MEDIA sosial menjadi 'lubuk' buat golongan scammer untuk memperdaya mangsa dengan taktik licik mereka. Terbaharu, seorang individu turut berdepan scammer daripada aplikasi Instagram yang meminta duit berjumlah RM30 dengannya. Lebih malang, mangsa mendakwa dia turut diugut sihir oleh lelaki tidak dikenali tersebut yang dipercayai berang kerana hajatnya untuk meminjam wang tidak dituruti. "Hati-hati dengan (akaun) Instagram ini. Tak kenal, chat minta duit. Bila tak dilayan. Ugut hantar sihir. Baru ni terkena. "Dia direct message (DM) pukul 4 petang minta duit RM30. Katanya belum makan dan mengaku anak yatim piatu. Aku jawab waalaikummussalam je Lepas tu tak jawab apa lagi dah. Tangkap layar yang dikongsi oleh mangsa scammer tersebut. "Saya malas nak jawab apa sebenarnya, cuma nak up benda ni supaya yang lain hati-hati dengan dia," ujar mangsa menerusi perkongsian di Facebook. Menerusi tangkap layar yang dikongsi, lelaki berkenaan meminta mangsa agar bersedia mendapatkan rawatan ahli agama sekiranya disihir kerana tidak meminjamkan wang sebanyak RM30. "Kau kenang nasib kau. Disebabkan RM30 kau buat macam ni kat orang yang kau tak kenal. Dalam masa yang sama, saya kenal kau. RM30 pun minta (dekat orang)... ingat dia ada duit ke nak hantar sihir. NETIZEN "Standby ustaz untuk rawat kau nanti. Kau pegang janji aku ni, aku tak akan jadi jahat kalau kau bantu. Kalau kau rasa ini satu ugutan, kau pergi lapor pihak berkuasa. "Aku nak bagitahu supaya kau sedar yang kau buat sekarang ni kat orang memerlukan. Saya berjanji saya akan balas, tunggu ya," ugut lelaki tersebut. Lebih menakutkan, lelaki itu juga mendakwa dia sudah mengumpul gambar ahli keluarga mangsa yang akan digunakan untuk tujuan sihir. ARTIKEL BERKAITAN: Kesian arwah ‘di sana’! Waris enggan bayarkan hutang walau ada bukti, siap suruh pemberi hutang bersumpah ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa hutang beli beras, telur nak isi perut anak... Rider ibu tunggal ini hampir ‘patah kaki’, motosikal nak kena angkut "Saya dah simpan semua gambar-gambar famili kau, tunggu je kalau sihir ni. Kau takkan rasa tapi apabila kat famili, saya yakin pasti kau akan sedar. "Hina sangat awak buat disebabkan RM30. Awak tunggu, saya tak jahat apabila awak bantu," ujar lelaki yang memiliki lapan orang pengikut Instagram itu. Mangsa yang menerima mesej berkenaan turut berkongsi tangkap layar di laman Facebook sehingga ia menerima perhatian netizen. Lelaki itu turut mengugut untuk menyihir ahli keluarga mangsa kerana permintaannya tidak dituruti. (Gambar Hiasan) Rata-rata pelayar Facebook turut mengutuk tindakan lelaki itu yang dianggap tidak masuk akal serta memalukan. "Dah la malas kerja, tak malu, akaun palsu. Syirik pula tu. Adui la. "Fuh... mengemis tahap syirik pun ada. "Dia tak tahu ke servis sihir sekarang mahal? "RM30 pun minta (dekat orang). Ingat dia ada duit ke nak hantar sihir," ujar seorang lagi netizen dengan emoji ketawa. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube