suria

Si bongsu buat drama air mata, 11 hari terpisah kerana chicken pox! Nasib baik abang pandai pujuk, siap cium sambil gosok kepala

Alya menangis kegembiraan selepas dipertemukan semula dengan abangnya.

RAKAMAN memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menangis sambil memeluk abangnya meraih perhatian ramai di media sosial.

Dalam video itu, kanak-kanak bernama Alya yang berusia dua tahun dilihat mengalirkan air mata ketika bertemu abangnya, Iman yang berusia enam tahun selepas mereka berpisah selama 11 hari.

Menurut Ismadiana, 31, yang menetap di Singapura, dua anaknya terpaksa dipisahkan buat sementara waktu baru-baru ini kerana si abang dijangkiti campak.

"Iman dijangkiti campak. Untuk mengelakkan sebarang jangkitan, saya hantar Iman ke rumah ibu selama 11 hari. Jarak tidaklah jauh, dalam setengah jam perjalanan saja.

"Sepanjang tempoh itu, Iman dan Alya sentiasa buat panggilan video. Selepas mendapat kebenaran doktor bahawa jangkitan itu tidak lagi merbahaya, dia terus dibawa pulang ke rumah kami.

"Ketika kembali disatukan, Alya menangis dapat jumpa abangnya. Bukan sedih, tapi dia menangis kerana terlalu gembira sebab ini kali pertama mereka terpisah lama," ujar Ismadiana kepada mStar.

Saya sendiri tak pernah alami hubungan adik-beradik serapat ini.

ISMADIANA

IBU

Sehingga kini, video pertemuan dua beradik itu meraih lebih 665,000 tontonan di aplikasi TikTok dan turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Selain mendoakan kesihatan si abang, ramai netizen turut memuji keakraban dua beradik itu terutamanya saat si abang mencium dan menggosok kepala adiknya sebagai tanda sayang dan ambil berat.

"Semoga hubungan berkasih sayang awak berdua kekal selamanya ya sayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Comel sangat ni! Mula bertudung sejak usia 10 bulan, jangan terkejut si cilik ini dah ada koleksi tudung sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak asyik suruh adik mengasuh anak, tak fikir orang bujang pun ada life sendiri! Paling sedih hulur RM10 je

"Rindu sangat kat abang dia tu. Jelas terpancar dari matamu wahai anak kecil.

"Melting acik tengok kamu berdua sayang. Moga Allah lindungi sampai bila-bila," tulis beberapa netizen.

Mengulas lanjut tentang video tular itu, Ismadiana berkata dia terharu dengan titipan doa daripada netizen buat dua anaknya.

isma5

Alya dan Iman bersama kedua ibu bapa mereka.

Jelas Ismadiana, dia sentiasa terbuka untuk berkongsi video keletah dua beradik itu dengan harapan ia mampu mengukir senyuman pada sesiapa yang menonton.

"Saya sendiri tak pernah alami hubungan adik-beradik serapat ini. Apabila saya tengok hubungan Iman dan Alya, saya rasa terpanggil untuk kongsi di TikTok.

"Saya terharu dengan komen-komen netizen. Terima kasih kepada sesiapa yang diakan kami. Kalau ada apa-apa video telatah mereka, saya akan kongsi.

"Niat saya kongsi sebab nak gembirakan orang. Mana tahu ada yang tengah stres atau sedih, atau rindu anak masing-masing, mungkin boleh terubat dengan menonton video anak saya," ujarnya lagi.

isma2

Keletah comel dua beradik ini raih perhatian ramai di media sosial.

Pada tahun 2021, Ismadiana pernah memuat naik video memaparkan Iman yang teruja ketika pertama kali dipertemukan dengan Alya yang baru dilahirkan.

Menurut Ismadiana, Iman tidak pernah cemburu dengan kehadiran Alya, sebaliknya cukup menyayangi si cilik itu sehingga mereka sukar berenggang antara satu sama lain.

"Sejak Alya dibawa balik dari hospital selepas dilahirkan, Iman tak pernah tunjuk yang dia cemburu dengan adiknya.

"Sebaliknya, dia sentiasa menjaga adiknya. Mereka sangatlah rapat, bertengkar pun tak pernah," ujar suri rumah itu lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain