendiri dulu. Semoga dipermudahkan segala urusan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain